Alhamdulillah di dunia tanpa sempadan, banyak maklumat yang diperoleh secara sahih. Kalau berita yang sepatutnya ditulis tetapi tidak dipedulikan oleh penulis 'profesional' maka kita seharusnya mencari berita-berita alternatif untuk membuat suatu pertimbangan yang sewajarnya.
Di bawah adalah beberapa fakta yang saya perolehi dari sumber internet;
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.0
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.0
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.0
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.0
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN IHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Teliti apa yang disiarkan dalam TV, perhatikan apa yang tercatat dalam akhbar, dan akhirnya buatlah pertimbangan berasaskan fakta yang kita dapat.
Kesiankan sesiapa yang memang penonton TV3 tegar dan pembaca tetap Utusan Malaysia. Tontonlah dan bacalah TETAPI anda perlu mendapatkan maklumat dari sumber alternatif bagi menyeimbangi apa yang telah anda tengok, dengar dan baca.
Selamat Membuat Pertimbangan Yang Tepat!
No comments:
Post a Comment