Begitu senang kita mengaku bahawa anak kita diliwat oleh seorang pembesar. Kemudian selepas beberapa ketika, kita menafikannya pula.
Kenapa kita tidak menyiasatnya dulu semasa kali pertama kita mengisytiharkan kepada dunia bahawa anak kita diliwat? Sudah tertutupkah akal pemikiran kita untuk memikirkan perkara itu dulu? Dan begitu senang menerima berita yang begitu mengaibkan keluarga kita walaupun dari seorang anak sendiri?
Suatu hari nanti, akan ada seorang perempuan yang mengaku bahawa dia ditiduri oleh seorang pembesar negeri dan mengisytiharkan kepada dunia. Mungkin tujuannya ialah untuk berbangga bahawa dia pernah bersama dengan si pembesar ini. Atau mungkin juga untuk mendapatkan habuan pampasan dari si kaya tersebut.
Saya cuma takut perkataan liwat yang suatu ketika dulu begitu 'taboo' untuk diperkatakan secara terang-terangan akan mula menjadi perkara enteng dan dipraktiskan oleh pihak massa, terutama dikalangan anak muda. Perkataan liwat dan zina begitu jauh dari 'vocabulary' orang-orang Islam dan sedaya upaya untuk tidak menyebutnya tetapi sekarang sudah menjadi tidak asing lagi.
Adegan zina juga telah ditunjukkan kepada massa oleh Datuk Trio.
Demi politik semua boleh! Sudah tiada lagi nilai-nilai Islam atau dasar penerapan nilai-nilai Islam yang diperkatakan dan diamalkan suatu ketika dulu.
Bukan seratus peratus salah orang muda yang bergelumang dengan dosa zina dan lahirnya ribuan anak tanpa bapa yang sah. Tetapi salah juga orang tua yang tanpa segan dan silu mempromosikan gambar porno dan adegan lucah di kaca TV. Dibenarkan untuk dipertontonkan kepada khalayak oleh mereka yang berkuasa.
Sedihkan... bapa sudah menafikan perbuatan liwat ke atas anaknya tetapi anak masih berkeras menyatakan bahawa dia diliwat.
Pada saya, manusia yang kurang iman saja sanggup melaungkan kepada dunia bahawa dia berzina atau dia meliwat atau diliwat. Kalau diliwat sekali mungkin dia yang menjadi mangsa tetapi kalau beberapa kali mungkin dia suka perbuatan yang terkutuk itu. Manusia yang kuat iman akan cuba menyembunyi perbuatan kotor yang dilakukannya dan sedaya upaya memohon keampunan dari Allah (SWT).
Isteri raja sekalipun cuba menafikan yang dia yang cuba menggoda nabi Yusuf (AS) dan mengatakan sebaliknya.
Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau dihukum dengan azab yang pedih?" (Ayat 25; Surah Yusuf).
Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di depan, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." (Ayat 26 - 27; Surah Yusuf).
No comments:
Post a Comment