Sunday, March 31, 2013

Demam Pilihanraya...

Pilihanraya semakin hampir. Ia pasti akan berlaku... samaada YAB Perdana Menteri akan membubarkan parlimen atau ia dibiarkan terbubar dengan sendirinya. Pada beberapa hari yang lepas iaitu pada 28 Mac, Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya setelah cukup tempoh 5 tahun.


Dewan Undangan Negeri yang lain akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh seperti berikut;

1) Pahang pada April 7, 2013
2) Johor pada April 21, 2013
3) Melaka pada April 21, 2013
4) Selangor pada April 22, 2013
5) Perak pada April 25, 2013
6) Perlis pada April 28, 2013
7) Kelantan pada April 28, 2013
8) Parlimen pada April 29, 2013
9) Sabah pada April 30, 2013
10) Pulau Pinang pada Mei 2, 2013
11) Kedah pada Mei 5, 2013
12 Terengganu pada Mei 5, 2013
13) Sarawak pada Jun 26, 2016

Parlimen juga akan terbubar secara tersendiri pada 29 April depan.

Fenomena ini tidak pernah berlaku. Ia mengajar masyarakat supaya 'alert' tentang kewajipan untuk mengundi.

Sebelum ini, kita mungkin tak berapa kisah atau tidak ambil peduli tentang kepentingan memilih kerajaan. Kita 'take things for granted'. Kita rasa semuanya akan terlaksana sendiri kerana ada sebahagian dari masyarakat kita yang prihatin. Kerajaan yang bagaimanapun polisi atau dasarnya, kita tidak peduli!


Pada sesetengah orang yang berfikir, mereka mungkin tertanya-tanya kenapa kerajaan sekarang membiarkan masa berlalu tanpa membubarkan parlimen?

Adakah kerajaan sekarang merasa tidak konfiden untuk meraih kemenangan dan membentuk kerajaan baru? Jika itulah sebabnya, apakah punca-punca yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Adakah pihak lawan atau pembangkang sudah semakin kuat dan hebat? Atau adakah pihak kerajaan mengalami keretakan gabungan atau masalah dalaman?

Jika dilihat dari segi 'kemurahan hati' pihak kerajaan dengan pemberian kepada kesemua pelusuk masyarakat; baik kepada orang tua, kanak-kanak, orang muda, remaja, pelajar sekolah, mahasiswa universiti, pemandu teksi dan sebagainya maka adalah mustahil kerajaan BN akan kalah. Semua tahap manusia mendapat habuan yang dihulurkan...

Adakah pemberian itu mempunyai maksud yang tersirat? Hanya Allah yang mengetahui...


Cuma kita juga kadang-kadang terfikir, kenapa sejak mutakhir ini kerajaan sungguh pemurah? Tiada yang tidak ingin diberi bahkan semuanya hendak diberi.

Dari mana datang begitu banyak sekali peruntukannya? Pinjaman dari pihak luar?

Kalau kita sebagai bapa terpaksa meminjam wang hanya untuk memberi sedikit kesenangan kepada anak-anak, bagaimana perasaan anak-anak itu menerima habuan dari bapa?

Adakah anak-anak merasa bahagia dan tidak kesian melihat bapa yang dikelilingi hutang? Dan mungkin anak-anaklah yang akan mewarisi hutang bapa tadi...

Apapun sepatutnya, anak-anak cepat sedar tentang kemurahan hati bapa... Bapa tak selamanya mampu memberi makan anak-anak tetapi anak-anak sepatutnya belajar untuk berdikari seperti kata Mat Salleh; "If you give him a fish, it will enough for a day but if you teach him how to fish, it will feed him for the rest of his life".

Pilihlah kerajaan yang mempunyai dasar yang kemas. Pentadbiran yang terbukti keberkesanannya. Tiada pembaziran di sana sini. Pilihlah mereka yang betul-betul ingin berkhidmat untuk masyarakat dan bukannya menggunakan masyarakat untuk memperkayakan diri dan keluarganya.


Kita hidup bukanlah lama. Kita perlu memikirkan kelangsungan kehidupan anak cucu cicit kita. Mereka yang bertanggungjawab sudah pasti memikirkan pembangunan mampan, perbelanjaan berhemah dan tidak sekali-kali merosakkan asas ekonomi, sosial, dan politik negara.

Pilihlah mereka yang betul-betul merasai bahawa kuasa adalah tanggungjawab dan bukannya lesen untuk mendapat segala-galanya. Kita sudah lama memperkayakan ahli politik negara tetapi masyarakat biasa masih bersederhana. Bersederhana dalam segala-galanya...

No comments:

Post a Comment