Pada penghujung tahun selalunya kita perlu banyak membuat pembayaran. Nasihat saya, kita perlu ada 'saving' sebelum tiba penghujung tahun. Kita perlu pandai mengutamakan yang utama.
Jangan kita mendahului 'kehendak' tetapi membelakangkan 'keperluan'. Sebagai contoh, semua orang suka untuk pergi bercuti di penghujung tahun atau pada bila-bila masa saja tetapi kita kena membuat sedikit perkiraan, adakah peruntukan untuk bercuti itu tidak menjejaskan perbelanjaan keperluan lain?
Jika ya, tangguh dulu atau kita membuat alternatif lain yang mana ia seakan-akan menggantikan percutian yang menelan belanja yang mahal tetapi kesannya tetap ada kepada keluarga kita.
Untuk diri saya, pada masa inilah perlu dijelaskan yuran pendaftaran sekolah anak-anak untuk tahun depan. Buku-buku persekolahan juga perlu dibeli. Peralatan sekolah seperti pakaian dan sebagainya juga memerlukan penggantian. Dengan kata lain, bila menjelang aje akhir tahun, perbelanjaan begitu melonjak naik!
Setakat seminggu dua ini, sudah lebih RM8k telah saya habiskan. Pecahannya seperti di bawah;
a) Tajaan halaqah mingguan JBT (RM25)
b) Bayar bil TM (RM84.75)
c) Bayar kad kredit CIMB (RM500.59)
d) Beli buku anak-anak SRIH (RM737.80)
e) Bayar bil TNB (RM122.70)
f) Bayar Kem Tahfiz anak (RM160)
g) Bayar pendaftaran sekolah anak-anak SRIH & SMIH (RM4,469)
h) Bayar kad kredit AEON (RM1,270.42)
i) Beli tiket bas untuk anak-anak ke Melaka (RM48.90)
j) Beri duit untuk anak-anak belanja & terjemahan sijil di KL (RM500)
k) Bayar bil celcom sekeluarga (RM70)
l) Bayar bil SAJ (RM144.77)
m) Bayar sekolah memandu anak (RM400)
n) Bayar al-Ma'thurat untuk dibawa ke Mesir (RM100)
o) Sumbangan Dana Hidayah (RM350)
Itu tidak termasuk perbelanjaan sampingan lain seperti menghadiri kenduri kahwin, aqiqah, membeli hadiah hari lahir anak isteri, membeli lauk pauk dan sebagainya. Buku sekolah anak-anak sekolah menengah belum beli lagi.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya, bagaimana Allah boleh memberi saya rezeki yang mencukupi untuk membuat pembayaran yang sebegitu banyak.
Rezeki dari Allah satu perkara dan satu perkara yang lain ialah kita bijak membuat perancangan supaya kita tidak berhutang dan tidak tertunggak jika terpaksa berhutang.
Prinsip yang saya pegang ialah saya tidak boleh melihat bil. Jika ada saja bil yang datang, saya akan terus membayarnya. Sesetengah orang dia suka menangguh sehingga hujung bulan untuk membayar semua bil.
Setelah semua bil dibayar, barulah kita tengok baki yang ada. Mampukah kita untuk membuat percutian dengan baki tersebut? Jika tidak, memadailah dengan membawa anak-anak bercuti di hutan bandar atau membeli barangan makanan yang enak-enak sepanjang musim cuti sekolah.
Nasihat saya kepada mereka yang masih muda dan baru berkeluarga, janganlah kita melihat jumlah duit kita yang banyak di dalam bank tetapi belum ditolak dengan bil-bil yang mendatang. Kita tolak dulu segala bayaran bil dan sebagainya, kemudian jika ada lebihan, barulah boleh memikirkan tentang 'holiday'!
Jangan sekali-kali berhutang yang tidak mampu untuk kita bayar! Buat 'calculation' dulu, jika aku beli iphone-5, boleh tak aku bayar? Kalau jawapannya, nyawa-nyawa ikan. Baik tak payah!
Sebab apa? Kadang-kadang ada aje perbelanjaan yang perlu dibuat tanpa kita 'expect'... Biar akaun kita ada berbaki untuk membayar apa-apa yang kita tidak jangka.
Prinsip kedua yang saya pegang ialah jangan kedekut untuk membuat kebajikan atau menghulurkan bantuan. Hulurkanlah walau RM1. InsyaAllah, Allah akan mendatangkan rezeki yang mencurah-curah tanpa kita sangka atau jangka!
Anak-anak kami 3 orang dan masih bersekolah rendah dan menengah. So, tak adalah teruk sangat mengirai duit pada setiap hujung tahun.
ReplyDeleteSince Ipin got sick, the children and I now can find happiness within our home without spending much on toll fee, gas and hotel fees. Masa cuti, we let the children have a bit loose daily schedule with few hours allocated to make revision with them.Other than that, just stock up the fridge, buy loads of books and magazines Yang dah remaja, they just know how to entertain themselves with all the gadgets and internet access.
InsyaAllah, selagi anak Adam itu bernafas bermakna masih ada rezeki untuknya di dunia ini. Bukankah sudah ada orang berkata, apabila seseorang itu sudah dijemput ajal maknanya ezekinya di dunia ini sudahpun habis.
Azizah
Alhamdulillah... Moga2 dengan segala derma yang enti & Ipin berikan saban waktu bakal menyediakan tempat percutian istimewa di jannah.
ReplyDeleteAna sangat2 kagum dengan sifat pemurah antum sekeluarga. May Allah rewards you with the best reward in the hereafter.
Jazakumullahu khairan kathira...