Takrifan bangsa melayu berbeza-beza di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Masyarakat berketurunan arab di Perlis tidak dinafikan salasilah kemelayuan mereka tetapi tidak di Johor. Mereka yang berketurunan Syed di Johor tidak diiktiraf sebagai melayu.
Apakah implikasinya? Implikasinya ialah orang-orang yang bernama Syed dan yang berseketurunan dengannya tidak dibenarkan untuk membeli tanah rezab melayu di Johor. Mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding dengan bangsa lain.
Saya sudah lama bertanya bersendirian, bagaimana ya jika seorang perempuan melayu berkahwin dengan seorang lelaki cina, apakah bangsa anaknya? Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan cina berkahwin dengan seorang lelaki melayu, apakah bangsa anaknya?
Bagaimana pula seorang perempuan india berkahwin dengan seorang lelaki melayu, apakah bangsa anaknya? Dan sebaliknya pula.
Saya mempunyai seorang kawan yang mana ibunya adalah seorang yang berbangsa cina, manakala ayahnya pula seorang india. Kawan saya ini, mempunyai warna kulit sama seperti saya iaitu sawo matang. Apakah kriteria bangsa kawan saya ini?
Adakah kerana bapanya india maka kita kata dia berbangsa india? Adakah kita menggunakan bangsa bapa sebagai asas kepada bangsa anak?
Saya dapati ramai mereka yang berbangsa asing tetapi apabila mereka berkahwin samaada dengan wanita atau lelaki melayu maka bangsa anak dilapurkan sebagai melayu. Di sini, bangsa ayah seperti tidak menjadi signifikan lagi. Apa yang penting bagi mereka ialah anak diasosiasikan dengan bangsa melayu supaya segala kemudahan dan keistimewaan melayu diperolehi.
Adakah takrifan sebegini adil?
Saya merasakan bahawa perlu ada satu badan profesional yang berkecimpung dalam bidang ini jika kita memikirkan bahawa istilah melayu itu penting. Sekurang-kurangnya, kita boleh membuat suatu 'standardization' diantara definisi melayu antara negeri-negeri di Malaysia.
Dengan kemasukan ramai pelajar-pelajar asing ke universiti-universiti (IPTA dan IPTS) di Malaysia, maka saya berpendapat akan berlaku lagi perkahwinan campur, merentas benua dan sebagainya.
Kita belum habis lagi mentakrif sesuatu bangsa berkahwin dengan sesuatu bangsa dalam negara tetapi sekarang ini ditambah pula dengan perkahwinan yang menjangkau negara lain.
Apa bangsa anak itu, sekiranya bapanya seorang berketurunan Iran atau Parsi dan berkahwin dengan seorang wanita melayu? Apakah bangsa anak itu, sekiranya bapanya seorang melayu berkahwin dengan seorang wanita Somalia?
Persoalan ini seharusnya dihalusi dan dimaktubkan sekiranya kita ingin berlaku adil kepada semua. Janganlah kita biarkan definisi ini diinterpretasi mengikut keadaan dan keperluan semasa oleh sesetengah pihak. Ia perlu selaras dan dipertahankan begitu...
Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Tuesday, April 23, 2013
Monday, April 15, 2013
Kerajaan Baru Yang Diidam-Idamkan...
Berikut ialah penulisan saya dalam FB yang mendapat maklumbalas dan dikongsi oleh rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)