Berikut ialah penulisan saya dalam FB yang mendapat maklumbalas dan dikongsi oleh rakan-rakan.
Alangkah seronoknya apabila kita dapat membentuk kerajaan baru nanti, tokoh-tokoh terkenal tanahair dapat berucap di universiti atau di sekolah tanpa diasosiasikan dengan ideologi politik mereka. Pelajar dan mahasiswa akan lebih matang dan dapat mempelajari stail pidato dan ilmu mereka.
Tun Mahathir dapat menceritakan pengalaman membangunkan Putrajaya, Tan Sri Khalid Ibrahim dapat menerangkan pengalaman strategi mentadbir negeri Selangor dengan menaikkan hasil negeri dengan jayanya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz boleh menceritakan pengalaman bagaimana mentadbir negeri Kelantan dengan serba kekurangan dan langkah-langkah berjimat cermat. Datuk Seri Ali Rustam dapat menerangkan bagaimana sungai Melaka berjaya dibersihkan dan menjadi tumpuan pelancong.
Begitu juga dengan program TV, kalau semua tokoh diberikan ruang dan peluang maka rakyat bukan sahaja akan bertambah ilmu mereka malah bertambah bijak.
Kita hendak menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi penduduknya bukan sahaja kaya dan sejahtera tetapi mereka juga berfikiran matang.
Mampukah kita membentuk kerajaan yang sedemikian?
No comments:
Post a Comment