Monday, February 2, 2015

Menuju Ke Negara Yang Kekal Abadi

Aku rasa tiada siapa yang tak takut untuk menghadapi maut. Baik orang alim, orang sederhana macam aku dan mahupun orang yang jahil, semuanya takut mati. Kita takut kerana kita tidak banyak amal. Kita takut kerana kita banyak melakukan dosa. Dan yang paling mengerikan lagi ialah siksa api neraka yang telah dijanjikan Allah kepada mereka yang kufur.

Walau apapun mati adalah pasti! 



"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali-Imran; 185).

Semalam aku ada menerima mesej wassap yang berbunyi, "Dia langsung tak pernah solat atau pergi masjid. Satu hari dia pergi ke masjid, safnya paling hadapan. Dia bukan berhijrah tetapi sebagai jenazah."

Pagi ini, aku dapati ramai yang komen mengatakan bahawa mereka teramat sangat tersentuh dengan mesej tersebut. Begitu terasa sehingga ada sesetengahnya yang awal-awal lagi mandi untuk pergi menunaikan solat maghrib di masjid semalam...


"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan." (Al-A'raf; 34).

Kita merasa takut kerana kita akan ditempatkan seorang diri di kubur yang sempit. Tiada lagi isteri... Tiada lagi anak-anak... Yang tinggal hanya kita bersendirian.

Harta tak payah cakaplah... Rumah besar, kereta besar dan segala-galanya ditinggalkan.

Semasa di dunia lagi, jika tiada anak isteri di rumah, betapa sunyi dan sepinya terasa diri ini. Apatah lagi apabila kita berada di penempatan yang baru yang hanya menunggu persoalan dan hukuman dari Munkar dan Nakir. Mampukah kita menjawab semua persoalan yang ditanya? Ma Rabbuka... Ma Imamuka... Ma Qiblatuka... dan sebagainya.

Takutnya siksaan yang sementara itu... sementara menunggu yaumul mahsyar, iaitu hari perbicaraan yang sebenar. Perbicaraan di hadapan Allah inilah yang akan menentukan nasib kita. Berbahagiakah kita atau celakakah kita?

Di kehidupan dunia, sekiranya kawan-kawan kita melawat atau menziarahi negara lain, apabila mereka balik kita boleh bertanya bagaimana keadaan negara tersebut?

Tetapi kawan-kawan kita yang telah pergi ke alam barzakh tiada seorangpun yang kembali dan menceritakan peristiwa di sana. Ini membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka? Dan yang pasti, kita juga akan ke sana dan tidak akan kembali lagi...

Teringat masa kecil-kecil dulu. Bila gelap aje, aku akan berfikir tentang alam kubur. Hanya tidur di sebelah ayah atau ibu sahaja yang akan mententeramkan aku.

Aku tidak boleh tidur di dalam gelap. Perlu ada pelita bernyala baru aku dapat melelapkan mata. Itu kisah masa budak-budak.

Kita hanya mampu berdoa dan berharap semoga kubur kita tidak akan gelap gelita. Ada yang menyatakan bahawa kalau kita rajin membaca surah al-Mulk dan al-Waqiah, kubur kita akan bercahaya, lapang dan boleh menjauhi dari siksa kubur. Akupun kurang pasti sumbernya. Mungkin boleh dirujuk kepada hadis-hadis sahih.


"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh..." (An-Nisa; 78).

Justeru, aku menyeru kepada diri dan anak isteriku supaya marilah kita banyak berbuat amal. Walaupun tak sebanyak mana tetapi sekurang-kurangnya ada juga bekalan pahala yang bakal mengurangkan siksa api neraka.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa keluarga kami, dosa-dosa masyarakat kami dan dosa-dosa umat muslimin dan muslimat, baik yang telah meninggal dunia mahupun yang masih hidup. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk beramal bakti kepada Mu ya Allah. Sesungguhnya, Engkaulah yang menciptakan kami dan kami adalah hamba Mu. Tunjuki kami jalan yang benar dan berkatilah kehidupan kami. Kami memohon kepada Mu untuk memberi kebaikan di dunia dan kebaikan juga di akhirat. Perkenankan permohonan kami... ya Allah, ya Rabbal 'Alamin!

2 comments:

  1. Perhatian !!! Perhatian !!!!
    Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
    Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
     
    Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Hello, ini adalah kumpulan kewangan Donegal. A bereputasi, sah &
    bertauliah pemberi pinjaman. Kami memberi pinjaman daripada semua
    jenis dalam cara yang sangat cepat dan mudah. Kami menawarkan pinjaman
    komersial, pinjaman perniagaan, Penyatuan Hutang, pinjaman pelajar
    atau apa-apa jenis pinjaman pilihan anda pada kadar faedah 2%. Jika
    anda berminat untuk kembali kepada kami di Alamat e-mel ini
    donegalgroupint@gmail.com Dengan maklumat berikut yang di bawah :.

    Nama:
    Nama keluarga:
    negara:
    bandar:
    pekerjaan:
    alamat tetap:
    Tarikh lahir:
    Poskod:
    seks:
    Nombor telefon:
    Status perkahwinan:
    Tujuan pinjaman:
    Pendapatan bulanan:
    Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    Tempoh pinjaman:
    Waris:
    Waris Nombor telefon:
    Waris kekal Alamat:

    Melampirkan Kad Pengenalan sah anda :.

    ReplyDelete