Thursday, October 29, 2009

Duit Yang Encik Bayar Bil Tadi 'Short' RM100...


Pukul 5.30 petang, aku menerima panggilan telefon dari Bank CIMB. "En. Wan, duit yang encik bayar bil kad kredit tengahari tadi tak cukup seratus. Kalau boleh encik 'check' balik sampul surat tadi, takut ada terselit. Saya Liyana. Apapun, kalau boleh cuba 'settle'kan hari ni".

"Saya dah kira sebelum saya beri pada 'you' tengahari tadi dan mungkin duit orang lain yang 'short' kot?", balasku. "Cuba 'you check' betul-betul", tambahku lagi. "En. Wan, ni bercakap dengan bos saya", balas Liyana.

"En. Wan memang kira betul tadi ya?", sampuk bos Liyana. "Ya, encik. Saya dah pergi Haji, saya tak nak makan duit haram dan saya tak rela dianiaya", balasku. "Tak mengapalah Encik Wan, semua akan 'settle', terima kasih", balas bos Liyana mengakhiri perbualan.

Aku mula merasa was-was. Adakah betul jumlah 3 bil kad kredit yang aku bayar sebelum solat zohor berjamaah di Masjid UTM tadi? Kad kredit 'Direct Access' aku berjumlah RM167.38. Kad kredit 'Direct Access' isteri berjumlah RM988.68 dan kad kredit CIMB aku berjumlah RM651.15.

Sepanjang malam aku berfikir tentang hal ini. Kalau nak dikira, aku tak perlu kisahpun kerana di slip pembayaran sudah tercetak jumlah pembayaran yang aku buat. Tapi.... Kalau betullah aku bayar tak cukup RM100, kesiannya si Liyana kena ganti duitnya.

Keesokannya, aku menelefon Liyana menanyakan sama ada dia sudah terjumpa duit yang 'short' itu. "Tak apalah En. Wan, saya dah ganti dengan duit saya", jawabnya. Akupun bergegas ke CIMB untuk menggantikan duitnya. Walaupun aku tak 'sure' duit akukah yang tak cukup atau dia yang salah catit.

Semasa jamuan makan tengahari fakulti sempena pembentangan 'research progress', aku menceritakan kepada kawan-kawan. Mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. PM Dzulkarnain juga pernah dikatakan short RM100 dan beliau membayarnya. Hasmah, isteri PM Dr Ahmad Ariffian juga pernah dikatakan 'short' RM100 tetapi beliau tidak membayarnya.

Rupa-rupanya perkara ini kerap berlaku... Tak pastilah pulak, adakah ianya sudah dibiasakan modus operandinya. Kalau orang tak bayar, I loose nothing tetapi kalau orang terpedaya, I gain extra RM100...

2 comments:

  1. manusia kan... rambut sama hitam hati lain-lain... tapi la ni rambut dah banyak yg colour. Jadi rambut dah tak boleh dijadikan ukuran.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat berharap ianya betul2, duit saya tak cukup dan bukan sebaliknya. Saya akan berpuas hati dan kejujuran pihak bank sebagai penjaga duit kita terjamin.

    Mudah2an ramai yang jujur & amanah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

    ReplyDelete