Saturday, October 31, 2009

Mengenali Seorang Dari 10 Yang Dijamin Syurga


Siapa yang tidak mengenali Abu Bakar (R.A)? Seorang yang digelar oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai As-Siddiq (Orang yang membenarkannya) (Surah Az-Zumar; 33). Ayahnya bernama Utsman dan ibunya bernama Salma.

Abu Bakar (R.A) memeluk Islam pada hari pertama diangkatNya Rasulullah (SAW) menjadi nabi. Setelah memeluk Islam, beliau giat berdakwah kepada rakan-rakannya dan hasilnya, Utsman bin Affan (R.A), Zubair bin Awwam (R.A), Abdul Rahman bin Auf (R.A), Thalhah bin Ubaidillah (R.A), dan Saad bin Abi Waqash (R.A) memasuki Islam.

Beliaulah yang membantu Rasulullah ketika mana Rasulullah dijerat leher dengan kain oleh Uqbah bin Abi Mu'ith sewaktu bersujud solat di Kaabah. Hasil tindakan itu, Abu Bakar sendiri dikepung beberapa orang penjahat dan dipukul dengan kejam dan dicabutnya rambut sehingga terluka kepalanya.

Abu Bakar telah menemani Rasulullah di dalam Gua Tsur semasa berhijrah ke Madinah. Abu Bakar juga berada di atas satu tunggangan bersama Rasulullah di saat berhijrah ke Madinah.

Pada tahun ke 9 Hijrah, tercetusnya Peperangan Tabuk dan Rasulullah telah meminta kepada sahabat untuk memberi infak. Abu Bakar telah membawa kesemua hartanya untuk diserahkan kepada Rasulullah (SAW).

Abu Bakar juga telah disuruh mengimami solat Isya' oleh Rasulullah di saat-saat akhir sebelum Baginda wafat.

Abu Bakar pernah mendengar pembicaraan Rasulullah (SAW) dengan Jibril (A.S), walaupun ia tidak dapat melihat Jibril.

Abu Bakar adalah orang yang mengumpulkan Al-Quran setelah ianya diusulkan oleh Umar Al-Khattab (R.A). Beliau telah menyuruh Zaid bin Tsabit melaksanakan tugas mengumpulkan semua surah Al-Quran.

Empat keturunan Abu Bakar As-Siddiq (R.A) adalah sahabat Rasulullah (SAW). Pertama, Abu Bakar sendiri. Kedua, ayahnya iaitu Abu Quhafah. Ketiga, anaknya iaitu Abdul Rahman (R.A) dan keempat ialah anak Abdul Rahman iaitu 'Atiq (R.A). Tidak dilupakan, Rasulullah juga adalah menantu kepada Abu Bakar As-Siddiq dengan beristerikan Aisyah (R.A).

Pada tahun ke 8 Hijrah terjadi pembukaan kota Mekah. Pada waktu itu, ayah Abu Bakar, yakni Abu Quhafah (R.A) masuk Islam. Pada hari itu, Abu Quhafah dibawa mengadap Rasulullah (SAW). Maka Rasulullah bersabda, "Mengapa ia dibawa kepadaku, selayaknya aku yang datang kepadanya."

Kecintaan Abu Bakar As-Siddiq (R.A) kepada Allah SWT dan RasulNya telah dimenifestasi dengan perkataan dan perbuatannya.

Sebelum meninggal dunia, Abu Bakar As-Siddiq (R.A) berkata, "Kirimkanlah unta yang biasa kita minum susunya, mangkuk yang biasa kita gunakan untuk makan, dan selimut ini kepada Umar (R.A). Benda-benda ini saya ambil dari baitul-mal kerana saya sebagai Khalifah."

Ketika benda-benda itu sampai ke tangan Umar (R.A), ia berkata, "Semoga Allah SWT merahmati Abu Bakar As-Siddiq (R.A). Dia telah menyebabkan tugas sebagai khalifah ini menyusahkan bagiku."

Rasulullah (SAW) bersabda; "Wahai Abu Bakar, kamu adalah orang yang pertama masuk ke dalam syurga dari umatku".

2 comments:

  1. Saidina Abu Bakar diberi nama As-Siddiq kerana membenarkan dan mengiyakan apa jua yang keluar dari mulut Nabi Muhammad SAW kerana sememangnya apa jua yg dikatakan adalah benar. Tapi sekarang nak dapat kawan yang mengiakan apa yg benar amat susah, tapi mengiyakan yang mungkar amat ramai.... Semoga kita tak tergolong dikalangan mereka-mereka yang menyesatkan...

    ReplyDelete
  2. Benar dan tepat sekali... Semoga begitulah. Amin!

    Kadang-kadang kita selalu dengar "Berkata benar walaupun ia pahit". Tetapi mudah untuk diungkapkan dari melakukannya.

    Terima kasih kerana sudi membaca!

    ReplyDelete