Satu malapetaka yang menusuki IPTA sejak kebelakangan ini ialah 'ranking'! Semua pentadbir IPTA (rata-ratanya universiti yang bergelar Universiti Penyelidikan) tergila-gilakannya...
Siapa tidak mahu universitinya menjadi universiti ternama? Semua orang mahu... Yang tidak siuman aje yang tidak mahu. Tetapi bolehkah kita menjadi tersohor dalam sekelip mata? Sanggupkah kita mengorbankan banyak perkara asas demi mengejar 'ranking'? Perlukah kita membelanjakan berbilion-bilion RM demi 'ranking'?
Harvard, MIT, Oxford, dan lain-lain universiti yang tersohor, berapa ratus tahun telah mereka wujud?
Dulu semasa belajar di peringkat Ijazah Sarjana, kita diajar oleh profesor tentang 'cost-benefit analysis'. Bagaimana para profesor kita di IPTA..., tidak belajarkah mereka tentang analisis ini? Atau sudah gelap mata dan menjadi sebuah universiti ternama adalah segala-galanya bagi mereka?
Cuba kita senaraikan satu per satu apa 'costs' dan 'benefits'nya menjadi universiti 'top 100'. Hendak menjadi 'top 10', jauh panggang dari api...
Kita mulakan dengan kebaikan atau keuntungannya dulu.
1) Universiti akan tersohor dan ramai pelajar luar negara akan berebut untuk mendapat tempat di universiti kita.
2) Yuran pelajar dapat dinaikkan dan universiti kita boleh menampung perbelanjaan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada peruntukan kerajaan.
3) Profesor kita dikenali sebagai pakar dalam bidang masing-masing di dalam mahupun di luar negara.
4) Pelajar kita mudah mendapat kerja di dalam dan di luar negara dan gaji mereka menjadi kompetatif.
5) Produk penyelidikan atau prototype akan membantu agensi perindustrian negara.
6) Gaji pensyarah akan meningkat.
7) Pelajar-pelajar yang memasuki universiti kita terdiri dari mereka yang pandai-pandai sahaja.
8) Tugas pengajaran pensyarah menjadi ringan.
9) Membantu pensyarah-pensyarah luar negara dengan menawarkan pekerjaan, lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam.
10) Dan lain-lain.
Kos atau harga yang perlu dibayar pula ialah;
1) Peluang pelajar tempatan untuk memasuki Universiti Penyelidikan (RU) di peringkat 'undergraduate' akan terhad.
2) Pelajar-pelajar yang mendapat 'research grants' dari RU kebanyakannya pelajar asing yang datang belajar di sini.
3) Kita membayar gaji pensyarah luar dengan skim perkhidmatan yang lebih tinggi (skim gaji DS52, DS 54, dan jusa (VK)).
4) Pengaliran wang keluar dari Malaysia di semua peringkat termasuk profesional. Kalau dulu, mereka yang bekerja di ladang dan industri saja yang menhantar duit pulang ke negara asal mereka.
5) Kesediaan masyarakat tempatan untuk menyambung pelajaran di peringkat 'post-graduates' agak kurang kerana skim gaji mereka tidak memerlukan ijazah sarjana atau kedoktoran kecuali pensyarah universiti.
6) Kita menanggung perbelanjaan pelajaran anak-anak pensyarah luar negara yang belajar di sekolah antarabangsa, yang mana yurannya begitu mahal.
7) Kita mengeluarkan banyak duit untuk menggalakkan pensyarah menerbitkan artikel di jurnal berwasit.
8) Kita membeli peralatan makmal yang mahal-mahal, yang belum tentu lagi akan digunapakai dan kadang-kadang menjadi 'gajah putih'.
9) Wang rakyat yang diperoleh melalui pelbagai cukai dibazirkan.
10) Jurang perbezaan antara kaum makin meningkat kerana kaum Cina mampu untuk belajar di IPTS dan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
11) Perancangan kerjaya dalam bidang profesional oleh kerajaan terhadap rakyat negara ini akan terbantut.
12) Polirisasi profesionalisme antara kaum meningkat.
13) Polisi universiti terhadap cara pemakaian pelajar-pelajar antarabangsa akan luntur kerana tidak dikuatkuasakan.
14) Bangunan-bangunan asrama yang dibina dengan pinjaman dari KWSP yang boleh menampung sehingga 20,000 pelajar akan berbazir.
15) Kos yang lebih mahal akan ditanggung bagi membuat renovasi bangunan-bangunan asrama.
16) Dan lain-lain.
Dalam buku Majlis Konvokesyen ke-47 UTM baru-baru ini, tersenarai seramai 143 orang staf akademik antarabangsa. Ditambah pula dengan 49 orang 'visiting professors', 31 orang 'visiting lecturers', 5 orang 'senior visiting lecturers', 5 orang 'distinguished visiting professors', 6 orang 'visiting associate professors', 4 orang 'visiting researchers', seorang 'guest lecturer', 4 orang 'post doctoral fellowships', dan 5 orang yang dilantik sebagai UTM academic ambassadors'.
Cuba bayangkan berapakah kos yang kita tanggung untuk membiayai mereka?
Banyak benda yang kita buat kadang-kadang kerana arahan orang atasan yang belum tentu berguna kepada masyarakat dalam jangkamasa panjang. Dan ramai di sekeliling mereka yang tidak berani bersuara. Bersuara... nanti gelap masa depan!
Itulah masalah kita. Bila ditegur, terus menganggap mereka yang menegur sebagai musuh! Tiada nasihat menasihat kepada kebenaran dan tiada nasihat menasihat ke arah kesabaran.
Tiada peluang untuk berbincang... Sepatutnya bincang dulu, lihat samaada lebih banyak kos ke atau lebih banyak 'benefits'. Kalau banyak yang menguntungkan berbanding keburukan maka barulah dilaksanakan...
Salam,
ReplyDeletetok wae, ana di UPM, dan walaupun UPM telah berstatus RU, tapi benda ni dah didevelop sangat lama...supervisor saya bermula researchnya pada tahun 1980an, dan researchnya seimbang seiring zaman...
tapi UTM, cuba "meloncat" naik ke tahap tersebut, pastinya banyak kebajikan di abaikan...hinggakan tutor yang telah dilantik, langsung tidak dipandang...mmm.....
nanti, yang dikejar xdapat, yang dikendong tercicir2...haha~
Itulah yang kita takut. Polisi negara tak seiring dengan polisi universiti atau sebaliknya. Banyak atau ramai yang akan terkorban or perhaps dikorbankan demi mencapai apa yang diinginkan.
ReplyDeletePerkara kebajikan tidak lagi menjadi agenda penting, as long as ranking yang diutamakan.
Semalam saya sempat berborak dengan seorang pensyarah luar yang datang berkhidmat di UTM. Dia agak terkilan dengan fasiliti yang kita ada. Nak buat experiment, nak kena pergi ke NUS.
Apa yang saya nampak peluang anak bangsa yang ingin belajar di so called universiti ternama di negara sendiri akan terencat...
Untuk Zakri, pakcik nasihatkan supaya ikut kehendak mereka ini... Publish, publish, and publish your papers. Then, you'll become professor very soon.