Saturday, September 29, 2012

Bantu Produk Muslim

Sejak kita dibangku sekolah, kita cuba membantu mereka yang beragama Islam dari segi mendapat perkhidmatan, membeli barangan dan sebagainya. Ia cocok dengan jiwa kita kerana orang-orang Islam tidak sewenang-wenangnya akan mengambil bahan haram untuk menghasilkan produknya.

Rata-rata orang Islam, walau sejahat manapun mereka seperti tidak solat atau tidak berpuasa malah ada yang berjudi dan minum arak tetapi mereka tetap jaga untuk tidak memakan babi atau bahan yang berkaitan dengan babi. Itulah budaya orang melayu...


Cuma kalau boleh dikatakan 'exception', satu kes semasa saya belajar di US dulu, ada seorang melayu ni, dia minum arak, berzina, dan tidak solat. So, katanya, alang-alang dia buat semua yang Allah larang, why not teruskan aje makan babi... Ini sangat-sangat jarang berlaku.

Yang selalu berlaku adalah seperti yang saya kata di awal tadi. Walau sejahat mana, walau seburuk mana, babi tetap satu benda HARAM kepada semua orang melayu.


Pada hari Selasa, saya ke Taman Sri Putri untuk membeli tiket bas ke KL. Apabila sampai di kaunter "Transnasional', kelihatan tiada petugas. Dan saya bertanya kepada pakcik dan makcik yang bertugas di kaunter sebelah.

"Dia keluar kejap. Nak pergi mana dik?", balas makcik tadi.

"Nak ke KL. Saya suka naik bas Transnasional kerana dia milik Bumiputra", balas saya.

"Oh... Itu pandangan pelanggan tetapi bagi kami penjual tiket bas... Transnasional dah lama jadi milik cina... kalau tak silap... cina Singapura", sambung pakcik pula.


"Ye ke?", tanya ku sambil memikir-mikirkan tentang Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang bersama-sama dengan Transnasional. Satu-satunya syarikat bas yang ada di Kelantan dan jelas terpampang milik melayu.

"Pakcik ada bas apa ke KL?", tanya ku.

"Causeway, Mara dan Maju. Maju milik Johor Corp", balas makcik pula.

"Oklah bagi saya bas Maju, pukul 3 petang, 29 September!", pinta ku.

Saya sebenarnya sudah banyak pengalaman dalam mencuba untuk membantu Bumiputera Islam. Baiki kereta, membeli di kedai runcit, membuat grill rumah, dan sebagainya. Banyak pengalaman yang mengajar bahawa niat murni kita pada awalnya berkesudahan dengan tidak menyenangkan hati kemudiannya. Dan akhirnya, timbul rasa penyesalan dan menyusahkan hati dan fikiran...


Tetapi perasaan ingin membantu perniagaan Islam masih menebal. Setidak-tidaknya, membantu mana-mana syarikat yang kita tahu mereka berupaya memberi perkhidmatan yang terbaik.

Apabila saya pulang dari tempat penjualan tiket, saya cuba google 'Transnasional' dan saya dapati Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh masih menjadi pengerusinya dan Transnasional adalah dibawah milik Nadicorp Sdn Bhd. Mana nama Cina Singapura itu?

Wednesday, September 19, 2012

Ukur Baju Di Badan Sendiri...

Peribahasa melayu begitu cantik sekali mengatakan bahawa kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Ada sesetengah orang, kita nampak pemakaian baju dan seluar di badannya begitu cantik dan serasi. Kita ingin berpakaian seperti itu. Tetapi badan kita lebih gempal dan sudah pasti pakaian itu tidak dapat kita pakai. Jika dipakaikan juga maka ia pasti terkoyak!



Apa maksudnya? Maksudnya ialah setiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita. Ada

juga yang berkata, maksudnya ialah kita hendaklah hidup sepadan dengan pendapatan kita.

Walau apapun maksudnya, kita hendaklah menjalani kehidupan dengan kemampuan yang seadanya. Jangan kita berlebih dalam berbelanja dan sebaliknya pula jangan kita bakhil!


Allah tidak suka orang yang boros dan juga orang yang bakhil.




Kita selalu berdoa dalam al-ma'thurat yang bermaksud; "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang".

Daripada Abu Sa'ied al-Khudri RA berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid, tiba-tiba baginda terserempak dengan seorang lelaki ansar yang dikenali sebagai Abu Umamah, lalu Bagindapun berkata: Wahai Abu Umamah, mengapa aku lihat kamu duduk di dalam masjid sedangkan (sekarang) bukan waktu solat? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, aku sedang menghadapi masalah dan dibebani dengan hutang. Baginda SAW berkata: Mahukah kamu jika aku ajarkan sesuatu ucapan jika kamu baca nescaya Allah akan hilangkan masalah kamu dan menyelesaikan hutang-hutang kamu? Abu Umamah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda SAW berkata lagi: Bacalah doa ini (di atas) setiap pagi dan petang. Akupun mengamalkannya lalu Allah telah menghilangkan masalahku dan menyelesaikan hutangku." Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya.




Dalam suasana teknologi begitu cepat berubah dan selalu 'updated', kita kadang-kadang terasa ingin mengikuti perkembangan terkini. iphone 5, samsung galaxy, ipad, ipod dan segala macam 'gadget' menggamit perasaan kita. Kita tidak mahu digelar sebagai seorang manusia yang jauh ketinggalan dalam teknologi terkini.

Tetapi apa yang penting untuk kita jawab ialah mampukah kita? Tidak terbebankah kita? Dan yang tak kurang penting juga ialah adakah ia satu keperluan atau satu kehendak? Jika ia merupakan satu keperluan maka 'by all means' kita wajib mendapatkannya tetapi mungkin kita terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang kurang penting di sana sini.




Dan janganlah kita menjalani kehidupan seperti kata pepatah melayu, "Biar papa asal bergaya!"

Kita tak mampu untuk hidup papa...

Saturday, September 15, 2012

Gambar-Gambar Persiapan & Gambar Sambutan Hari Raya FGHT 2012

Disertakan beberapa keping gambar sempena persiapan dan gambar sambutan Hari Raya Aidhil Fithri FGHT di Kolej Tun Dr Ismail, UTM, pada 14 September 2012. Banyak juadah yang disediakan, termasuk kambing golek, satay, ABC, ais krim, lemang, lontong, mee, rendang ayam dan daging, dan banyak lagi.

Kelihatan Saudara Saiful, Afifi, dan Hafiz sedang sibuk menyusun meja.



Kawan-kawan yang lain iaitu Saudara Abang Lan (our CC), Mus, Amin, Ummul, Shahrin and the gang.

Rasyid & Syakir

'Ammar, Asmaa', Rasyid & Syakir

Ummi

Sakinah, Asmaa' & Their New Friend

Asmaa' & Her Friend

Me & Dr Choong

Rasyid, Syakir, Friend & Asmaa'

Di akhir program, ramai peserta yang hadir terpaksa membungkus makanan untuk dibawa balik kerana banyak makanan yang berlebihan. Dijangkakan seramai 200 orang warga FGHT dan famili yang hadir bagi memeriahkan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Badan Keluarga FGHT. Semoga ketemu lagi dalam Majlis Raya Eid-ul Adha bulan depan.

Wednesday, September 12, 2012

Dah hampir Setengah Bulan Aku Tidak Membuat Coretan

Masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup tap dah 12 September! Bulan lepas sibuk beramal di bulan Ramadhan (Itupun jika Allah menerima amal kita). Sekarang sibuk beraya pula. Sebulan bulan Syawal beraya di Johor...

Yang bagus beraya sebulan ialah kita dapat menghubungkan sillaturrahim sesama keluarga dan sahabat handai. Yang tak bagusnya ialah kesian dekat badan (perut). Perut terpaksa bekerja extra 'overtime' untuk menghadamkan makanan yang dimasukkan.

Dulu perut banyak rehat semasa Ramadhan tetapi sekarang banyak bekerja tak kira masa!


Sekarang lagi sibuk kerana Semester 1 (Sesi 2012/2013) bagi IPTA baru bermula 2 hari lepas.

Tak sempat nak coretkan apa-apa di blog.

Dari 7 hingga 9 September, kita 'organize' mukhayyam atau perkhemahan ikhwah Ahli Teras IKRAM. Pada 21 hingga 23 September, kita 'organize' mukhayyam atau perkhemahan akhawat Ahli Teras IKRAM pula.

Begitulah kehidupan. Kita sibuk menguruskannya atau sebaliknya kehidupan sibuk menguruskan kita.

Pada saya, baik kita sibuk menguruskannya dari kehidupan menyibukkan kita. Kalau kehidupan menyibukkan kita, kita hilang pedoman dan sentiasa ingin 'keep up-to-date' dengan segala kemewahan dan jenama barangan yang selalu bertukar.


Kerana kesibukan juga, saya 'missed outing fishing' di Pulau Aur dari 3 hingga 5 September. Nama telah diberi tetapi disebabkan program mukhayyam ikhwah AT belum 'settle' maka saya terpaksa menarik diri di saat akhir.

Alhamdulillah, Prof Arshad masih menghargai niat saya untuk turut sama memancing dan beliau telah menghadiahkan beberapa ekor ikan tongkol kepada saya.

Yang akan menyibukkan saya lagi ialah, pada semester ini saya ditawarkan untuk mengajar program 'SPACE' setelah puluhan tahun saya dipulaukan dari mengajar. Itupun saya dapat matapelajaran dari Jabatan Geomatik dan bukan dari jabatan saya sendiri, Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Apapun, ketidakadilan yang dilakukan terhadap diri saya selama ini, saya berserah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan mereka yang terlibat diberi kemudahan untuk menyatakan asbab dan mempertahankan hujjah mereka di hadapan Rabbul Jalil. Hasbunallahu Wani'malwakil!!!

Pada 25 Oktober nanti, iaitu sehari sebelum Eid-ul-Adha, insyaAllah saya akan menjalani viva untuk pengajian PhD saya. Saya memohon kepada tuan-tuan untuk berdoa kepada saya supaya saya lulus viva nanti dengan jayanya.

Diatas doa tuan-tuan yang tidak saya ketahui itu, saya mengharapkan Allah SWT membalasnya dengan kebaikan yang melimpah ruah, baik di dunia mahupun di akhirat! Amin!!!