Wednesday, September 12, 2012

Dah hampir Setengah Bulan Aku Tidak Membuat Coretan

Masa begitu cepat berlalu. Tup tap tup tap dah 12 September! Bulan lepas sibuk beramal di bulan Ramadhan (Itupun jika Allah menerima amal kita). Sekarang sibuk beraya pula. Sebulan bulan Syawal beraya di Johor...

Yang bagus beraya sebulan ialah kita dapat menghubungkan sillaturrahim sesama keluarga dan sahabat handai. Yang tak bagusnya ialah kesian dekat badan (perut). Perut terpaksa bekerja extra 'overtime' untuk menghadamkan makanan yang dimasukkan.

Dulu perut banyak rehat semasa Ramadhan tetapi sekarang banyak bekerja tak kira masa!


Sekarang lagi sibuk kerana Semester 1 (Sesi 2012/2013) bagi IPTA baru bermula 2 hari lepas.

Tak sempat nak coretkan apa-apa di blog.

Dari 7 hingga 9 September, kita 'organize' mukhayyam atau perkhemahan ikhwah Ahli Teras IKRAM. Pada 21 hingga 23 September, kita 'organize' mukhayyam atau perkhemahan akhawat Ahli Teras IKRAM pula.

Begitulah kehidupan. Kita sibuk menguruskannya atau sebaliknya kehidupan sibuk menguruskan kita.

Pada saya, baik kita sibuk menguruskannya dari kehidupan menyibukkan kita. Kalau kehidupan menyibukkan kita, kita hilang pedoman dan sentiasa ingin 'keep up-to-date' dengan segala kemewahan dan jenama barangan yang selalu bertukar.


Kerana kesibukan juga, saya 'missed outing fishing' di Pulau Aur dari 3 hingga 5 September. Nama telah diberi tetapi disebabkan program mukhayyam ikhwah AT belum 'settle' maka saya terpaksa menarik diri di saat akhir.

Alhamdulillah, Prof Arshad masih menghargai niat saya untuk turut sama memancing dan beliau telah menghadiahkan beberapa ekor ikan tongkol kepada saya.

Yang akan menyibukkan saya lagi ialah, pada semester ini saya ditawarkan untuk mengajar program 'SPACE' setelah puluhan tahun saya dipulaukan dari mengajar. Itupun saya dapat matapelajaran dari Jabatan Geomatik dan bukan dari jabatan saya sendiri, Jabatan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Apapun, ketidakadilan yang dilakukan terhadap diri saya selama ini, saya berserah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan mereka yang terlibat diberi kemudahan untuk menyatakan asbab dan mempertahankan hujjah mereka di hadapan Rabbul Jalil. Hasbunallahu Wani'malwakil!!!

Pada 25 Oktober nanti, iaitu sehari sebelum Eid-ul-Adha, insyaAllah saya akan menjalani viva untuk pengajian PhD saya. Saya memohon kepada tuan-tuan untuk berdoa kepada saya supaya saya lulus viva nanti dengan jayanya.

Diatas doa tuan-tuan yang tidak saya ketahui itu, saya mengharapkan Allah SWT membalasnya dengan kebaikan yang melimpah ruah, baik di dunia mahupun di akhirat! Amin!!!

6 comments:

  1. tahniah en wan sbb dh nk bergelar Dr pulak slps ni.. sy br je nk jd mahasiswa blk, kali ini di UPM,Master di fakulti engineering. semoga kita dpt bertemu di masa akan dtg..

    ReplyDelete
  2. Thanks Mi (Bujey). Bekas dekan fakulti engineering tu, sekarang TNC, Prof Dr Salleh tu kawan saya.

    Yang penting ada kemahuan... Didoakan you sekeluarga sihat dan sejahtera dunia & akhirat. Di kerja atau sambung belajar jugak?

    All the best...

    ReplyDelete
  3. D belum lagi sambung, kami br je dpt anak kedua sebelum raya aritu. Alhamdulillah. dia still dlm tempoh berpantang.. sy pun buat part time je, nasib baik UPM tu dkt dgn tmpt kerja..

    sy ada plan jugak msa akan dtg nk ke johor, sbb adik saya pn ada kt utm. cuma xtau bila nk ke sana.. klu ke sana insyaallah, kami akan dtg jumpa en wan.. klu boleh send kan no phone en wan, hp lama sy rosak, byk no hilang.. boleh send ke email sy rozalmisuhaimi@gmail.com.

    juga smpikan salam kt dua anak teruna en wan, sy dh lupa nama diorg.. dh besar panjang dah.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. No saya 019-7171964. Welcome! Tahniah dah dapat 2 anak. Didik betul2 supaya berjaya dunia akhirat...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, moga Allah memudahkan urusan akhi semasa viva.Moga dibukakn pintu-pintu kefasihan, kefahaman dan ketinggian akal semasa viva nanti. With all the hardworks, preserverance and doa followed by tawakkal illallah, the sweetness of success will be yours. Kami di Segamat akan mendoakan.

    ReplyDelete
  6. Jazakumullah diucapkan kepada antum berdua! May Allah rewards you guys with the best rewards in this world and in the hereafter...

    ReplyDelete