Wednesday, September 19, 2012

Ukur Baju Di Badan Sendiri...

Peribahasa melayu begitu cantik sekali mengatakan bahawa kita perlu mengukur baju di badan sendiri. Ada sesetengah orang, kita nampak pemakaian baju dan seluar di badannya begitu cantik dan serasi. Kita ingin berpakaian seperti itu. Tetapi badan kita lebih gempal dan sudah pasti pakaian itu tidak dapat kita pakai. Jika dipakaikan juga maka ia pasti terkoyak!



Apa maksudnya? Maksudnya ialah setiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita. Ada

juga yang berkata, maksudnya ialah kita hendaklah hidup sepadan dengan pendapatan kita.

Walau apapun maksudnya, kita hendaklah menjalani kehidupan dengan kemampuan yang seadanya. Jangan kita berlebih dalam berbelanja dan sebaliknya pula jangan kita bakhil!


Allah tidak suka orang yang boros dan juga orang yang bakhil.




Kita selalu berdoa dalam al-ma'thurat yang bermaksud; "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang".

Daripada Abu Sa'ied al-Khudri RA berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid, tiba-tiba baginda terserempak dengan seorang lelaki ansar yang dikenali sebagai Abu Umamah, lalu Bagindapun berkata: Wahai Abu Umamah, mengapa aku lihat kamu duduk di dalam masjid sedangkan (sekarang) bukan waktu solat? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, aku sedang menghadapi masalah dan dibebani dengan hutang. Baginda SAW berkata: Mahukah kamu jika aku ajarkan sesuatu ucapan jika kamu baca nescaya Allah akan hilangkan masalah kamu dan menyelesaikan hutang-hutang kamu? Abu Umamah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda SAW berkata lagi: Bacalah doa ini (di atas) setiap pagi dan petang. Akupun mengamalkannya lalu Allah telah menghilangkan masalahku dan menyelesaikan hutangku." Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya.




Dalam suasana teknologi begitu cepat berubah dan selalu 'updated', kita kadang-kadang terasa ingin mengikuti perkembangan terkini. iphone 5, samsung galaxy, ipad, ipod dan segala macam 'gadget' menggamit perasaan kita. Kita tidak mahu digelar sebagai seorang manusia yang jauh ketinggalan dalam teknologi terkini.

Tetapi apa yang penting untuk kita jawab ialah mampukah kita? Tidak terbebankah kita? Dan yang tak kurang penting juga ialah adakah ia satu keperluan atau satu kehendak? Jika ia merupakan satu keperluan maka 'by all means' kita wajib mendapatkannya tetapi mungkin kita terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang kurang penting di sana sini.




Dan janganlah kita menjalani kehidupan seperti kata pepatah melayu, "Biar papa asal bergaya!"

Kita tak mampu untuk hidup papa...

2 comments:

  1. Thank you for writing this.

    Sesungguhnya sangat mudah untuk Allah menjadikan seseorang itu kaya atau miskin. Orang kafir kaya kerana Allah nak balas siap-siap kebaikan diaorang kat dunia supaya kat akhirat nanti orang kafir tak boleh nak claim apa-apa dari Allah.

    Yang paling selamat,ajar diri sendiri dan anak-anak to live within one's means...dan maximize the investment for the next life..

    Yang kita cari ialah rezeki yang jika sedikit ianya mencukupi, bila banyak boleh diagih-agihkan...

    ReplyDelete
  2. Yes, you're correct. Semoga kita semua dapat mendidik anak2 dan diri kita sendiri menjadi manusia yang bersederhana. Tidak bersedih durja apabila ditimpa ujian dan tidak bersuka ria apabila diberi penghargaan.

    Ya Allah berilah kesihatan yang berpanjangan kepada sahabatku ini, sembuhkan penyakit Ariffin supaya mereka dapat giat menyebarkan dakwahMu.

    Amin Ya Rabbal 'Alamin...

    ReplyDelete