Sunday, February 23, 2014

Tak Semua Orang Boleh Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa...

Manusia adalah berbeda. Sesetengah orang mungkin mempunyai kelebihan manakala sesetengah orang lagi mungkin banyak kurang dari lebihnya. Kita perlu menerima hakikat ini.

Begitu juga anak-anak yang lahir dari dua ibubapa yang sama, pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak sama gelagat dan kelakuan antara mereka itu walaupun dengan bilangan anak yang ramai. Anak kembar seiraspun kadang-kadang ada kelainannya. Ada yang memadai sekali suruh maka terus dibuatnya. Ada yang kena suruh berulang-ulang kali baru dibuatnya. Itulah kebesaran Allah SWT yang menciptakan hamba-hambaNya.

Setengah orang boleh melakukan 2 atau lebih perkara dalam satu masa. Manakala setengah orang pula terpaksa menyiapkan kerja pertamanya dulu sebelum memulakan kerja keduanya.

Jangan kita rasa pening dan susah hati. Kalau kita jenis yang hanya boleh melakukan kerja selepas kerja pertama siap maka teruskanlah. Usah ditiru orang yang boleh melakukan banyak perkara dalam suatu masa. Masing-masing ada kelebihan masing-masing.

Nak buat macamana dah kita memang macam tu...

Tetapi tidak salah jika kita mencuba untuk melakukan 2 perkara dalam satu masa. Pada awalnya mungkin keputusan atau 'result' yang kita perolehi tidak begitu memberangsangkan. Mungkin lama-kelamaan ia akan menjadi bertambah baik.


Walaupun kita tidak juga berjaya setelah mencubanya beberapa kali, jangan kita susah hati! Sekarang kita kena menerima hakikat bahawa kita adalah jenis manusia yang sebegitu. Tidak ada salahnya kita melakukan kerja 'one at a time'... Bahkan keputusannya adalah jauh lebih cemerlang sekiranya kita buat bersama-sama dengan kerja yang lain.

Itu menunjukkan bahawa kita jenis manusia yang 'concentrate' apabila melakukan kerja. Tidak boleh diganggu gugat! Kita mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Teruskan dan semoga kita terus cemerlang dan gemilang ke mercu jaya!

No comments:

Post a Comment