Sunday, February 23, 2014

'Confirm'kan Dulu...

Sekarang banyak orang menipu... Ada yang datang ke rumah untuk menipu, ada yang menghantar sms dan ada juga yang membuat panggilan telefon hanya kerana ingin mendapat sedikit balasan kewangan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada anak-anak supaya sentiasa sahkan dulu dengan orang tua kita. Keabsahan ini penting!


Saya pernah mendapat e-mail mengatakan ada hadiah dari UK untuk saya. Saya perlu memberi nombor telefon saya untuk orang dari UK menelefon saya bagi mengesahkannya. Memang ada nombor dari UK tertera di 'smart phone' saya menanyakan seolah-olah ingin mengesahkan nombor saya. Beberapa hari kemudian ada panggilan katanya dari airport KLIA meminta saya membayar seribu lebih sebagai cukai sebelum barang tersebut dapat dihantar kepada kita.

Ha...ha... 'very smart'kan? Saya menjawab 'I'll pay C.O.D. (cash on delivery). Mana dia barang tu? Sampai sekarang ia hanya tinggal sebagai kenangan.

Saya juga pernah mendapat sms dari Shell mengatakan saya menang RM20,000 dan perlu menelefon suatu nombor untuk pengesahan...

Itulah hakikat dunia zaman sekarang. Zaman makin canggih dan cara penipuanpun makin canggih. Ramai manusia ingin hidup senang tanpa bekerja.

Dulu saya pernah tulis pasal satu sekolah tahfiz yang menjadikan anak-anak sebagai ajen pengutipan derma dan dihadiahkan satu CD. Dalam CD tersebut terdapat gambar bosnya yang berpegangan dengan beberapa wanita dan menyanyikan lagu. Waduh! 

Kadang-kadang apabila ada orang datang ke rumah dan menyatakan bahawa ibu atau bapa kita menyuruh beliau tolong mengambil sesuatu barang maka jangan kita terus mempercayainya. Jangan terus buka pintu! Apalah salahnya jika kita menghubungi kedua orang tua kita dahulu dan memaklumkan bahawa ada orang yang datang ke rumah dan mengatakan sekian sekian?

'Confirm'kan dulu dengan orang tua kita. Biarpun yang datang itu saudara mara kita. Apatah lagi jika orang luar suku sakat? Sebelum kita bertindak menyerahkan dokumen atau barangan maka kita seharusnya membuat pengesahan. Jangan kita serah semborono saja.

Periksa dulu dan membuat pengesahan...


Perkara ini penting kerana sekiranya kita terus melepaskan apa-apa pegangan kepada mereka yang kita tidak kenali mahupun kita kenali maka sekiranya ia tidak betul maka lambatlah pula untuk kita mendapatkannya semula.

Pokoknya ialah jangan mudah percaya...

Kita yang telah lanjut usiapun kadang-kadang mudah terpengaruh apatah lagi anak-anak yang masih cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka. Maka waspadalah wahai anak-anakku...

No comments:

Post a Comment