Saturday, May 24, 2014

Keluarlah Dan Penuhkan Ilmu Di Dada Mu...

Hari ini seorang lagi anakku ke Menara Gading... Wan Ahmad Luqman (Achik). Achik melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi UM.

Kak Long di Cairo University, Kak Ngah di UIAM, Abang insyaAllah di Al-Azhar dan sekarang Achik di UM.

Seorang demi seorang anak-anak ku keluar dari rumah demi menuntut ilmu. Pergilah menuntut ilmu sebanyak yang mungkin, mudah-mudahan ilmu itu amat berguna untuk dimanfaatkan untuk agama, masyarakat dan negara.

Mereka aku ibaratkan seperti burung-burung yang diberi makanan yang secukupnya untuk membesar. Diajar al-Quran oleh ibunya, diberi pengetahuan agama oleh ustaz dan ustazah mereka supaya mereka istiqamah di jalan Allah. Setelah menjadi belia remaja maka merekapun keluar dari sarang yang telah aku bina... Cuma satu harapan aku ialah mereka akan kembali ke sarang semula setelah ilmu penuh di dada.

Belajarlah ilmu Allah yang Maha Luas. Lagi banyak kita belajar, lagi terasa betapa kerdilnya kita. Peribahasa ada menyatakan bahawa apabila kita semakin berilmu maka semakin tunduk kita, seperti rasmi padi semakin berisi semakin tunduk!


Anak-anakku, di luar sana keadaan tidak sama seperti di sekolah. Kita tidak lagi diarah untuk belajar. Semuanya terletak kepada inisiatif kita untuk belajar. Kita tidak lagi berada dalam 'controlled environment'!. Segala jenis manusia kita perlu hadapi. Ada yang baik, ada yang jujur, ada yang amanah dan begitu juga yang sebaliknya.

Masa perlu dirancang sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan. Di sekolah tertera kata-kata, "If we failed to plan, we're planning to fail!". Ingat tu...

Semua orang merancang. Abah selalu sebut kepada pelajar-pelajar abah bahawa kita mesti merancang. Merancang untuk hadir kuliah 'on time'. Merancang untuk mendapat 'first class degree'. Merancang untuk berkeluarga dan sebagainya.

Sekiranya kelas kita pukul 8 pagi maka kita mesti sudah melangkah ke dewan kuliah 10 atau 15 minit sebelumnya.

Hanya orang gila yang tidak merancang!

Perancangan memerlukan 3 ciri-ciri penting. Yang paling utama ialah kita merancang untuk masa depan. Tiada orang merancang untuk kelmarin, minggu lepas atau tahun lepas! Yang lepas hanya menjadi pengalaman dan pengajaran sahaja. Dengan kata lain, perancangan melibatkan wawasan masa depan yang lebih baik dan berusaha ke arah itu.


'A plan is a predetermined course of action'.

Ciri yang kedua, ialah tindakan. Perancangan tanpa tindakan hanyalah angan-angan kosong seperti Mat Jenin. Apabila kita merancang untuk berjaya, kita perlu membuat tindakan ke arah menjayakan perancangan tersebut.


Dan yang ketiga ialah individu atau organisasi yang melakukan tindakan. Kita tidak boleh semata-mata berdoa untuk mencapai kejayaan!

Usaha yang terbaik dan disusuli dengan doa kepada Allah SWT adalah suatu tindakan yang paling mulia. Kita mengetahui bahawa usaha kita perlu direstui oleh Allah SWT untuk mendapat kejayaan!

Dan ingatlah anak-anakku, "If people gather together to benefit you, nothing can benefit you unless what has been prescribed by Allah. And if people gather together to harm you, nothing can harm you unless what has been prescribed by Allah".

Didoakan supaya anak-anakku berjaya di dunia dan akhirat... Amin!

Wednesday, May 21, 2014

Tiada Keraguan Lagi Tentang KeesaanMu Ya Rabb Tetapi Buktikan Lagi Bagi Menambahkan Keyakinanku...

'Perasaan' atau kita katakan taqwa turun naik. Ada kala ia menggunung tinggi tetapi kadang-kala ia menurun sehingga ke taraf busut. Pada saat inilah kita memanggil-manggil Tuhan Rabbul Jalil... Ya Allah!, Ya Allah!, Ya Allah!.

Ya Allah, aku memerlukan bantuanMu! Aku sudah pasrah, tiada siapa lagi yang boleh membantuku selain Mu, ya Allah! Ya, Allah, aku mengetahui bahawa Engkau sungguh dekat, malah lebih dekat dari urat leherku dan Engkau juga Maha Mendengar... Ya Allah, aku merayu kepada Mu untuk membantuku. Sekali-kali tidak aku merayu kepada manusia, insan yang sama dengan ku, semuanya ciptaan Mu!

Gua Tapak Penempatan Kaum Aztec Ribuan Tahun Dahulu

Aku mengetahui bahawa tiada kesalahan untuk aku memohon kepada Mu untuk membuktikan kekuasaan Mu, ya Allah! Tujuannya ialah supaya iman ku semakin kukuh lagi mantap...

Aku juga tahu bahawa Nabi Ibrahim A.S. pernah memohon kepada Mu untuk menunjukkan kekuasaan Mu supaya imannya semakin teguh dan utuh!

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?". Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hati tetap mantap dengan imanku". Allah berfirman: "Kalau demikian, ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya oleh mu. Allah berfirman: "Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepada mu dengan segera". Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah; 260).

Penempatan Kaum Aztec di Grand Canyon, Arizona

Ya Allah... Bantulah daku, anak-anakku, dan keluargaku dalam menghadapi kehidupan masing-masing. Permudahkanlah segala urusan kami, ya Allah. Sesungguhnya, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Wednesday, May 14, 2014

Nostalgia Gambar-Gambar Lama...

Gambar-gambar lama elok juga dilihat semula untuk menilai transformasi diri yang telah berlaku. Sungguhpun zaman ini boleh dikatakan zaman yang kurang penghayatan Islam tetapi seingat aku, solat lima waktu tidak ku tinggalkan. Akan ku solat di kaki lima bilik kuliah tanpa menghiraukan mata-mata 'mat salleh' yang memerhati. Begitu cekal aku dengan amalan solat ini.

 Di 'Four Corners'; sempadan negeri Arizona, New Mexico, Utah dan Colorado, USA.

 In the middle of nowhere in Arizona...

Bersama kereta yang disewa untuk bersiar-siar di bumi Allah...

 Bersama kawan-kawan dari Language Center of the Pacific, Azusa, California menziarahi, Flagstaff, Arizona.

 Di Grand Canyon, Arizona.

 Hasrat hati untuk memeluk 'cactus' tetapi ia penuh berduri...

Bersama kawan-kawan; Roslee, Bart, Zam, Khairi dan Khalid melawat Universal Studios, Hollywood, California.

Ya Allah, ku doakan semoga Engkau tetapkan daku di jalanMu yang lurus. Engkau matikan daku dalam agamaMu dan jadikan daku tergolong dalam kalangan mereka yang soleh. Amin!

Tadabbur Alam Ciptaan Allah...

Allah Maha Pencipta! Dia menciptakan sesuatu supaya kita banyak berfikir dan mengembalikan keesaanNya hanya sanya kepada Allah Rabbul Jalil.


Ilmu Allah sungguh luas. Pengetahuan yang kita ada hanya sekelumit cuma berbanding dengan ilmu yang Allah hamparkan kepada kita.

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula" (al-Kahfi; 109).

3 hari 3 malam di Lautan China Selatan menginsafi diri. Betapa kerdilnya aku bersama rakan-rakan di atas sebuah bot yang dikelilingi lautan luas.

Semua perkara boleh terjadi. Allah SWT boleh mendatangkan ribut dan menghanyutkan bot kami ke mana-mana atau Allah SWT juga boleh menjadikan bot kami karam dan kami hanyut dan tenggelam di dasar laut. Semua itu boleh berlaku dengan qudrat dan iradat Allah SWT.

Aku juga terfikir, bagaimana sesetengah nelayan boleh melupai tanggungjawabnya kepada Allah dimana keadaannya yang berada dalam saat yang genting seperti itu. Tidak dikerjakan solat walhal rezekinya yang berada di dalam laut belum pasti akan dibawa naik ke atas bot.

Padaku, di saat itulah kebergantungan diri kepada Allah begitu tinggi sekali. Adakah Allah akan menganugerahkan aku rezeki hari ini? Atau aku akan pulang kosong tanpa tangkapan?

Rehlah kami dari 28 April hingga 1 Mei tempohari di sekitar Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil diisikan dengan solat berjamaah dan bacaan al-Ma'thurat. Aktiviti tersebut dilakukan samaada di dalam bot mahupun di pulau.

Semoga Allah berkati rehlah kami!