Wednesday, May 14, 2014

Tadabbur Alam Ciptaan Allah...

Allah Maha Pencipta! Dia menciptakan sesuatu supaya kita banyak berfikir dan mengembalikan keesaanNya hanya sanya kepada Allah Rabbul Jalil.


Ilmu Allah sungguh luas. Pengetahuan yang kita ada hanya sekelumit cuma berbanding dengan ilmu yang Allah hamparkan kepada kita.

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula" (al-Kahfi; 109).

3 hari 3 malam di Lautan China Selatan menginsafi diri. Betapa kerdilnya aku bersama rakan-rakan di atas sebuah bot yang dikelilingi lautan luas.

Semua perkara boleh terjadi. Allah SWT boleh mendatangkan ribut dan menghanyutkan bot kami ke mana-mana atau Allah SWT juga boleh menjadikan bot kami karam dan kami hanyut dan tenggelam di dasar laut. Semua itu boleh berlaku dengan qudrat dan iradat Allah SWT.

Aku juga terfikir, bagaimana sesetengah nelayan boleh melupai tanggungjawabnya kepada Allah dimana keadaannya yang berada dalam saat yang genting seperti itu. Tidak dikerjakan solat walhal rezekinya yang berada di dalam laut belum pasti akan dibawa naik ke atas bot.

Padaku, di saat itulah kebergantungan diri kepada Allah begitu tinggi sekali. Adakah Allah akan menganugerahkan aku rezeki hari ini? Atau aku akan pulang kosong tanpa tangkapan?

Rehlah kami dari 28 April hingga 1 Mei tempohari di sekitar Pulau Tioman dan Pulau Pemanggil diisikan dengan solat berjamaah dan bacaan al-Ma'thurat. Aktiviti tersebut dilakukan samaada di dalam bot mahupun di pulau.

Semoga Allah berkati rehlah kami!

No comments:

Post a Comment