Wednesday, July 2, 2014

Apabila Kita Inginkan Sesuatu Kenapa Ayah Tak Penuhi Kemahuan Kita?

Kita mempunyai banyak kemahuan atau keinginan berbanding dengan keperluan. Rata-rata kita rasa ingin memberontak apabila kemahuan kita tidak dipenuhi. Kenapa ayah tak beli itu untuk aku? Barang lain dia boleh beli untuk abang. Kenapa dia beli barang tu untuk adik? Kenapa itu dan kenapa ini?

Itulah yang selalu kita fikirkan. Kita selalu fikir ayah pilih kasih, selalu tidak adil kepada kita! Adik beradik yang lain selalu mendapat apa yang mereka kehendaki tetapi aku memang yang terakhir kalau dapat!


Kenapa ayah tak jual aje kereta atau rumah untuk memenuhi kehendak aku? Susah sangat ke? Nanti aku ganti baliklah bila aku bekerja nanti. Dengan anak sendiripun hendak berkira! Siapa suruh jadi bapa aku? Tengok tu bapa Syamim, apa yang Syamim nak tak pernah dibiarkan tanpa hasil! Ayah Syamim sayang pada Syamim. Ayah aku tidak sayang padaku!

Itulah tanggapan yang selalu kita canang kepada minda. Kali pertama canang, minda tolak mentah-mentah kerana minda masih rasional. Apabila kali kedua dan ketiga canang maka mindapun turut menerima. Memang ayah pilih kasih!!!

Dulu abang pernah guna 'handphone' sampai bil beratus-ratus. Adik juga pernah sampai beratus-ratus bil phone mereka. Tapi bila bil 'phone' aku yang beratus-ratus, apasal nak marah pulak? Abang dulupun marah sikit-sikit aje. Begitu juga dengan adik, abah marah sikit aje! Bila tang aku, marah bagai nak putus saudara...

Apa yang terjadi seolah-olah tiada pengajaran langsung yang boleh diambil. Abang buat silap, adik buat silap dan aku juga PERLU buat silap, baru adil!


Rilek la... Kan itu tanggungjawab abah menyediakan kemahuan kami?

Sikit-sikit tercuai tu biasa la... Mana ada manusia 'perfect'?

Kalau mereka boleh buat salah, akupun boleh buat salah. Biarlah setiap orang buat salah yang samapun, baru adil! Mana nak belajar dari kesilapan dari adik beradik yang lain? Biarlah kita lalui sendiri walaupun kesilapan yang sama! Yang penting abah jangan marah!

Setiap perbelanjaan yang ayah buat ialah melihat kepada 'priority' ataupun kita kata kepentingan. Yang penting dan memerlukan masa yang cepat akan didahulukan. Yang penting tetapi boleh ditangguhkan 'will be next'. Seterusnya, yang kurang penting tetapi perlu disegerakan dan akhir sekali ialah yang kurang penting dan boleh dilewatkan.

Ayah juga melihat kepada perangai anak yang memiliki barangan yang diinginkan itu. Sekiranya anak kurang cakna dengan apa yang telah dimiliki atau dengan lain perkataan, tidak berapa kisah tentang barangan tersebut maka ayah akan fikir 10 kali untuk membeli barangan lain pula.

Sungguhpun ayah datang dari keluarga yang susah dan tidak mendapat apa-apa kemudahan dari orang tuanya, dia tidak sanggup melihat anaknya melalui apa yang dia lalui.

Kalau boleh, segalanya ingin diberikan kepada anak-anaknya supaya anak-anaknya tidak susah. Tapi aku percaya kepada kata-kata 'Easy come, easy go!'

Manusia jarang dapat menghargai sesuatu apabila dia mendapatkannya dengan mudah!

No comments:

Post a Comment