Membeli dan menjual rumah adalah suatu bisnes yang amat menguntungkan. Saya pernah membaca buku 'Rich Dad and Poor Dad', penulisan Robert Kiyosaki yang menceritakan pengalaman beliau berkecimpung dalam bidang harta tanah. Beliau menjadi kaya raya hasil dari perniagaan harta tanah.
Saya yang mengajar di Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah hanya mampu membeli 2 buah rumah dan sebidang tanah lot rumah dari bapa mertua. Rumah pertama yang saya beli ialah sekitar tahun 1998 bernilai RM157,930.00, sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah kedua saya pula juga sebuah rumah teres 2 tingkat tetapi ia berkedudukan di hujung sebagai 'corner lot', oleh itu adalah sedikit kawasan lapang di sebelah rumah. Rumah ini saya beli pada tahun 2012 dengan harga RM442,000.
Tanah lot bangunan seluas 867 meter persegi pula saya beli dari bapa mertua dengan harga RM20,000 pada tahun 2010.
Rumah yang pertama telah saya jual pada Disember 2013 dan si pembeli telahpun membuat penambahbaikan dan menginap di sana. Cuma, saya masih belum mendapat bayaran dari Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) sampai sekarang.
Pada pandangan saya yang cetek ini, peguam memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan proses pembayaran wang pinjaman dan sebagainya. Nasihat saya kepada kawan-kawan yang ingin menjual rumah adalah supaya mendapatkan peguam dimana kamu berada. Jangan kita berada di Skudai tetapi menggunakan peguam di Batu Pahat. Jarak yang jauh akan mempengaruhi masa dan seterusnya akan menjadi lebih lama untuk kita mendapatkan wang kita.
Pengalaman kawan saya di fakulti yang telah membeli rumah mantan Naib Canselor UTM beberapa tahun yang lepas memaklumkan bahawa Prof Dato' Ir Dr Zaini Ujang telah mendapat wang dari BPP hanya dalam masa 3 bulan sahaja. Saya sudah hampir 7 bulan tetapi kelibat cekpun belum nampak. Kalau beza sebulan dua ok juga tetapi kalau dah lebih dari 'double' masa yang diambil, saya pasti mesti ada ketidakcekapan yang melampau dimana-mana.
Biasalah pihak peguam akan memberi seribu satu alasan, sistem 'down' la, pegawai cuti la, dan pelbagai lagi alasan. Sebab itu lawyer di Malaysia disinonimkan dengan 'lawyer buruk'!
Semoga kita dijauhkan dari tergolong ke dalam golongan mereka yang lalai, leka dan sia-sia. Amin!
No comments:
Post a Comment