Perasaan atau hati kita akan tersentuh tidak mengira masa dan ketika. Tetapi ia hanya berlaku pada saat yang tertentu (at the right moment). Maksud saya tersentuh di sini ialah tersentak dari lamunan atau tersedar dari kejahilan dan mula mengingati Allah SWT. Kata-kata seseorang itu kadang-kadang menyentuh kalbu. Walhal, dia tu bukanlah seorang ustaz tersohor atau pakar motivasi terkenal. Tetapi ucapannya masih terngiang-ngiang di telinga kita sampai sekarang.
Bila Allah ingin memberi kesedaran kepada kita, kadang-kadang kata-kata anak kitapun mampu menginsafi perbuatan kita. Kadang-kadang kita terdengar 'somebody' mengucapkan bait-bait yang cukup indah dan mengingatkan kita tentang tujuan kewujudan kita yang asal.
Dengan kata lain, hati kita boleh tersentuh atau tersedar kembali apabila mendengar ucapan sesiapa saja. Tidak semestinya ucapan itu dari orang terkenal mahupun ucapan dari orang alim. Tak mahukah kita menjadi salah seorang dari sesiapa saja itu? Manalah tahu hasil percakapan kita satu dua ayat telah memberi hidayah kepada seseorang tentang Islam. Yang penting kita mencuba dan jangan merasai malu untuk mengajak manusia kepada kebaikan.
Ceritanya begini, suatu malam saya ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Isya'. Tetapi pada waktu itu seorang ustaz sedang memberi ceramah. Apabila masuk waktu Isya', azanpun dilaungkan. Selepas azan, ustaz kembali berceramah selama lebih kurang 20 minit lagi.
Ustaz ini memang tidak terkenalpun... Baca quranpun tak ada lagu... 'plain' aje. Kadang-kadang rasa kesian kepadanya bila dia jadi Imam. Dia cuba membuat lagu sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dalam solat tapi lagu dia memang 'out', 'pitching'nya lari dan sebagainya. Pun begitu, saya selalu berdoa agar suatu hari lagu bacaan ustaz akan sedap didengari.
Ustaz ini hanya menyebut 'very simple words'. Kita di dunia ni begitu ligat dan giat berusaha untuk mendapat habuan dunia. Umur kita walhal hanyalah mungkin setakat 60 - 70 tahun. Berapa umur kita sekarang? 40 - 50 tahun? Berapa baki umur kita yang tinggal? Setengah dari kita di sini mungkin tak sempat habispun belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan meninggal dunia.
Jadi apa 'preparation' kita untuk mendiami alam akhirat yang tiada 'ending'nya? Dunia akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Tiada lagi kematian selepas kematian ini! Apa nilainya kehidupan 70 tahun ini sekiranya hendak dibandingkan dengan kehidupan selama-lamanya itu?
Kata-kata ustaz itu telah membuat saya berfikir tentang rumah saya yang ada 2 buah, kereta saya satu dan kereta isteri satu, dan anak-anak saya yang seramai 9 orang. InsyaAllah, saya akan uruskan semuanya dengan sebaik mungkin supaya saya bakal meraih kebaikan dunia mahupun kebaikan akhirat. Tidak lupa juga untuk saya berdoa semoga saya sentiasa istiqamah di jalanNya. Sesungguhnya Allahlah yang memberi petunjuk kepada hambaNya!
No comments:
Post a Comment