Thursday, October 3, 2013

Abah Sayang Anak-Anak...

Abah sayang anak-anak...
Masa dulu, masa anak-anak kecil...
Abah peluk, abah cium anak-anak
Bermula dengan Kak Long
Begitu seronok dan bangga dengan kehadiran Kak Long dalam keluarga
Dibawa merata ke setiap taman bunga
Baik dalam mahupun luar negara
Tiba pula Kak Ngah
Menambah lagi kasih sayang
Begitu sedih melihat Kak Ngah bergolek membilang tangga
Tak sempat dicapai tangan
Dahlah jatuh, dahi pula luka terkena kotak buah!
Abang muncul menambah keceriaan
Anak lelaki pertama ummi abah
Ibu abah cium abang sebelum dia jatuh koma dan meninggal dunia
Semoga bondaku tersayang aman di sana...
 
Achik yang ke seterusnya
Kesian padanya kerana terpaksa tinggal dalam inkubator
Kerana lahir tak cukup bulan
Tapi Achik cukup akal
Sehingga menjadi pendebat Hidayah!
Kemudian 'Ammar
Selalu sahaja demam panas
Buat ummi tak lena tidur
Anak lelaki abah yang paling tinggi setakat ini
Rasyid lahir seterusnya
Agak jarak dari abangnya
Amat suka dengan binatang
Bercita-cita menjadi doktor haiwan
 
Sakinah tiba setahun kemudian
Kesian Sakinah kami tinggalkannya
Di kala berusia 52 hari
Kami pergi menjadi tetamu Ilahi
Di Baitullah dan Masjid Nabawi
Seterusnya Syakir
Kami bangga mempunyai putera kelima
Semoga menjadi mujahid agama
Akhirnya Asmaa Solehah, penutup keluarga
Siang malam pagi petang
Abah panggil sayang... sayang...
Kalau anak-anak tengok kasih dan sayang abah pada Asmaa
Begitulah jua kasih dan sayang abah semasa kalian masih kecil
Pelukannya, ciumannya...Tidak ada bezanya...
Cumanya anak-anak...
Antum perlu berhati-hati
Kasih sayang abah bukannya hakiki
Abah boleh berubah hati
Jika anak membenci
Kasih dan sayang abah
pada Allah dan Rasul yang hakiki

Itu sudah barang pasti
Tidak boleh ia dijual beli...

1 comment: