Kita menangis meratap sedih
Kerana abah marah tak tutup gulai daging dan ayam goreng selepas makan
Bagi abah, makanan yang tak bertutup akan mengajak cicak dan lipas
untuk turut sama menjamu selera
Nakke kita makan bekas jilatan cicak dan lipas?
Inilah abahmu…
Kita meratap sedih
Kerana abah marah tak tutup lampu dan kipas selepas selesai berada di
bilik
Bagi abah, selagi anak-anak perlu untuk menggunakan lampu dan kipas, gunakanlah
walaupun selama 24jam
Tetapi bila sudah selesai tutupkan suisnya
Abah hanya tidak ingin anak-anaknya membazir
Inilah abahmu…
Kita sedih, pilu dan hiba
Kerana abah marah menggunakan telefon sesuka kita
Bagi abah, telefon digunakan untuk perkara penting
Dua tiga ratus untuk bayar bil hanya membazir
Abah tidak ada duit extra untuk dibazir
Inilah abahmu…
Kita menangis pilu
Kerana abah marah tak mahu kerja musim cuti
Bagi abah, tidur, bangun, dan makan hanya kerja orang malas
Kalau kita kerja, kurang-kurang dapat tampung duit belanja
Abah tidak mampu beri lebih untuk belanja universiti
Inilah abahmu…
Kita meraung hiba
Kerana abah marah kita mandi lama
Bagi abah, mandi lama tak bagus untuk kesihatan dan bil air tinggi
Langkah jimat; buka pili dengan kecil, bila kita sabun badan tutup pili
dulu, bila gosok gigi tutup pili.
Abah tidak suka bayar bil air dua tiga ratus bila orang lain hanya
bayar dua tiga puluh.
Inilah abahmu…
Kita menangis teresak-esak
Kerana abah marah kita tak keluar sampah
Bagi abah, kita perlu faham sendiri rutin kerja rumah dan tak perlu
suruh
Tengok rumah berhabuk, kita terus sapu
Jangan pula kita tunggu
Inilah abahmu…
Kita meraung sekuat rasa
Kerana abah marah kita kacau adik
Bagi abah, kita kena jaga adik
Dulu abah dah jaga kita
Kita sudah tak ingat…
Tengok si adik kecil…
Macam itulah abah jaga masa kita kecil dulu
Inilah abahmu…
No comments:
Post a Comment