Bila usia makin meningkat, banyak kedengaran ada kawan masuk hospital. Dan ada juga yang meninggalkan kita dahulu yang mana kita pasti menyusul kemudiannya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian!
Apapun kita perlu bersedia sekiranya kita perlu masuk hospital. Kawan-kawan mungkin ada yang tak perasan ada skim insuran murah yang melayakkan kita mendapat perkhidmatan di hospital swasta. Kalau nak masuk hospital kerajaan mungkin kena 'queue' panjang walaupun kita tahu bahawa fasiliti di hospital kerajaan yang paling bagus.
Insuran ini di bawah cuepacs yang dipanggil cuepacs care. Tetapi hanya untuk kakitangan kerajaan SAHAJA.
Dulu saya mengambil skim takaful yang harganya seribu lebih setahun tetapi dengan cuepacs care hanya RM490 setahun untuk seisi keluarga. Borangnya boleh dimuat turun dari laman web cuepacs.
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkan borang di pautan berikut;
http://cuepacscare.com.my/Ccare_form_SL.pdf
Dengan menyertai skim ini, ia sama dengan skim takaful yang lain juga yang mana kita boleh mendapat 'deduction income tax'.
Jadi, eloklah kita menyediakan payung sebelum hujan sebelum ianya terlambat. Selamat menyertainya!
No comments:
Post a Comment