9 cabaran di bawah telah saya ambil dari MyAirport@blogspot.com dan saya ulas setiap satu cabaran tersebut.
·
Cabaran pertama
ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan
terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan
dedikasi kepada negara.
Pada saya, cabaran ini tidaklah sukar untuk dicapai tetapi ia perlu dipupuk dan dibaja dengan sebaik yang mungkin. Usah kita kita mainkan lagu-lagu lama seperti peristiwa 13 Mei dan seumpamanya kerana ia tidak membawa kita kemana-mana tetapi sebaliknya akan menambahkan lagi sikap saling tidak mempercayai di antara satu sama lain. Banyakkan cerita dan berita positif tentang hubungan antara kaum supaya kita mudah berintegrasi.
·
Yang kedua
ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram
dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang
ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa,
dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Cabaran ini juga boleh dicapai dengan baik. Penggunaan internet yang berleluasa dan bebas akan mencerna dan mewarna jiwa yang bebas tetapi masih mempunyai keterbatasannya bersandarkan tuntutan Tuhan dan tatasusila murni. Tiada siapa di dunia ini yang betul-betul bebas melakukan sesuatu tanpa batas. Hatta kera di hutanpun mempunyai batasan 'territory'nya!
·
Cabaran ketiga
yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang
mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh
kepada beberapa banyak negara membangun.
Kita perlu faham betul-betul apa maksudnya masyarakat demokratik yang matang. Kita seharusnya mengamalkan dan bukan setakat nukilan semata-mata bagi menunjukkan kita 'open'... Kita mesti betul-betul terbuka untuk menerima pandangan berbeza. Jangan kita mudah melabel mereka sebagai pembangkang jika mereka berbeza pendapat dengan kita.

Keempat ialah cabaran untuk
mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai
etika paling tinggi.
Ini juga perlu kepada pelaksanaan yang selari. Bukan hanya menyatakan begitu tetapi kita masih membenarkan budaya hedonisme berleluasa sehingga melanggar budaya ketimuran. Mati dan sakit disebabkan menari terkinja-kinja dengan pakaian separuh bogel selama beberapa hari dan berbekalkan dadah dan arak. Jauh sekali apa yang dikata!

Cabaran kelima
yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara.
Kita dengan jelas menyatakan untuk mewujudkan masyarakat liberal! Liberal agamanya, liberal akhlaknya, liberal budayanya atau liberal yang bagaimana? Yang pasti kita tidak boleh liberal dari segi menyokong mereka yang tidak menerima hadis dan hanya berpegang kepada al-Quran!

Keenam ialah cabaran untuk
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan.
Kita perlu menambah ruang dan peluang kepada anak bangsa untuk menimba ilmu di menara gading yang canggih teknologinya dan bukannya mengurangkan bilangan pengambilannya. Janganlah kera di hutan disusui tetapi anak di rumah mati kelaparan.

Cabaran ketujuh
untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem
sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan
kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di
sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
Perlu banyakkan program-program ke arah keluarga penyayang. Daripada apa yang dilihat hari ini, sebaliknya yang berlaku. Ibubapa merempat di hari tua dan kadang-kadang rumah orang tua menjadi sasaran tempat persinggahan terakhir sebelum mereka melangkah pergi! Anak-anak kecil dan bayi samaada didera atau dibuang kerana terjebak dengan budaya seks bebas. Nilai-nilai positif terhakis dan remaja semakin berani mencuba budaya asing!

Kelapan ialah cabaran untuk
memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan
wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Itulah yang diharapkan semasa pemerintahan kita di awal dahulu semasa zaman Tun Abdul Razak tetapi sekarang masing-masing berjuang terutama ahli politik pemerintah hanya untuk memenuhi kekayaan diri dan keluarga sendiri. Alangkah sedih bila melihat bekas Perdana Menteri yang mencanang Wawasan 2020 tersenarai sebagai manusia terkaya dan mendapat nombor dua selepas Presiden Hosni Mubarak! Itu mereka tulis tetapi hakikatnya kita tidak tahu. Tetapi sekiranya betul maka kita boleh dikatakan sebagai pemimpin yang tidak 'walk the talk!'.

· Cabaran kesembilan ialah
cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.
Ini masih jauh selagi kita masih mengharapkan pelbagai subsidi negara (kerajaan). Segala jenis seumpama BR1M harus dihapuskan tetapi sebaliknya meningkatkan pelaksanaan pengurusan sistem zakat yang lebih telus dan berwibawa. Kutipan zakat yang berjuta-juta bukan untuk disimpan tetapi perlu diagihkan kepada asnaf-asnaf yang begitu mengharapkan...
Seterusnya, saya nampak gejala atau masalah negara-negara maju akan kita warisi. Contohnya, peningkatan dari segi 'crime rate', peningkatan pengangguran, peningkatan kesesakan jalan dan sebagainya.
Masyarakat muda akan lari dari melakukan kerja-kerja berat di ladang sepertimana yang kita lihat di negara maju. Pendatang asing akan mengusahakan tanaman sawit dan mengutip hasilnya. Kita dapati di kebanyakan negara maju, pengutipan strawberry dan apple telah dilakukan oleh PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin).
Masyarakat juga akan banyak yang tiada rumah. Oleh itu, PBT terpaksa membantu membina rumah dan menyewakan kepada mereka.
'Food stamps' sepertimana di US dan UK akan disediakan! Masyarakat bebas memilih untuk bekerja atau berhenti kerja dan kemudiannya mendapatkan kemudahan bantuan dari 'local government' atau 'state government', mahupun dari 'federal government'.
Harap-harapnya telahan saya tidak benar...

No comments:
Post a Comment