Di sini ingin saya perturunkan beberapa pedoman kepada rakan-rakan supaya tidak rugi apabila bermuamalat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Johor (SAJ) atau syarikat-syarikat yang seumpamanya.
Saya telah menjual sebuah rumah kepada seorang pembeli yang mana rumah itu dibiarkan kosong sementara pembeli tersebut mendapat kelulusan pinjaman perumahan daripada pihak kerajaan.
Kita hendak sewakanpun susah kerana kita tidak tahu berapa lama 'loan' tersebut akan lulus. Kalau proses pinjaman cepat lulus nanti kita kena halau pula penyewa! Nak tak nak, rumah itu dibiarkan kosong walaupun bertalu-talu, orang bertanya untuk menyewa.
Itu bukan apa yang saya ingin tuan-tuan pelajari. Yang ingin saya ajar kepada tuan-tuan ialah berkaitan memberhentikan perkhidmatan elektrik dan air sebaik tuan-tuan tidak lagi menggunakan rumah tersebut.
Yang jahatnya ialah SAJ. Setiap kali dia datang baca meter, dia akan caj RM5 walaupun tiada penggunaan air yang dibuat. Selagi kita tidak pergi ke SAJ untuk memaklumkan supaya memotong perkhidmatan, selagi itulah dia akan caj RM5 setiap bulan.
Saya tidak melakukan apa-apa selama 6 bulan kerana tidak tahu apa nak buat dan bil tertunggak dikira sebanyak RM30, iaitu RM5 sebulan. Akhirnya, ada seorang manusia menasihatkan supaya saya pergi memaklumkan kepada SAJ bahawa saya ingin perkhidmatannya dipotong.
Pun begitu, setelah saya memaklumkan supaya perkhidmatan air dipotong, 2 hari kemudian SAJ datang lagi untuk membaca meter dan saya dicaj lagi RM5 (mungkin untuk mempastikan tiada penggunaan air sebelum perkhidmatannya diberhentikan. Kita juga dicaj RM35 untuk urusan pemotongan.
Akhirnya, deposit yang dibayar belasan tahun dulu sebanyak RM90, hanya RM20 dikembalikan kepada kita.
TNB agak baik sikit kerana dia tidak akan caj kita jika tiada penggunaan elektrik. Walaupun saya tidak membuat apa-apa selama 6 bulan, tiada caj yang dikenakan.
Cumanya, setelah saya memaklumkan kepada TNB untuk memotong perkhidmatan, sebulan kemudian saya mendapat balik deposit sebanyak RM279.80 yang dikreditkan ke dalam akaun bank saya walaupun deposit yang dibayar belasan tahun dahulu ialah RM280.
Pengajaran yang boleh diambil ialah;
i) Apabila berurusan dengan SAJ, terus maklumkan pemotongan perkhidmatan apabila kita tidak lagi menginap di situ. Kalau tidak, wang deposit kita akan berkurangan. Saja-saja dia caj kita RM5 sebulan ikut suka dia saja. Ingatlah wahai SAJ, orang tidak halal pengambilan wang secara begini...
ii) TNB sepatutnya membayar balik jumlah deposit secara penuh, iaitu kalau RM280 maka bayaran balik juga mesti RM280, kalau tidak lebihpun. Siapa yang akan halalkan, walaupun 20sen?
iii) TNB telah menaikkan deposit dari RM280 (untuk rumah teres 2 tingkat) kepada RM500.
iv) Syarikat telefon AT&T dan kebanyakan syarikat utiliti yang lain di Amerika Syarikat membayar balik deposit kepada pengguna bersama keuntungan apabila seseorang itu menamatkan perkhidmatan. Syarikat GLC kita, bukan nak bayar keuntungan tetapi kalau boleh ingin dikurangkan lagi deposit tersebut walaupun mereka telah menyimpannya selama puluhan tahun.
Oleh itu, wahai pembesar-pembesar SAJ dan TNB!,
Takutlah kamu kepada Allah! Kami tidak akan halalkan cara pengambilan wang secara paksa begitu! InsyaAllah, akan kami tuntut bahagian kami di yaumul mahsyar nanti...
Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Wednesday, June 25, 2014
Monday, June 16, 2014
Menjadi Pengajaran Kehidupan...
Hari ini aku ke bank CIMB dalam UTM. Tujuannya ialah untuk memasukkan wang tunai ke dalam akaun menerusi mesin.
Mesin ATM ada lebih kurang 5 biji, mesin untuk memasukkan cek ada 2 biji dan mesin untuk memasukkan duit 'cash' ada sebiji di perkarangan bank di Student Union Building (SUB).
Aku adalah orang yang ketiga beratur untuk memasukkan duit tunai. Seorang perempuan yang di depan menoleh ke belakang dan memberitahu orang lelaki yang berada di depanku bahawa mesin tidak menerima duit.
Lelaki tersebut pula mencuba tetapi juga tidak dapat memasukkan wang ke dalam mesin.
Sekarang tiba giliran aku pula untuk mencuba... Aku memasukkan kad bank dan menekan butang untuk membuat deposit tunai ke dalam akaun.
Mesinpun ternganga. Aku memasukkan 7 keping duit RM50. Aku menekan butang untuk meneruskan proses. Kemudian terpapar di skrin menyatakan 'processing'. Tiba-tiba mesin 'hang'! Dan akhir sekali mesin mengeluarkan resit kertas mengatakan transaksi tidak berjaya tanpa mengeluarkan kembali duit yang aku telah deposit.
Akupun masuk ke dalam bank dan memaklumkan kepada staf bahawa mesin deposit tidak berfungsi dan duit aku tidak dikembalikan.
Aku diarah untuk berurusan dengan bahagian urusan pelanggan di depan. Staf meminta aku mengisi borang dan mengambil kad bank dan kad pengenalanku sebagai pengenalan diri.
Kemudian staf tersebut memaklumkan bahawa duit aku akan dikreditkan ke dalam akaun aku dalam masa 14 hari!
Mesin tu dalam kawasan bank. Dia boleh buka bila-bila masa aje mesin tersebut untuk 'rectify' tetapi kenapa 14 hari? Mungkin SOP bank. Ini yang aku cuak berurusan dengan bank di Malaysia. Bank di luar negara, seperti di UK atau USA, aku pasti dan-dan tu dia akan 'settle'kan.
Oleh itu, pengajaran atau iktibar atau ibrah yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah kita perlu percaya kepada mereka yang telah mencuba di depan kita. Kalau 2 orang yang telah cuba memasukkan wang tunai ke dalam mesin tetapi tidak berjaya maka kita tidak payahlah mencubanya lagi.
Kedua, kepada pihak bank yang berkenaan seharusnya lebih sensitif kepada citarasa pelanggan. Kalaulah mesin deposit tersebut terletak di stesen minyak ke atau mana-mana kawasan yang jauh dari bank maka munasabahlah mengambil masa 14 hari, yakni 7 hari perjalanan pergi dan 7 hari perjalanan balik (Wow, jauh gila tempat ni).
Ketiga, wajib kira dulu wang yang ingin dimasukkan. Aku selalunya tidak mengira duit yang ingin dimasukkan tetapi mengharapkan mesin tersebut mengiranya sendiri.
Hari ini kalaulah aku tidak mengira dulu berapa banyak wang yang ingin dimasukkan maka pasti terkial-kial untuk mengisi borang komplain tersebut untuk menyatakan nilai duit yang telah didepositkan.
Allah menjadikan aku teringat betapa pentingnya mengira duit sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin. Yang mesin juga turut mengira, itu adalah 'secondary'...

Thursday, June 12, 2014
Doa Menhindari Dari Bebanan Hutang
Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan, Waa'uzubika minal 'agzi wal kasal, Waa'uzubika minal jubni wal bukhl, Waa'uzubika min ghalabatiddaini waqahrir rijal.
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu dari keresahan dan kesedihan. Aku mohon perlindunganMu dari kelemahan dan kemalasan. Aku mohon perlindunganMu dari sifat pengecut dan kebakhilan. Aku mohon perlindunganMu dari tertimpa hutang piutang dan penindasan manusia.
"Daripada Abu Sa'ied al-Khudri RA berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah masuk ke dalam masjid tiba-tiba baginda terserempak dengan seorang lelaki Ansar yang dikenali sebagai Abu Umamah lalu bagindapun berkata: Wahai Abu Umamah, mengapa aku lihat kamu duduk dalam masjid sedangkan (sekarang) bukan waktu solat? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, aku sedang menghadapi masalah dan dibebani dengan hutang. Baginda SAW bersabda: Mahukah kamu jika aku ajarkan sesuatu ucapan jika kamu baca nescaya Allah akan hilangkan masalah kamu dan menyelesaikan hutang-hutang kamu? Abu Umamah menjawab: Bahkan wahai Rasulullah. Baginda SAW berkata lagi: Bacalah doa ini setiap pagi dan petang. Akupun mengamalkannya lalu Allah telah menghilangkan masalahku dan menyelesaikan hutangku."
Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya.

Wednesday, June 11, 2014
Doa Perlindungan Dari Kejahatan Makhluk
A'uzu bikalima tillahit taammaati min syarrima khalaq
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca doa di atas setiap petang sebanyak 3 kali, maka dia akan selamat dari sebarang bisa atau sengatan semua (makhluk) yang beracun."
Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya.
Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca doa di atas setiap petang sebanyak 3 kali, maka dia akan selamat dari sebarang bisa atau sengatan semua (makhluk) yang beracun."
Hadis riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya.
Tuesday, June 10, 2014
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor
Sekarang ramai sibuk bercakap tentang Lembaga Perumahan & Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.
Aku dan kawan-kawan pensyarah juga berbincang secara sepintas lalu. Tetapi kami tidak nampak ada banyak perbezaan.
Pada aku, jika seorang sultan itu berjiwa rakyat maka tuanku akan mempastikan bahawa setiap rakyatnya mempunyai keperluan asas iaitu rumah. Tuanku tidak akan sanggup melihat bumi Johor dipenuhi dengan warga asing yang membeli tanah dan rumah 'freehold' manakala rakyat beliau merempat di hutan belantara.
Memang kita ingin Iskandar Malaysia maju dan tersohor ke merata dunia. Tetapi tidak sehingga kera di hutan disusukan manakala anak sendiri mati kelaparan. Kita mesti ada batas atau 'boundary' setakat mana kita boleh bertindak untuk memajukan negara dan membenarkan rakyat asing memiliki bumi kita.
Aku pernah sebut apabila kita ke Pejabat Tanah untuk membayar cukai tanah atau ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjelaskan cukai pintu, rata-rata kita hanya membawa sekeping geran tetapi bagi bangsa lain mereka membawa sebeban untuk membayar cukai. Maksud sebeban di sini ialah mereka membawa lebih dari 2 atau 3 pegangan harta.
Pada hemat aku, mungkin pada suatu masa mereka yang beratur untuk membayar cukai pintu atau cukai tanah di Johor Bahru bukan lagi rata-rata dari rakyat asing negara kita tetapi dari kalangan rakyat asing negara lain.
Aku rasa malas untuk mengulas tentang isu ini. Bukan aku tak sayang negeri Johor tempat kelahiran 6 dari 9 orang anak-anakku tetapi aku merasakan bahawa kita sudah jauh dari memiliki seorang raja seperti Sultan Mehmet al-Fatih.
Ok. Aku agak tertarik apabila seorang rakan pensyarahku berkata bahawa anak-anak kita perlu sedar mereka mungkin selesa sekarang, makan mewah, tidur di bilik berhawa dingin dan sebagainya. Apabila mereka keluar dari rumah kita nanti atau dengan kata lain, apabila mereka meningkat dewasa, belum tentu mereka akan merasai suasana sama seperti mereka alami sekarang.
Apabila mereka bekerja nanti, mampukah mereka memiliki rumah? Atau seperti kata sesetengah orang bahawa mereka hanya mampu menyewa rumah sehingga mati?
Rumah menjadi semakin mahal sehingga rakyat berpendapatan sederhana tidak lagi mampu memiliki rumah.
Sekiranya anak-anak kita tidak sedar dan masih beranggapan rumah yang mereka diami sekarang akan mereka duduki selama-lamanya maka mereka bermimpi di siang hari!
Oleh itu, pandangan saya kepada anak-anak muda yang telah mempunyai pekerjaan, belilah rumah sekarang!
Jangan tunggu lama-lama, harga rumah semakin meningkat. Tidak mengapa kita berkenderaan kecil tetapi kita mesti mempunyai rumah. Untuk mempunyai kenderaan serta rumah yang selesa sekali gus mungkin di luar kemampuan kita...

Monday, June 9, 2014
Doa Menjauhi Kemudharatan
Bismillahillazi laa yadhurru ma'as mihi syai'un fil ardhi wa laa fissamaai wahuwassami'ul 'alim.
Dengan nama Allah yang dengan namaNya, sesuatu pun di bumi atau di langit tidak memberi mudharat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Daripada Uthman bin Affan RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan hambaNya yang membaca doa ini pada sebelah pagi dan petang sebanyak 3 kali, nescaya tidak ada sesuatupun yang akan mendatangkan mudharat ke atasnya."
Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi. Hadis Hasan Sahih.

Sunday, June 8, 2014
Doa Menjauhi Syirik Pada Allah
Allahumma inna na'uzubika min an nusyrika bika syai anna'lamuh, wa nastagfiruka lima laa na'lamuh.
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari mensyirikkanMu dengan sesuatu yang aku tahu dan aku memohon keampunanMu terhadap syirik yang aku tidak tahu.
Daripada Abu Musa RA berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbah kepada kami lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia, takutlah kamu kepada perbuatan syirik kerana ia lebih tersembunyi berbanding semut hitam. Kemudian seorang lelaki bertanya kepadanya: (Kalau begitu) bagaimanakah cara untuk kita menjauhinya wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kamu hendaklah menyebut doa (di atas)."
Hadis riwayat Ahmad, at-Tobarani dengan isnad yang baik, juga diriwayatkan oleh Abu Ya'la dengan maksud yang serupa daripada hadis Huzaifah cuma ditambah dengan 'kamu membacanya setiap hari sebanyak 3 kali.'

Subscribe to:
Posts (Atom)