Hari ini aku ke bank CIMB dalam UTM. Tujuannya ialah untuk memasukkan wang tunai ke dalam akaun menerusi mesin.
Mesin ATM ada lebih kurang 5 biji, mesin untuk memasukkan cek ada 2 biji dan mesin untuk memasukkan duit 'cash' ada sebiji di perkarangan bank di Student Union Building (SUB).
Aku adalah orang yang ketiga beratur untuk memasukkan duit tunai. Seorang perempuan yang di depan menoleh ke belakang dan memberitahu orang lelaki yang berada di depanku bahawa mesin tidak menerima duit.
Lelaki tersebut pula mencuba tetapi juga tidak dapat memasukkan wang ke dalam mesin.
Sekarang tiba giliran aku pula untuk mencuba... Aku memasukkan kad bank dan menekan butang untuk membuat deposit tunai ke dalam akaun.
Mesinpun ternganga. Aku memasukkan 7 keping duit RM50. Aku menekan butang untuk meneruskan proses. Kemudian terpapar di skrin menyatakan 'processing'. Tiba-tiba mesin 'hang'! Dan akhir sekali mesin mengeluarkan resit kertas mengatakan transaksi tidak berjaya tanpa mengeluarkan kembali duit yang aku telah deposit.
Akupun masuk ke dalam bank dan memaklumkan kepada staf bahawa mesin deposit tidak berfungsi dan duit aku tidak dikembalikan.
Aku diarah untuk berurusan dengan bahagian urusan pelanggan di depan. Staf meminta aku mengisi borang dan mengambil kad bank dan kad pengenalanku sebagai pengenalan diri.
Kemudian staf tersebut memaklumkan bahawa duit aku akan dikreditkan ke dalam akaun aku dalam masa 14 hari!
Mesin tu dalam kawasan bank. Dia boleh buka bila-bila masa aje mesin tersebut untuk 'rectify' tetapi kenapa 14 hari? Mungkin SOP bank. Ini yang aku cuak berurusan dengan bank di Malaysia. Bank di luar negara, seperti di UK atau USA, aku pasti dan-dan tu dia akan 'settle'kan.
Oleh itu, pengajaran atau iktibar atau ibrah yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah kita perlu percaya kepada mereka yang telah mencuba di depan kita. Kalau 2 orang yang telah cuba memasukkan wang tunai ke dalam mesin tetapi tidak berjaya maka kita tidak payahlah mencubanya lagi.
Kedua, kepada pihak bank yang berkenaan seharusnya lebih sensitif kepada citarasa pelanggan. Kalaulah mesin deposit tersebut terletak di stesen minyak ke atau mana-mana kawasan yang jauh dari bank maka munasabahlah mengambil masa 14 hari, yakni 7 hari perjalanan pergi dan 7 hari perjalanan balik (Wow, jauh gila tempat ni).
Ketiga, wajib kira dulu wang yang ingin dimasukkan. Aku selalunya tidak mengira duit yang ingin dimasukkan tetapi mengharapkan mesin tersebut mengiranya sendiri.
Hari ini kalaulah aku tidak mengira dulu berapa banyak wang yang ingin dimasukkan maka pasti terkial-kial untuk mengisi borang komplain tersebut untuk menyatakan nilai duit yang telah didepositkan.
Allah menjadikan aku teringat betapa pentingnya mengira duit sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin. Yang mesin juga turut mengira, itu adalah 'secondary'...
No comments:
Post a Comment