Thursday, November 27, 2014

Duit Touch & Go Dalam Kad Pengenalan

Hari ini banyak benda settled. Pagi-pagi lagi kami sekeluarga pergi ambil kad pengenalan di pejabat KDN di Setia Tropika yang dibuat kelmarin. Sakinah buat i/c baru setelah usia mencapai 12 tahun tetapi abah, ummi, 'Ammar dan Rasyid menukar i/c kerana menukar alamat rumah.

Penukaran alamat rumah adalah penting kerana ia menentukan dimanakah kita boleh mendaftar mengundi. Kita tidak mahu menginap di tempat lain tetapi mengundi di kawasan lain, misalannya di kawasan rumah lama kita.

Wakil rakyat kita seharusnya mewakili kita di kawasan dimana kita berada... melainkan kita ada strategi untuk memenangkan calon-calon tertentu dari parti tertentu.

Untuk 'Ammar dia akan menukar sekali lagi i/c nya, apabila dia mencapai usia 18 tahun. Begitu juga dengan Rasyid. Peraturan negara Malaysia bahawa kita diwajib membuat kad pengenalan apabila genap berumur 12 tahun. Kemudian kita perlu memperbaharuinya semula apabila kita berumur 18 tahun.

Kad pengenalan saya sebelum ditukar ada mempunyai sedikit wang touch & go di dalamnya. Apabila kita mengambil kad pengenalan baru, kad pengenalan lama akan diambil oleh pihak KDN. Jadi untuk menggantikan wang yang ada dalam i/c lama, Pejabat Pendaftaran akan membuat surat untuk kita bawa kepada pejabat PLUS di tepi highway untuk 'reimburse whatever amount' yang berbaki dalam i/c lama.

Di pejabat PLUS, kita perlu isi borang untuk dihantar cek kepada kita nanti. Proses untuk menghantar cek itupun dikenakan caj RM5. Jarang dah benda yang tak dikenakan caj sekarang... Cuba bayangkan kalau duit kita hanya berbaki tak sampai RM10, berbaloi tak untuk kita 'go through the process'?


Kalau tak berbaloi dan kita semua biarkan saja duit itu kepada PLUS. Cuba bayangkan berapa banyak wang yang akan diperoleh PLUS tanpa melakukan apa-apa...

Pagi tadi juga, saya ke Sekolah Islam Hidayah untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran bulan Januari 2015 dan lain-lain yuran yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Untuk SRIH, anak saya seramai 2 orang yang akan bersekolah pada tahun 2015, manakala SMIH pula, anak saya seramai 3 orang di tahun depan.

SRIH dibayar sebanyak RM2,357 dan SMIH pula dibayar sebanyak RM4,745. "Altogether" 7K lebih, tu... belum masuk buku-buku sekolah, peralatan lain, dan pakaian sekolah lagi...

Walau bagaimanapun, saya 'respect' dengan seorang 'parent'. Semasa saya berurusan membayar yuran tersebut, telefon pejabat Sekolah Hidayah berdering. Kerani sekolah menjawab panggilan tersebut dan 'parent' ini bertanya berapa jumlah yuran yang dia perlu bayar untuk tahun depan. Dia ingin membayar untuk setahun terus.

Kerani sekolah menjawab, disebabkan tuan telah terlebih bayar pada tahun ini maka yuran untuk tahun depan ialah dikurangkan seratus lebih.

'Parent' itu berkata yang terlebih bayar tu...biar ajelah dan masukkan ke dalam Dana Hidayah. Untuk tahun depan, kira macam biasa ajelah tak payah tolak tolak...


Pilu ada, banggapun ada apabila melihat semangat pengorbanan ibubapa Hidayah. Mereka faham bahawa ini merupakan salah satu peluang untuk kita menjana pendapatan... bukan untuk dunia ini tetapi untuk alam yang akan datang.

Semalam SRIH melakar sejarah dengan keputusan UPSR yang terbaik sejak penubuhannya. Seramai 50 orang dari 155 pelajar telah mendapat 5A dan GPSnya ialah 1.5.

Semoga Hidayah terus maju dan melahirkan ramai duat yang berjaya di dunia dan di akhirat. Duat yang mampu memimpin masyarakat ke syurga, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment