Monday, July 20, 2009

Betapa Nikmatnya Sihat...



Pada hari Sabtu, 18 Julai 2009, aku ditugaskan untuk menemuduga bakal pegawai kadet PALAPES di Markas PALAPES UTM. Kak Ngah ada kelas tambahan di SMIH pukul 8 pagi. "Kalau Kak Ngah nak abah hantar, kita kena bertolak tepat jam 7.30 pagi", ujarku kepada Kak Ngah.

Sesudah menghantar Kak Ngah, aku tiba di Markas jam 8.30 pagi. Ketua Jurulatih (CI), Lt Kol Hj Samsuddin menyuruh kami bersarapan dahulu kerana Timbalan Komandan (TK), Dato' Kept Prof Dr Alias akan tiba jam 9 pagi.

Setelah TK tiba, proses temuduga dijalankan dengan 8 orang kadet sekali masuk. Bilangan kadet yang hadir pada kali ini adalah 82 orang. Bilangan mereka yang mengambil borang sebelum ini seramai 200 orang lebih, manakala bilangan mereka yang menjalankan pemeriksaan kesihatan pula 100 orang lebih. Dan akhirnya, yang datang temuduga hanya 82 orang dan kuota pengambilan kadet junior ialah 150 orang. Aku pasti ada lagi yang akan datang untuk temuduga... Mungkin hari ini mereka terlibat dengan SUKAM yang baru bermula!

Setiap meja pegawai penemuduga iaitu, TK, CI, aku, Ajutan, RSM, dan Pegawai Latih diletakkan sepiring kacang dan gula-gula disamping air mineral. Aku kunyah kacang sebiji sebiji dan ditambah lagi oleh Sjn Azmi apabila piring kosong sehinggalah jam 1.30 petang. Selesai temuduga, kami makan tengahari Nasi Ayam Penyet.

Petangnya, aku sudah berjanji untuk membelanjakan anak-anak dengan pizza. Sekembali dari menunaikan solat Maghrib di masjid UTM, kamipun singgah di Jusco dan membeli 4 biji pizza, 2 bersaiz 'large' dan 2 'regular'.

Jam 2 pagi, aku terbangun dan merasakan ibu jari kanan sakit. Aku agak 'gout' mula datang kembali setelah lebih 5 tahun pergi. Dan aku tidak pernah berpantang selepas itu.

Subuh pagi itu, aku solat seperti biasa walaupun dengan penuh kesakitan. Tetapi waktu Zohor dan Asar aku bersolat di atas kerusi. Jam 5 petang, isteriku membawa aku dan Acik ke Klinik Maimunah. Acik sudah 2 hari demam, sebab itulah malam-malam bila aku sedar dia berada di atas katilku.

Anak-anakku, jika mereka sakit atau kurang sihat, aku benarkan mereka untuk menumpang di katil kami...

Di Klinik Maimunah, aku ditanya oleh Dr Apa ya? (suami Dr Maimunah) samaada ingin ubat atau terus dicucuk. Aku menjawab, ikut suka doktorlah. Dan Doktorpun terus 'inject' satu jarum di punggungku.

Bila balik ke rumah, aku mendapat sms mengatakan ada ceramah Isra' dan Mikraj di Surau Taman Pulai Utama selepas maghrib. Aku terasa sangat hendak pergi apatah lagi ada jamuan 'aqiqah selepas itu. Namun, ibu jariku masih terasa sengal-sengal.

Pagi tadi, apabila aku bangun untuk solat Subuh, kesakitan ibu jari terasa macam dibuang-buang. Tanpa lengah seperti biasa, aku berjamaah di Masjid Sultan Ismail, UTM.

Sehari diuji Allah, kesakitan yang menyucuk-nyucuk kemudian diredakan seperti sediakala... Alhamdulillah, terasa begitu nikmatnya sihat! Ya Allah, sihatlah tubuh badanku supaya senang untuk aku beribadah kepadaMU!

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum abah..

    Moga sentiasa dibawah rahmat dan lindungan kasihNya..
    "Dua nikmat yang sering kita terlupakan, nikmat sihat dan masa lapang.."
    Abah jaga diri dan kesihatan elok-elok ya!
    Dan ada ketikanya, sakit itu menjadi kafarah atas dosa-dosa kita, kerana kasih dan sayangnya Allah kepada kita..jadi, syukurilah jua.
    Moga dipermudah segala urusan dan sentiasa dalam pemeliharaan Dia Yang Maha Pengasih..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Kak Long...

    Jazakillahu khairan kathira diatas peringatan.. Dah terasa makin tua. Hari ni abah buat cermin mata 'for reading'. Nak baca Quran kecilpun tak berapa nampak.

    Kedai Cermin Mata Menara tu kata, sepatutnya umur 40 tahun dah buat... Power 175. Jarak jauh masih baik!

    Remember Allah, Study Hard & Good Luck!

    ReplyDelete