Friday, August 13, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 9

Mencium isteri atau suami juga dibolehkan semasa berpuasa TETAPI hanya bagi orang yang boleh menguasai nafsunya. Seelok-eloknya dijauhkan sama sekali pada waktu siang!

"Nabi (SAW) biasa mencium di waktu sedang berpuasa, dan bersentuhan dikala berpuasa, dan beliau adalah orang yang paling mampu menguasai nafsunya". (Riwayat Aisyah)

Dan diterima dari Umar (RA) katanya:

"Pada suatu hari bangkitlah berahi saya maka saya cium isteri saya, sedang saya berpuasa. Lalu saya temui Nabi (SAW), kata saya kepadanya: "Hari ini saya telah melakukan perkara berat, saya mencium pada hal saya berpuasa".

Maka ujar Rasulullah (SAW): "Bagaimana pendapat anda, jika anda berkumur-kumur sedang ketika itu anda berpuasa?"

Ujar saya: "Itu tidak apa-apa!

Sabda Nabi pula: "Maka kenapa anda tanyakan lagi?"

Berkata Ibnu Mundzir: "Umar, Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Aisyah, 'Atha', Sya'bi, Hassan, Ahmad dan Ishak memberi keringanan atau ruksah dalam hal mencium ini.

Menurut Imam Hanafi dan Imam Syafie, hukumnya MAKRUH jika merangsang syahwat atau nafsu seseorang, dan jika tidak merangsang maka tidaklah makruh, TETAPI LEBIH UTAMA MENINGGALKANNYA.

Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara orang yang telah tua dengan anak muda, kerana apa yang penting ialah timbulnya rangsangan dan kemungkinan keluarnya air mani.

Maka jika ia membangkitkan syahwat seorang anak muda atau seorang tua yang masih bertenaga, maka hukumnya MAKRUH.

Sebaliknya jika tidak membangkitkan keghairahan, misalnya terhadap seseorang yang telah tua atau seorang pemuda yang lemah tenaganya, maka tidaklah makruh, TETAPI LEBIH BAIK DITINGGALKAN.

Juga tiada bezanya, apakah mencium itu di pipi atau di mulut dan lain-lainnya. Demikian juga halnya menyentuh dengan tangan atau berpelukan, hukumnya sama dengan mencium.

Thursday, August 12, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 8

Ada beberapa perkara yang dibolehkan sewaktu kita berpuasa. Antaranya, kita melewatkan mengangkat atau menyuci hadas besar sehingga masuk waktu Subuh.

"Bahawa Nabi (SAW) di waktu Subuh berada dalam keadaan junub sedang beliau berpuasa, kemudian beliau mandi". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita juga dibolehkan mandi jika terlampau panas semasa berpuasa.

"Sungguh, saya telah melihat Rasulullah (SAW) menimbakan air ke atas kepalanya sewaktu beliau berpuasa, disebabkan haus atau kepanasan". (Riwayat Ahmad, Malik & Abu Daud)

Jika kebetulan air masuk ke dalam rongga perut orang yang berpuasa TANPA disengajakan, maka puasanya tetap sah.

Tuesday, August 10, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 7


Bermurah hati atau dermawan dan mempelajari Al-Quran disunatkan pada setiap masa TETAPI kedua-dua perkara ini lebih diutamakan lagi dalam bulan Ramadhan.

"Rasulullah (SAW) adalah orang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika beliau ditemui oleh Jibril. Biasanya Jibril menemui Rasulullah (SAW) pada setiap malam di bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah (SAW) lebih bermurah hati melakukan kebaikan daripada angin yang bertiup (maksudnya dari segi kecepatan dan kemerataannya)." (Riwayat Bukhari)

Monday, August 9, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 6


Orang yang berpuasa disunatkan kepada mereka untuk menggosok gigi. Dan tidak ada perbezaannya samaada menggosok gigi itu dibuat pada waktu pagi atau petang.

Menurut Turmudzi, bagi Syafie tidak ada halangannya menggosok gigi itu, baik di waktu pagi mahupun waktu petang.

Ada berita yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) biasa menggosok gigi sementara beliau berpuasa.

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 5


Kita disarankan berdoa sementara berpuasa sepertimana hadis di bawah;

"Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, ketua atau pemimpin negara yang adil, dan orang yang teraniaya". (Riwayat Turmudzi)

Kita juga disuruh berdoa ketika berbuka. Antara doa yang dilafazkan Nabi Muhammad (SAW) ialah, "Allahumma laka sumtu, Wa'ala rizqika aftortu". Maksudnya; "Ya Allah, keranaMulah aku berpuasa, dan dengan rezekiMu aku berbuka."

Sunday, August 8, 2010

Daurah Nuqaba' Anjuran IKRAM Johor Bahru Tengah (JBT)


Pagi tadi aku tiba di Pejabat Iman ELC tepat jam 8. Kemudian kelihatan, Saudara Abdul Hafidz datang dan membuka pintu pejabat. Hari ini ialah Daurah Nuqaba' iaitu nuqaba' yang telah membawa usrah atau yang ingin membawa usrah M01. Program anjuran IKRAM JBT ini terbuka kepada semua kawasan IKRAM Johor, termasuk Kulaijaya, Bandaraya Johor Bahru, dan Pontian. IKRAM kawasan Utara Johor mungkin agak jauh untuk bersama.

Program berjalan dari 8 pagi hingga 3 petang. Pembentangan dari para asatizah amat berguna dan bermanfaat sekali. Apatah lagi di era IKRAM yang menuntut kita supaya lebih agresif untuk mencari mad'u dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka dari Ahli Biasa (AB) kepada Ahli Aktif (AA) dan seterusnya Ahli Teras (AT).

Silibus dan objektif yang hendak dicapai diterangkan dengan jelas oleh ketiga-tiga penceramah; Ustazah Normah, Ustaz Wan Hassan Wan Embong, dan Ustaz Suhaimi Jairi.

Ustazah Normah juga bersedia untuk memberi satu bengkel lain berkaitan bagaimana hendak menghafaz dengan mudah kepada para nuqaba'. Aku sendiri mengaku susah hendak menghafal walaupun anakku Wan Abdul Rahman sudah menghafaz 23 juzu' di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Ustaz Wan Hassan pula menceritakan konsep Usrah yang mengandungi 3 unsur penting iaitu Naqib, Mutarabbi, dan Manhaj. Ciri-ciri usrah yang muntajih dikupas dengan baik oleh beliau.

Ustaz Suhaimi, tidak kurang hebat juga menceritakan bagaimana objektif umum dan khusus hendak dicapai dalam silibus. Ini termasuklah silibus hadis, aqidah, seerah, dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan pembentangan dan pendedahan tersebut, mudah-mudahan IKRAM JBT khasnya dan IKRAM Johor amnya terus mengorak langkah maju ke depan dalam membentuk ummah ke arah generasi yang faham Islam dan mengamalkannya, insyaAllah.

Pertandingan Bowling Anjuran Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid...

Hari Rabu (malam), semasa aku menghantar anak-anak usrahku ke Daurah Ahli Biasa (AB) IKRAM JBT, saudara Suhaimi atau nama timangannya Skem mempelawa untuk bersama pasukan beliau dalam acara Pertandingan Bowling anjuran Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid pada hari Sabtu (7 Ogos 2010).

Aku menerima pelawaan tersebut kerana pada hari Sabtu, aku hanya ada Latihan Tempatan PALAPES.

Jumaat malam Sabtu, aku menerima sms Skem supaya berada di Skudai Parade pada jam 9.30 pagi.

Selepas bersarapan mee goreng di Markas PALAPES, aku kembali ke rumah untuk mengambil Rasyid dan Syakir menuju ke Skudai Parade.

9.25am, aku dan anak-anak sampai di Skudai Bowl, aras 6, Skudai Parade. Aku dan anak-anak adalah pelanggan pertama yang tiba. Aku terus sms kepada Skem bahawa aku sudah berada di Skudai Parade.

Aku juga bertanya kepada penjaga 'bowling alley', ada tak pertandingan bowling anjuran masjid pada hari ini? Beliau menjawab ada tapi pukul 10.30 pagi.

Untuk mengisi masa sejam, ada menempah satu 'lane' untuk Rasyid dan Syakir membaling bola. Dalam satu 'game', Rasyid berjaya menjatuhkan 3 pin manakala Syakir berjaya menjatuhkan 7 pin. 'All the rest', bola masuk longkang!

Kemudian Skem dan 'team'nya sampai. Beliau mengajak aku untuk 'warming up' satu 'game'. "Tak apalah Skem, nanti saya penat pula... dah la lama tak main", jawabku. Aku dah tak main bowling bukan makan bulan tapi rasanya makan tahun...

Kemudian pihak penganjur, Tuan Hj Abdullah Zawawi memulakan taklimat. "Kita ada 8 'teams' sekarang ini dan mungkin satu lagi 'team' yang ke 9 akan datang. Hadiah akan diberikan kepada juara, naib johan, dan tempat ketiga bagi acara kumpulan, manakala, nombor 1 hingga 10 bagi acara perseorangan", jelas beliau.

'Team' aku terdiri dari Skem, Raiyan, Nazziwan, dan aku. Kami bermain sebanyak 3 'games'. Game pertama, aku 'score' 139, game kedua, rasanya 137, dan 'last game' 163. 'Teammates' akupun 'scored not too bad'. 'I think we end up with being a champion' bagi acara berpasukan, 'and myself is the champion for individual'.

'Actually', aku dan anak-anak balik awal kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 petang dan ada satu 'lane' lagi yang belum habis. Semasa berada di rumah, aku menerima sms dari anakanda Muhaimin (kawan anakku, Wan Abdul Rahman), "Tahniah pakcik dapat nombor 1!".