Sunday, August 8, 2010

Daurah Nuqaba' Anjuran IKRAM Johor Bahru Tengah (JBT)


Pagi tadi aku tiba di Pejabat Iman ELC tepat jam 8. Kemudian kelihatan, Saudara Abdul Hafidz datang dan membuka pintu pejabat. Hari ini ialah Daurah Nuqaba' iaitu nuqaba' yang telah membawa usrah atau yang ingin membawa usrah M01. Program anjuran IKRAM JBT ini terbuka kepada semua kawasan IKRAM Johor, termasuk Kulaijaya, Bandaraya Johor Bahru, dan Pontian. IKRAM kawasan Utara Johor mungkin agak jauh untuk bersama.

Program berjalan dari 8 pagi hingga 3 petang. Pembentangan dari para asatizah amat berguna dan bermanfaat sekali. Apatah lagi di era IKRAM yang menuntut kita supaya lebih agresif untuk mencari mad'u dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka dari Ahli Biasa (AB) kepada Ahli Aktif (AA) dan seterusnya Ahli Teras (AT).

Silibus dan objektif yang hendak dicapai diterangkan dengan jelas oleh ketiga-tiga penceramah; Ustazah Normah, Ustaz Wan Hassan Wan Embong, dan Ustaz Suhaimi Jairi.

Ustazah Normah juga bersedia untuk memberi satu bengkel lain berkaitan bagaimana hendak menghafaz dengan mudah kepada para nuqaba'. Aku sendiri mengaku susah hendak menghafal walaupun anakku Wan Abdul Rahman sudah menghafaz 23 juzu' di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Ustaz Wan Hassan pula menceritakan konsep Usrah yang mengandungi 3 unsur penting iaitu Naqib, Mutarabbi, dan Manhaj. Ciri-ciri usrah yang muntajih dikupas dengan baik oleh beliau.

Ustaz Suhaimi, tidak kurang hebat juga menceritakan bagaimana objektif umum dan khusus hendak dicapai dalam silibus. Ini termasuklah silibus hadis, aqidah, seerah, dan sebagainya.

Alhamdulillah, dengan pembentangan dan pendedahan tersebut, mudah-mudahan IKRAM JBT khasnya dan IKRAM Johor amnya terus mengorak langkah maju ke depan dalam membentuk ummah ke arah generasi yang faham Islam dan mengamalkannya, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment