Tuesday, June 9, 2009

Pentauliahan Kadet PALAPES 2009


Seperti dicoretkan sebelum ini, 12 IPTA yang mempunyai kadet PALAPES telah berada di UTM sejak 31 Mei lagi. IPTA-IPTA tersebut ialah UTM, USM, UKM, UPM, UM, UUM, UPSI, UTHM, UniMAP, UMS, UniMAS dan UiTM.

Banyak acara yang telah dipertandingkan antara IPTA. Acara futsal baru pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. Sebelum ini, bola tampar merupakan acara tradisi bagi pertandingan antara kadet lelaki IPTA. Pasukan kadet UTM sungguhpun mempunyai 'goal keeper' universiti tetapi hanya mampu meraih tempat ke 9 bagi acara futsal. Komen yang saya terima dari staf Unit Sukan UTM ialah kadet kita bermain bola di padang futsal. Katanya, "Bermain bola dan bermain futsal adalah berbeza".

Seterusnya, bola jaring yang merupakan acara yang sinonim dengan kadet wanita. Kita kalah tipis kepada UPSI 16-15, dan menjadi Naib Johan.

Bagi acara merempuh halangan (obstacle course), kita berjaya menjadi Johan dengan masa terpantas. 15 kadet lelaki dan 9 kadet wanita mewakili IPTA masing-masing melalui tembok 6 kaki, tembok 12 kaki, 'monkey rack', titi gantung, menembak M-16 pada jarak 25m dan lain-lain... Ada seorang kadet lelaki dari USM pengsan sebelum melalui obstacle course!

Pertandingan kawad kaki membuahkan sekali lagi pingat emas kepada UTM!

Bagi acara merentas desa, pasukan UTM sekali lagi menjadi juara! Secara keseluruhan, kita telah menjadi Johan. Tahniah UTM!

Bermula semalam, semua kadet IPTA berlatih berkawad bersama-sama bagi menjayakan Upacara Pentauliahan yang akan berlangsung pada 20 Jun nanti. Pada malamnya, mereka berlatih untuk menerima watikah dari YTM Tengku Mahkota Johor. Siang berkawad, malam menerima watikah! Begitulah latihan mereka sehinggalah ke hari jadi pada 20 Jun ini.

Saya sebagai Ketua Peringkat Senior sungguh berbangga dengan kejayaan mereka....

MEJ HJ WAN IBRISAM FIKRY B HJ WAN ISMAIL

4 comments:

  1. Salam Tuan,

    Tuan masih ingat saya lagi tak?
    Saya Mohaizan, YO batch kamal n syawal..
    Tahniah UTM kerana menjadi juara keseluruhan..
    Harap2 masa harijadi tidak berlaku sesuatu yang memalukan..
    Saya akan datang menyaksikan pentauliahan kali ini..
    Semoga kita berjumpa di sana..

    ReplyDelete
  2. Sorry Mohaizan.. Saya ingat2 lupa, maklumlah ramai sangat student..

    Di Fakulti dan di Kolej semasa jadi Pengetua dulu, beribu-ribu pelajar. Mohaizan masih aktif di siri 500?

    Jemput datang, kalau kesempatan boleh saya belanja makan... Nice to hear from you!

    ReplyDelete
  3. "orang cerdik mencari jalan, orang kurang cerdik mencari alasan"

    bola itu bulat...

    Salam Tuan

    lama sudah saya mendengar kata2 tersebut.. bukan nak kata apa, UTM memanglah juara keseluruhan dan itu adalah adat bagi tuan rumah... kebanyakan tuan rumah akan menjadi juara, disepanjang pemerhatian saya.

    tapi kejuaraan mereka takda la sampai jd ejekan palapes lain. ini adalah dari kawan saya sendiri yg memberitahunya.

    apakah yang telah berlaku? ...

    earn the respect not gain it ...

    ReplyDelete
  4. Saya setuju... Kalau tuan rumah kalah, tuan rumah must be very bad! Itulah tradisinya dan saya percaya tak semua ikut tradisi... UTM pernah menang ditempat lawan.

    Hiccups dan kekurangan ada di setiap IPTA yang menganjurkan. Cuma, ada yang nampak ketara, dan ada yang kurang jelas. Apa yang dapat saya katakan dari pemerhatian ialah polisi yang berubah di saat akhir menyebabkan kecelaruan perjalanan...

    Kedua, mungkin semua CI baru. Dan tidak nampak kesepakatan dan kesatuan mereka seperti dulu2.

    Ketiga, tiada kerjasama jitu antara PALAPES dan pihak universiti.

    Saya bagi pihak UTM memohon berbanyak kemaafan diatas sebarang kekurangan.

    ReplyDelete