Kita masih melihat warna kulit dan bahasa tutur kata apabila kita ingin menggabungkan diri dengan mana-mana pihak. Orang melayu duduk sesama melayu, orang cina dengan orang cina, dan orang india bersama-sama dengan orang india dan sebagainya.
Mana mungkin kita orang melayu boleh duduk bergesel bahu dengan orang cina. Begitu juga dengan orang india dan begitu juga dengan orang siam, begitu juga dengan orang iban, dan sebagainya...
Pun begitu, sudah ramai juga yang telah merentas sempadan perkauman. Ada orang cina berkahwin dengan orang india, ada orang melayu menghantar anaknya ke sekolah cina, dan ada orang india makan di restoren cina...
Dari aspek makanan pula, sudah ramai orang melayu suka makan nasi ayam. Ramai juga orang melayu suka makan tose di restoren mamak. Dan ramai juga orang melayu suka makan yong taufu... Tak kurang juga orang cina suka makan nasi lemak dan roti canai.
Asimilasi telah berlaku tetapi pada kadar yang agak perlahan. Tidak seperti apa yang kita harapkan!
Cuba kita amati salah satu cabaran dalam Wawasan 2020... iaitu Cabaran Pertama.
"Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama"
Mungkinkah bersatu apabila kita masih mempunyai segala-galanya secara berasingan? Sekolah berasingan, parti politik mengikut ras atau kaum, bahasa berasingan, peluang pekerjaan secara berasingan - maksudnya bangsa melayu berkhidmat dalam kerajaan dan bangsa lain berkhidmat di firma swasta.
Bangsa lain kurang berminat untuk bekerja dengan kerajaan dan bangsa melayu pula susah untuk menerokai kerjaya di pejabat swasta.
Mungkinkah kita mempunyai matlamat yang dikongsi bersama apabila banyak perkara kita melakukannya secara berasingan?
Kadang-kadang untuk kita kongsi bersama matlamat yang ditetapkan dalam keluargapun agak keberatan kerana masing-masing mempunyai matlamat tersendiri. Apatah lagi untuk berkongsi matlamat negara dengan seluruh lapisan masyarakat.
Apapun kita perlu mencuba sedaya upaya demi mencapai wawasan negara...
No comments:
Post a Comment