Kita banyak meniru barat. Negara barat bekerja 5 hari seminggu, kitapun turut sama. Dulu kita bekerja 5 1/2 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu. Negara barat bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka kitapun bercuti pada hari tersebut.
Apa salahnya jika kita mendahului negara barat dalam sesuatu hal. Cuba kita bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.
Ia menampakkan kita rajin bekerja dan ini membuka ruang perniagaan atau perkhidmatan kepada mereka yang sedang bercuti bagi mereka yang memilih bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.
Pada saya, negara barat amat wajar mereka hanya bekerja 5 hari seminggu kerana mereka adalah 'aging society'. Rata-ratanya penduduk mereka tua-tua belaka dan kurang orang muda untuk bekerja. Orang tua tidak mampu bekerja lebih!
Negara kita begitu ramai orang muda! Apa salahnya kita menambah masa bekerja tetapi kita juga menambah bilangan pekerja. Secara tidak langsung, ia memberi atau membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Tahap pengangguran dapat dikurangkan.
Pada saya kita boleh bekerja secara 'shift'. Ada orang bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Ada orang lain pula bekerja dari Selasa hingga Sabtu dan ada orang lain pula bekerja dari Rabu hingga Ahad dan seterusnya. Kita boleh membuat 'shift' secara mingguan atau bulanan dengan jadual anjal. Dengan kata lain, seseorang boleh memilih hari cuti mereka.
Pada hemat saya pejabat yang menyediakan perkhidmatan atau servis seperti bank, pejabat pos, pejabat KWSP, Tabung Haji, LHDN, Imigresen, Hospital dan sebagainya amat wajar dibuka juga pada hari minggu.
Pada hari kita bercutilah, kita ingin berurusan dengan pejabat-pejabat tersebut. Ini tidak, bila kita bercuti, merekapun bercuti...
Mungkin ada yang berpandangan bahawa kita telah moden, banyak urusan boleh diselesaikan di meja komputer secara 'online'. Nak bayar bil, nak tempah itu dan ini, dan sebagainya. Betul... tetapi tak semua masyarakat kita celik komputer. Berapa kerat pekerja-pekerja kerajaan yang sudah veteran boleh menerima penggunaan komputer di pejabat-pejabat?
Bila beli aje berpuluh-puluh komputer maka kena ada pula pihak yang menyelenggaranya secara swasta. Untuk mengharapkan pekerja pejabat sediaada, mereka kurang 'friendly' dengan komputer. Mungkin bila pupusnya generasi veteran ini maka pejabat akan lebih 'computer user friendly'.
Disamping itu, tidak semua yang berurusan dengan bank hanya untuk menyimpan dan mengambil wang. Ada yang ingin membuat permohonan pinjaman rumah, kenderaan dan sebagainya. Apatah lagi hospital, orang sakit tidak mengenal hari dan masa...
Tetapi bagi saya, yang paling utama ialah kita membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda...
Dengan adanya hari bekerja anjal dan ditambah pula dengan waktu bekerja anjal (maksudnya jika masuk pukul 7 pagi, keluar pukul 4 petang dan jika masuk pukul 9 pagi, habis kerja pukul 6 petang) maka pada saya produktiviti akan bertambah baik dan negara akan berkembang maju.
No comments:
Post a Comment