Saturday, August 23, 2014

Selamat Hari Lahir Ke-16 'Ammar!

Semalam, tanggal 22 Ogos, merupakan hari berkabung Malaysia dan juga hari jadi buat anakku yang kelima, Wan Muhammad 'Ammar. Badan 'Ammar sudah semakin sasa. Aku rasa, dia akan menjadi anak lelaki yang paling tegap tubuh badannya berbanding abang-abang dan adik-adiknya yang lain. But, you'll never know, budak-budak grown-up cepat.

Pagi tadi, aku membawanya ke pasar tani berhampiran Stadium Larkin. Tujuannya adalah supaya mudah untuk ke sana ke mari apabila ada orang yang membawa barang-barang yang dibeli. Kebiasaannya, aku ke pasar tani di Taman Sri Pulai. Tetapi sejak cuti bertukar kepada hari Jumaat dan pasar tani Taman Sri Pulai masih maintain pada hari Ahad maka agak sukar untuk aku ke pasar tani pada hari bekerja.


Aku ke pasar tani hanya untuk mendapatkan bekalan daging atau tulang lembu 'fresh'. Kami tak makan daging import tetapi kalau makan di kedai..., apo nak dikato!

Daging batang pinang (panggilan orang Johor) atau musir (panggilan orang Kelantan) di pasar tani sudah semakin mahal. Sekilo sudah RM30! Harga daging batang pinang dan tulang leher yang ku beli tadi ialah RM177. Anakku Rasyid terutamanya, sangat suka makan sup tulang.

Disamping daging, aku juga membeli buah jambu batu dan cempedak. Harga cempedak varies, dari yang semurah RM4 sekilo sehinggalah kepada RM7 sekilo.

Aku masih go for the price and not so much for the quality. Bukan apa, aku ingin cuba menyekat dan mengurangkan inflasi. Kalau semua barang naik bagaimana orang-orang susah hendak makan! Kalau kita membeli sebagaimana corak orang Singapura membeli maka lambat laung harga barangan akan lagi cepat naik.

Tadi ada juga intai udang yang besar-besar. Cuma ada setempat, harga RM63 sekilo tetapi kurang menarik. Kalau menarik aku dah ambik tadi kerana anak-anak suka sekali sekala dapat makan udang besar.


On the way back, kami singgah di warung dekat Perpustakaan Larkin untuk sarapan. 'Ammar makan mee goreng bersama telor mata manakala aku makan roti arab cicah kuah gulai daging.

10 tahun akan datang, anak bongsuku pula akan mencapai umur 16 tahun. Wan Asmaa Solehah yang begitu rapat dengan umminya, insyaAllah akan berada di tingkatan 4 dan aku pula akan mula bersara di usia 60 tahun!

Menurut kawanku, usia 60 tahun adalah usia terakhir. Kalau tiada penyakit ditambah 10 tahun lagi dan jika ada penyakit ditolak 10 tahun. Kelmarin aku juga mendapat makluman dari adikku bahawa chegu Hamka yang setahun lebih tua dari ku di kampung telah pergi menemui Allah SWT. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para soleh dan solehin... Amin!

Wednesday, August 20, 2014

Minta Komisen Dari Syarikat Jualan Kereta...

Memang setiap syarikat penjual kereta menyediakan komisen bagi mereka yang membawa bakal pembeli kereta. Jika kita menjadi 'introducer', jangan kita tidak 'claim' dari syarikat penjual kereta, rugi....!

Tetapi cara kita mesti betul. Pertama, kita mesti bawa bakal pembeli tersebut. Apa maksud bawa? Maksud bawa ialah kita bawa dengan kenderaan kita. Dengan kata lain, kita telah menggunakan minyak dan lain-lain kos 'wear and tear' kenderaan kita. Bukannya kita dibawa oleh si pembeli!


Janganlah pula kita naik kereta bakal pembeli kereta baru tersebut ke syarikat jualan kereta. Alih-alih kita minta komisen, dapat duit RM300, satu sen harampun kita tidak beri kepada pembeli kereta baru.

Sepatutnya, kita kena fikir, aku ke sana naik kereta dia. Aku tak buat apapun. Hanya duduk sebelah dia aje. Dapat duit melayang ke riba tanpa ada 'investment'. Maksud 'investment' ialah kita kena keluar sedikit modal, baru dapat untung.

Bila nak pungut duit dari syarikat penjual kereta, kita datang pula dengan kawan. Dan kawan tu pun dapat 'share' duit atas angin!

Setidak-tidaknya, bila keluar minum bersama keluarlah sedikit duit untuk belanja. Ini tidak, rasa sayang dan kedekut mula timbul. Ya Allah, jauhilah daku dari bersifat sedemikian.

Kita berkawan... Maka kawan kita akan terasa betapa kita menggunakan kawan untuk kepentingan kita. Adakah nilai persahabatan kita hanya ada pada RM100, RM200 atau RM300? Sudah tentu tidak!

Kedua, adakah kita sebagai 'introducer' berperanan dengan meminta berbagai 'free gift' dari 'salesman' syarikat penjual kereta berkenaan kepada kawan kita?


Kalau setakat teman seperti tunggul kayu aje, baik tak payah!

Kita akan dinilai oleh kawan kita. Adakah kita boleh dijadikan rakan atau hanya kawan biasa? Kalau setakat kawan biasa, maka janganlah kita mengharapkan perkara-perkara luar biasa akan berlaku sepanjang persahabatan ini...

Sebab itu orang berkata, "Untuk mencari kawan adalah mudah tetapi untuk mencari rakan agak susah!"

Saya mempunyai agak ramai rakan. Antaranya, ada seorang yang mempelawa saya untuk menggunakan keretanya semasa Hari Raya tempohari.

Rakan seperti ini, kita amat menjaga hatinya. Tidak mudah untuk kita mendapat rakan seperti ini dan kadang-kadang ia lebih rapat dengan kita berbanding ahli keluarga sendiri.

Sunday, August 17, 2014

Sukan Antara Universiti

Bermula dari minggu lepas kampus UTM Skudai dipenuhi dengan bas dari pelbagai universiti awam. Nampak logo bas USM, UMK, UM, UKM, UUM, dan sebagainya. Meriah. Sungguh meriah dalam suasana kampus yang masih kosong kerana pelajar-pelajar yang sedang bercuti.

Pelbagai acara dipertandingkan. Semua dianggotai oleh staf universiti masing-masing. Tetapi apa tujuannya ya? Adakah untuk melahirkan pemain atau atlit mewakili negara dalam pelbagai sukan di peringkat komenwel atau sebagainya? Atau untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara staf universiti? Sayapun kurang pasti.

Yang pasti, tidak sedikit wang yang dibelanjakan terutama seperti UNIMAS atau UMS. Tiket kapalterbang saja, saya rasa sudah menelan belanja beberapa ratus ribu ringgit? Belum lagi terpaksa menyewa bas untuk pergerakan di sini.

Yang paling menyedihkan ialah tiadapun siaran TV yang tertarik untuk membuat siaran langsung atau siaran tertunda bagi menonjolkan atlit-atlit kita. Setidak-tidaknya, buatlah liputan untuk sehari dua. Ini bukan sukan satu universiti tetapi semua universiti awam di negara kita!

Pada pandangan saya yang cetek ini, kita tidak perlu membuat perlawanan sukan antara staf tetapi yang teramat penting ialah perlawanan sukan antara pelajar universiti.

Kenapa antara pelajar?


Pada saya, pelajar masih muda dan boleh dibentuk untuk mewakili negara. Sediakan biasiswa untuk diberikan kepada pelajar yang berkebolehan di bidang sukan. Pegawai sukan universiti akan memerhati potensi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah terpilih.

Adakan pertandingan bagi acara-acara sukan popular sepanjang semester di universiti. Antaranya adalah bolasepak, badminton, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, kayak dan sebagainya. Buatkan jadual berkala supaya setiap universiti akan berlawan di 'home ground' dan juga 'away'.


Ini baru meriah! Universiti bukan sahaja tempat menimba ilmu pengetahuan tetapi juga merupakan tempat melahirkan atlit negara.

Dari acara sukan yang diperkenalkan, ia akan menyebabkan 'spin off' kepada industri. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan menyebabkan ekonomi berkembang. Peluang-peluang pekerjaan akan terwujud secara tidak langsung. Jualan t-shirt dan cenderahati universiti akan bertambah dan begitu juga barang-barang 'souvenirs' yang lain.

Setiap universiti akan cuba merekrut pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dari bidang sukan.

Thursday, August 7, 2014

Surah-Surah Pilihan...

Beberapa tahun yang lepas, aku telah mencetak surah-surah pilihan beberapa ribu naskah. Begitu juga dengan al-Ma'thurat.

Minggu lepas semasa aku masih beraya di Pengkalan Chepa, ada seseorang menelefon menanyakan samaada aku masih mempunyai surah-surah pilihan kerana beliau ingin mendapatkan sebanyak 500 naskah. Tujuannya ialah untuk dijadikan buah tangan sempena majlis walimatul urus.

Lima Orang Puteraku

Apabila disemak di Pejabat IKRAM Negeri Johor, surah-surah pilihan hanya tinggal 6 naskah. Aku mengambil keputusan untuk membuat cetakan semula.

Kali ini aku berhasrat untuk menambah logo-logo organisasi yang berada di bawah naungan IKRAM. Kalau dulu hanya ada logo Aqsa Syarif, SRIH dan SMIH. Kali ini aku tambah pula logo Tadika Iman dan Raudatus Sakinah. Dulu pernah aku dipersoalkan oleh 'boss' Tadika Iman tentang kenapa tiada logo Tadika di kulit muka surat al-ma'thurat?

Usaha-usaha seperti ini diharapkan ada ganjarannya di sisi Allah SWT.


Kita cetak dengan modal RM1.80 senaskah. Kita jual satu RM2.50 dan apabila ada yang ingin membeli secara pukal kita jual dengan harga RM2 senaskah. Semua keuntungan disalurkan kepada unit tarbiah Pertubuhan IKRAM Johor.

Pada saya, mungkin susah untuk melihat untung apabila kita meletakkannya di Pejabat IKRAM. Maksud saya ialah kadang-kadang bila ada program, kita mengambilnya secara percuma untuk dijadikan cenderahati atau sebagainya.

Tetapi bagi saya, ia adalah elok di situ supaya ia mudah dicapai. Sesiapa yang bertandang ke Pejabat IKRAM boleh melihat dan membelinya jika mereka berkenan.

Ramai juga yang membeli dengan banyak seperti 500 naskah untuk dijadikan sebagai ole-ole di hari perkahwinan anak mereka.

InsyaAllah, saya akan meneruskan usaha ini dan didoakan semoga ada pahala dari Allah buat saya. Amin!

Sunday, August 3, 2014

Kita Boleh 'Transfer' NCB Insurans/Takaful Kereta Lama Ke Kereta Baru

NCB atau 'Non-collision bonus' biasanya akan meningkat dari tahun ke tahun apabila insurans atau takaful kenderaan yang kita ambil, tidak kita 'claimed'. Kita kebiasaannya akan 'claimed' insurans kenderaan kita apabila kita melanggar kenderaan orang. Apabila kita 'claimed' insurans maka NCB kita akan hilang dan bermula dari 0 semula.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya perlu 'claimed' insurans apabila pembaikan kereta melibatkan jumlah yang besar. Kalau sikit-sikit, cuba 'negotiate' dan bayar kepada tuan punya kereta yang kita langgar.


Pada saya kalau setakat RM500 yang diminta oleh pemandu yang kita langgar, bayar aje kerana dua perkara. Pertama, apabila laporan polis dibuat, pesalah atau mereka yang melanggar akan dikenakan caj oleh pihak polis sebanyak RM300. Saja aje melayang RM300.

Tetapi jika kereta yang dilanggar rosak teruk dan kalau kita hendak 'claimed' dari insurans atau takaful, maka laporan polis adalah wajib dilakukan.

Kedua, NCB kita akan hilang apabila kita 'claimed' insurans. Jadi bayaran takaful kita akan menjadi mahal untuk tahun hadapan kerana tiada NCB!

Sayugia diingatkan, sekiranya kita menjual kenderaan dan NCB takaful untuk kenderaan yang dijual itu boleh di'transfer' kepada takaful kenderaan baru kita. Sebagai contoh, NCB takaful van saya JGB 6400 yang dijual pada tahun lepas telah mencapai 55% maka saya boleh menggunakan NCB tersebut apabila saya membeli kereta baru JQG 1964 pada minggu lepas.

Cuba bayangkan tanpa NCB tersebut, saya terpaksa membayar empat ribu lebih bagi takaful kereta baru saya tetapi dengan adanya NCB sebanyak 55%, saya hanya membayar dua ribu lebih sahaja.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah dari segi kehilangan NCB. Jika kita mempunyai 2 atau lebih kenderaan yang mana takafulnya diatas nama kita maka apabila kita 'claimed' NCB untuk satu kenderaan, ia tidak akan menghilangkan atau melibatkan NCB kenderaan yang lain. Dengan kata lain, dia 'based on' kenderaan yang diinsuranskan dan bukan pada nama. Takaful kenderaan yang kita 'claimed', NCBnya akan bermula dengan 0% semula manakala kenderaan lain yang mungkin sudah mencapai 55% tidak terjejas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Saturday, August 2, 2014

Seluruh Dunia Hanya Mampu Berdoa Dan Menderma...

Pernahkah kita rasai bahawa ada orang yang memaki kita, mencederakan kita, memperkosa kita, meranapkan rumah kita malah membunuh kita dan orang yang berada di sekeliling kita hanya melihat dengan kedua belah mata yang terkebil-kebil. Tiada pertolongan dan bantuan dari saudara mara seagama malah mereka menutup segala pintu untuk kita lari keluar dari kekejaman yang berlaku.

Mesir, mereka sanggup membiarkan penduduk Gaza tiada bekalan makanan. Mereka menutup semua terowong-terowong yang boleh digunakan oleh penduduk Gaza.

Tetapi kita tidak hairan kerana kalau Mesir boleh membunuh ribuan rakyatnya sendiri, apatah lagi rakyat Palestin. Mereka biarkan saja...

Memang hanya Firaun atau mereka yang seumpama Firaun layak memerintah Mesir. Satu per satu Firaun silih berganti. Kejatuhan Hosni Mubarak yang begitu 'corrupted' diingatkan akan berlalu saat-saat ngeri dan zaman sukar dan digantikan dengan seorang Presiden pilihan rakyat, Morsi.

Tetapi pemerintahan Dr Morsi hanya seketika. Ramai lagi kakitangan kerajaan dan rakyat jelata masih berwala'kan Mubarak atau yang seumpamanya.

Hari demi hari Gaza dibedil. Sudah 1,600 orang syahid dan ribuan lagi tercedera.

Hari ini juga 'US Congress' meluluskan lagi bajet bantuan kepada Israel laknatullahi alaih. Bantuan bagi projek 'Israel Iron Dome' iaitu projek pertahanan Israel untuk menembak jatuh 'missile' yang dilancarkan oleh pihak HAMAS sebagai serangan balas. Israel pula boleh melancarkan serangan bila-bila masa dan tiada apa yang dapat mematahkan peluru berpandu mereka dari mengenai sasaran rumah, sekolah, universiti rakyat Palestin.


Pelikkan tetapi benar! Pembunuh orang tua, kanak-kanak dan perempuan dibantu sebegitu rupa manakala yang dibunuh dan diperkosa tiada bantuan apa-apa kecuali dari negara-negara Islam yang berani bersimpati. Yang tidak berani hanya berdiam diri walau saudara seagama mereka dibunuh dengan kejam.

Benarlah ayat-ayat al-Quran yang aku baca yang begitu mengutuk kaum yahudi. Sebelum ini, aku terfikir-fikir kenapa Allah SWT begitu memarahi golongan yahudi? Kita selalu baca bahawa mereka adalah golongan pelampau yang membunuh para nabi-nabi, ada yang digergajinya dari kepala hingga kaki.

Tetapi tidakkah mereka akan berubah? Ternyata kekejaman dan kejahatan mereka terbukti sehingga ke hari ini. Memang benarlah apa yang dinyatakan oleh al-Quranul Karim.