Thursday, August 7, 2014

Surah-Surah Pilihan...

Beberapa tahun yang lepas, aku telah mencetak surah-surah pilihan beberapa ribu naskah. Begitu juga dengan al-Ma'thurat.

Minggu lepas semasa aku masih beraya di Pengkalan Chepa, ada seseorang menelefon menanyakan samaada aku masih mempunyai surah-surah pilihan kerana beliau ingin mendapatkan sebanyak 500 naskah. Tujuannya ialah untuk dijadikan buah tangan sempena majlis walimatul urus.

Lima Orang Puteraku

Apabila disemak di Pejabat IKRAM Negeri Johor, surah-surah pilihan hanya tinggal 6 naskah. Aku mengambil keputusan untuk membuat cetakan semula.

Kali ini aku berhasrat untuk menambah logo-logo organisasi yang berada di bawah naungan IKRAM. Kalau dulu hanya ada logo Aqsa Syarif, SRIH dan SMIH. Kali ini aku tambah pula logo Tadika Iman dan Raudatus Sakinah. Dulu pernah aku dipersoalkan oleh 'boss' Tadika Iman tentang kenapa tiada logo Tadika di kulit muka surat al-ma'thurat?

Usaha-usaha seperti ini diharapkan ada ganjarannya di sisi Allah SWT.


Kita cetak dengan modal RM1.80 senaskah. Kita jual satu RM2.50 dan apabila ada yang ingin membeli secara pukal kita jual dengan harga RM2 senaskah. Semua keuntungan disalurkan kepada unit tarbiah Pertubuhan IKRAM Johor.

Pada saya, mungkin susah untuk melihat untung apabila kita meletakkannya di Pejabat IKRAM. Maksud saya ialah kadang-kadang bila ada program, kita mengambilnya secara percuma untuk dijadikan cenderahati atau sebagainya.

Tetapi bagi saya, ia adalah elok di situ supaya ia mudah dicapai. Sesiapa yang bertandang ke Pejabat IKRAM boleh melihat dan membelinya jika mereka berkenan.

Ramai juga yang membeli dengan banyak seperti 500 naskah untuk dijadikan sebagai ole-ole di hari perkahwinan anak mereka.

InsyaAllah, saya akan meneruskan usaha ini dan didoakan semoga ada pahala dari Allah buat saya. Amin!

No comments:

Post a Comment