Sunday, August 3, 2014

Kita Boleh 'Transfer' NCB Insurans/Takaful Kereta Lama Ke Kereta Baru

NCB atau 'Non-collision bonus' biasanya akan meningkat dari tahun ke tahun apabila insurans atau takaful kenderaan yang kita ambil, tidak kita 'claimed'. Kita kebiasaannya akan 'claimed' insurans kenderaan kita apabila kita melanggar kenderaan orang. Apabila kita 'claimed' insurans maka NCB kita akan hilang dan bermula dari 0 semula.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya perlu 'claimed' insurans apabila pembaikan kereta melibatkan jumlah yang besar. Kalau sikit-sikit, cuba 'negotiate' dan bayar kepada tuan punya kereta yang kita langgar.


Pada saya kalau setakat RM500 yang diminta oleh pemandu yang kita langgar, bayar aje kerana dua perkara. Pertama, apabila laporan polis dibuat, pesalah atau mereka yang melanggar akan dikenakan caj oleh pihak polis sebanyak RM300. Saja aje melayang RM300.

Tetapi jika kereta yang dilanggar rosak teruk dan kalau kita hendak 'claimed' dari insurans atau takaful, maka laporan polis adalah wajib dilakukan.

Kedua, NCB kita akan hilang apabila kita 'claimed' insurans. Jadi bayaran takaful kita akan menjadi mahal untuk tahun hadapan kerana tiada NCB!

Sayugia diingatkan, sekiranya kita menjual kenderaan dan NCB takaful untuk kenderaan yang dijual itu boleh di'transfer' kepada takaful kenderaan baru kita. Sebagai contoh, NCB takaful van saya JGB 6400 yang dijual pada tahun lepas telah mencapai 55% maka saya boleh menggunakan NCB tersebut apabila saya membeli kereta baru JQG 1964 pada minggu lepas.

Cuba bayangkan tanpa NCB tersebut, saya terpaksa membayar empat ribu lebih bagi takaful kereta baru saya tetapi dengan adanya NCB sebanyak 55%, saya hanya membayar dua ribu lebih sahaja.

Satu lagi yang ingin saya kongsikan ialah dari segi kehilangan NCB. Jika kita mempunyai 2 atau lebih kenderaan yang mana takafulnya diatas nama kita maka apabila kita 'claimed' NCB untuk satu kenderaan, ia tidak akan menghilangkan atau melibatkan NCB kenderaan yang lain. Dengan kata lain, dia 'based on' kenderaan yang diinsuranskan dan bukan pada nama. Takaful kenderaan yang kita 'claimed', NCBnya akan bermula dengan 0% semula manakala kenderaan lain yang mungkin sudah mencapai 55% tidak terjejas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

No comments:

Post a Comment