Friday, August 6, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 4


Amaran Kepada Yang Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

"Ikatan Islam dan sendi agama itu ada tiga, di atasnya didirikan Islam dan sesiapa yang meninggalkan salah satu diantaranya, bererti ia kafir terhadapnya dan halal darahnya: mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat fardhu dan puasa Ramadhan." (Riwayat Abu Ya'La & Dailami)

"Siapa yang berbuka pada satu hari dari bulan Ramadhan tanpa keringanan yang diberikan Allah padanya, tiadalah akan dapat dibayar oleh puasa sepanjang masa walau dilakukannya." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah & Turmudzi)

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 3


Menyegerakan berbuka (Ta'jil) adalah disunatkan apabila telah nyata terbenamnya matahari. Sunat ini jarang orang yang terlepas kerana kita tahu masyarakat kita apabila hampir saja waktu maghrib maka kita sudah menanti-nanti waktu azan.

Apabila berbuka, sebaik-baiknya ialah dengan buah kurma, dan jika tiada kurma maka berbukalah dengan air.

"Jika salah seorang diantaramu berpuasa, hendaklah ia berbuka dengan kurma, dan jika tidak ada, maka dengan air, kerana air itu suci". (Riwayat Ahmad & Turmudzi)

Rasulullah (SAW) biasanya berbuka dengan beberapa buah kurma kemudian solat Maghrib. Selesai solat, barulah beliau makan, kecuali bila makanan telah terhidang, maka ia hendaklah makan terlebih dahulu.

"Jika makanan malam telah dihidangkan, maka makanlah dahulu sebelum solat Maghrib, janganlah makan malammu itu dibelakangkan!" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 2


"Puasa itu merupakan benteng. Maka jika salah seorang diantaramu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan mencaci atau memaki! Seandainya ada orang yang mengajaknya berkelahi atau mencaci atau memakinya, hendaklah dikatakannya: "Saya ini berpuasa, Saya ini berpuasa". Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada dalam tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, -firmanNya- : "Ditinggalkannya makan minum dan nafsu syahwatnya kerana Daku. Puasa itu adalah untukKu, dan Aku akan memberinya ganjaran, sedang setiap kebajikan itu akan mendapat ganjaran sepuluh kali ganda." (Riwayat Bukhari & Abu Daud)

"Puasa dan Al-Quran itu akan memberi syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Berkata Puasa: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu."
Dan berkata pula Al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah."
(Riwayat Ahmad)

Thursday, August 5, 2010

Adab Berpuasa Di Bulan Ramadhan - 1


Apabila kita ingin mendapat kesempurnaan dalam beribadah maka segala tatacara dan prinsip-prinsipnya harus dituruti, sedekat atau seumpama yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW).

Maka orang yang berpuasa disunatkan menjaga tatacara-tatacara berikut;

1. Makan Sahur

Hukumnya adalah sunat dan tidak berdosa apabila ditinggalkannya! Rasulullah (SAW) bersabda; "Makan sahurlah kamu, kerana makan sahur itu berkat!" (Bukhari & Muslim).

Dikatakan bersahur walau hanya dengan seteguk air. Rasulullah (SAW) bersabda lagi; "Bersahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkan, walau seseorang di antaramu itu akan meneguk air! Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur." (Ahmad).

Beberapa Program IKRAM Berlangsung Malam Tadi


Malam tadi aku membawa anak-anak usrahku ke program Daurah Ahli Biasa (AB) IKRAM Johor Bahru Tengah di Pejabat JIM. Program bermula dengan solat Isya' berjamaah di Pejabat JIM. Program ini dibuat untuk modul M01 dan M02 bagi ikhwah dan akhawat.

Program dimulakan oleh Pengerusi Majlis (akh Ariffin Shah Giman), kemudian mas'ul tarbiyyah (akh Hassan Hushin) memperkenalkan struktur organisasinya bagi IKRAM kawasan JBT dan disusuli pula dengan tafsir Surah Al-Hujurat oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Puaad Abdul Rahman.

Sebenarnya, aku juga mempunyai program usrah iaitu usrah gabungan antara Ahli Teras (AT) dan Ahli Aktif (AA) IKRAM Johor Bahru Tengah di Pejabat Iman ELC. Program bermula jam 9.15 malam.

Aku hadir setengah jam lewat kerana bersama anak-anak usrah tadi di program Daurah.

Usrah gabungan AT dan AA dimulakan dengan tafsir hadis oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Marzuki Mohamed. Hadis yang dibentangkan ialah berkenaan dengan keperluan seseorang Islam menanam biji tamar yang berada di tangannya walaupun di kala saat kiamat sedang menjelma.

Al-Fadhil ustaz juga menceritakan tentang keperluan untuk berdakwah. Beliau menyentuh juga cerita pasal Ghulam yang mempelajari ilmu sihir dari Ahli Sihir DiRaja dan ilmu agama dari seorang pendita.

Ghulam ini menjadi tersohor kerana kejayaannya membunuh seekor haiwan yang besar dengan balingan batu. Untuk mendapat penerangan lanjut, bolehlah mendapatkan tafsir surah al-Buruj dan hadis nabi mengenai riwayat Ghulam ini.

Akhirnya seorang pembesar raja yang buta ingin berubat dengan Ghulam. Ghulam memberi syarat bahawa sekiranya ia sembuh maka dia seharusnya beriman dengan Allah dan tidak kepada Raja. Pembesar itu bersetuju dan akhirnya dia sembuh.

Raja mereka sangat murka kerana rakyat mula mempercayai ada Tuhan yang lain selain darinya. Raja telah menghukum pembesar dan guru Ghulam dengan menggergaji membelah dua badan mereka bermula dengan membelah kepala mereka.

Raja tetap menyuruh Ghulam kembali menyembahnya, kalau tidak dia akan dibunuh. Ghulam tetap beriman kepada Allah.

Raja memerintah pengawal-pengawalnya untuk membawa Ghulam ke atas sebuah bukit dan menghumbankan Ghulam ke bawah. Tetapi dengan berkat doa Ghulam apabila tiba dipuncak, bukit bergegar dan semua pengawal jatuh mati bergelimpangan kecuali Ghulam.

Ghulam kembali ke istana dan raja memerintah pengawal-pengawalnya membawa Ghulam ke tengah laut dan mencampakkannya ke dalam laut. Apabila tiba di tengah laut, Allah membawa angin ribut dan mencampakkan semua pengawal ke dalam laut kecuali Ghulam.

Ghulam kembali ke istana dan menceritakan kepada raja, "Sekiranya tuanku hendak membunuh saya, maka panggillah sekalian rakyat jelata dan panahlah saya dengan panah ini". Rajapun terus melaksanakan apa yang disarankan oleh Ghulam.

Setelah semua berkumpul, rajapun menarik panah yang telah diberikan dan membaca doa yang diajar Ghulam, "Dengan Nama Allah, Tuhan si Ghulam".

Maka panah tersebut tepat kena pada sasaran. Maka seluruh rakyat jelata yang melihat kejadian tersebut mengucap, "Sesungguhnya, kami beriman kepada Tuhan si Ghulam"....

Tuesday, August 3, 2010

Abah! InsyaAllah abah! InsyaAllah abah!..


Setiap kali aku berada di rumah, Asmaa Solehah, anakku yang berumur setahun 10 bulan, berkata; "Abah! InsyaAllah abah! InsyaAllah abah!". Tujuannya ialah supaya aku memainkan nasyid 'InsyaAllah' oleh Maher Zain dari 'handphone'ku...

Apabila dipasangkan nasyid tersebut maka berkumat kumitlah mulutnya, cuba menuturkan apa yang diperkatakan Maher Zain...

Everytime, you feel like you cannot go on,
You feel so lost,
That you're so alone,
All you see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless,
You can't see which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Because Allah is always by your side.

InsyaAllah x3,
You'll find your way.

InsyaAllah x3,
You'll find your way.

Everytime, you can make one more mistake,
You feel you can't repent,
And that's way too late,
You're so confused, wrong decisions you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Because Allah is always by your side,

InsyaAllah x3,
You'll find your way.

InsyaAllah x3,
You'll find your way.

Turn to Allah,
Is never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
Ooo Ya Allah,
Guide my steps, don't let me go astray,
You're the only one to show me the way,
Show me the way x3

InsyaAllah x3,
We'll find our way.

InsyaAllah x3,
We'll find our way.

InsyaAllah x3,
We'll find our way.

InsyaAllah x3,
We will find our way.

Because Allah is Always By Your Side"
InsyaAllah x3,
You'll find your way.

Moga-moga lagu ini mampu meningkatkan semangat jihad kita sebagai seorang pejuang Islam, InsyaAllah...

Allah Tidak Membebankan Kita...


Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan yang mulia nanti. Ilmu yang banyak tetapi tiada amalannya maka tiadalah gunanya ilmu itu... Kita hayati tadabbur kita dan cuba mengaplikasikan kepada diri kita, jauh sekali kita hanya aplikasikan kepada orang lain. Jika demikian jadinya, maka kita akan lihat diri kita baik sentiasa dan orang lain buruk sentiasa.

Jauhilah dari membicarakan perkara yang tidak bermanfaat, apatah lagi perkara yang lara! Banyakkan berzikir, berderma, solat sunat, dan membantu orang lain berbuka puasa.

Sayugia diingatkan, pahala ibadah sunat diberi ganjaran pahala ibadah wajib, manakala pahala ibadah wajib digandakan sebanyak 70 kali. Jualan murah Allah datang hanya setahun sekali, maka janganlah kita mensia-siakannya...

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284)

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286; Al-Baqarah)