Wednesday, February 11, 2009

Mengimbas Kembali




Saya ingin merakamkan sedikit pengalaman saya bersama pelajar-pelajar di IPTA. Pada tahun 1996 saya mula menjadi Felo di Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS). Sebelum menerima tawaran itu, kawan saya seorang Pengetua telah membawa saya melawat KSDS. Teringat kata-kata beliau, "Wan, jaga kolej ni macam you jaga satu kawasan wakil rakyat, so, berbaktilah!".

KSDS adalah kolej ke 7, UTM, pada masa itu. Kedudukannya di luar UTM membuatkan ramai yang kurang berminat untuk menginap di sana.

Sungguhpun begitu, saya teringat pesanan TNC HEP pada tahun 2003, apabila kami terpaksa berpindah ke Kolej 12 kerana penutupan KSDS. "Wan, kau beritahu elok-elok supaya pelajar rasa seronok nak pindah ke Kolej 12!", pesan TNC HEP.

Pada masa itu, ramai telah meluahkan perasaan kepada beliau tak nak pindah kerana sudah sebati dengan kehidupan di KSDS. Sebagai Pengetua pada masa itu, saya terpaksa memberikan gambaran kemudahan yang bakal kita perolehi di Kolej 12; internet, padang permainan, bilik lebih selesa dan sebagainya. Akhirnya, kami berpindah ke Kolej 12.

Pada awalnya, Kolej 12 hanya menempatkan semua pelajar lelaki. Maklumlah semuanya datang dari KSDS yang hanya satu-satunya kolej lelaki di UTM pada masa itu. Kolej-kolej lain bercampur siswa dan siswi.

Kolej 12 pada semester berikutnya, satu blok diisi siswi dan dua blok siswa. Cuba bayangkan bagaimana gelagat siswa setelah sekian lama tidak pernah melihat siswi di kolej kediaman mereka...

Semester berikutnya, semua siswi dipindahkan ke Kolej 13. Kemudian Kolej 12 dan Kolej 13 diletakkan dibawah satu pentadbiran. Maka pada tahun 2004, saya berpindah sekali lagi untuk membuka satu lagi kolej baru, iaitu Kolej 16 dan 17. Di sana saya berkhidmat sehingga 2007.

Menjaga, membimbing dan mengajar pelajar-pelajar Universiti banyak memberi pengalaman berharga. Tidak dapat dinilai dengan elaun pengetua sebanyak RM700 disamping kemudahan rumah, letrik dan air percuma.

Siang mengajar di Fakulti dan membuat pentadbiran di kolej manakala malam sibuk dengan aktiviti pelajar. Di waktu malam kalau saya ada di rumah, anak-anak hairan dan bertanya, "Abah tak ada apa-apa ke malam ni?".

Alhamdulillah pengalaman 11 tahun sebagai felo (6 tahun) dan pengetua (5 tahun) sungguh menyeronokkan. Boleh ditulis buku...

Beberapa sms yang saya terima, ingin saya abadikan di sini;
1) Assamu'alaikum En. Wan. Saya Fuad dah tamat belajar kat UTM. Nak ucap terima kasih banyak atas semua pengalaman yang saya dapat dari En. Wan. Terima kasih.
2) Selamat Hari Guru. Terima kasih diatas segala ilmu yang telah diberikan selama ini. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan diberkati dan bermanfaat dunia akhirat. Maaf zahir batin. - Mohd Najib Muhammad.
3) Ha ha ha.. Don't say that. I learn from the best and I work with the best. I'm working with Samsung at Port Klang. Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) did help me to survive in Samsung. I'm very thankful to you for giving such opportunities to create who I am today. - Apai.

4 comments:

  1. Encik Wan, ni Freddy Bugang bekas Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan JKM KSDS 1999/2000. Bila baca semua kisah-kisah Encik Wan ttg KSDS buat airmata saya mengalir. Sekarang ni kami semua tengah menubuhkan alumni KSDS. kalau Encik Wan sudi, layari http://www.kosidesku.ning.com

    ReplyDelete
  2. Cik wan...kenal lagi tak radz...heheheh...thanks for everything...at last i found your blog...

    ReplyDelete
  3. Kenal Radz... Kenapa tak kenal pulak? All the best to you...

    ReplyDelete
  4. Rindunya. I ada byk foto2 jkm ksds 1999/2000.

    ReplyDelete