Friday, May 7, 2010

Bulan Mei Adalah Bulan Yang Agak Padat...


Bulan Mei adalah bulan yang agak padat bagiku. Aku baru saja melaksanakan Mukhayyam untuk pakcik-pakcik dari 30 April hingga 2 Mei. Pada 3 hingga 6 Mei, aku telah ke Alor Setar dengan tujuan untuk mengumpul data bagi penyelidikan PhD ku.

Pada 21 hingga 23 Mei, akan berlangsung Mukhayyam untuk guru-guru SMIH. Minggu yang berikutnya pula, 28 hingga 30 Mei, akan berlangsung pula Mukhayyam untuk adik-adik. Dan minggu yang berikutnya pula, 4 hingga 6 Jun, akan berlangsung pula Mukhayyam untuk anak-anak Tingkatan 5 SMIH.

Pada 22 Mei juga, anakku Wan 'Atikah akan mendaftar untuk program asasi di UIAM, Petaling Jaya. Kak Ngah akan mengambil jurusan Bahasa Inggeris di UIAM nanti. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan buatnya dan akhirnya berjaya dalam pengajian, insyaAllah!

Katanya, ramai dikalangan kawan-kawan SMIH yang berjaya mendapat tempat di UIAM pada tahun ini. Disamping UIAM, USIM juga menjadi tempat yang popular dikalangan bekas pelajar SMIH yang menyambungkan pelajaran mereka di dalam negara.

Pada bulan ini juga, akan diadakan 'commandant parade' sebelum pasukan PALAPES UTM bergerak ke USM untuk kadet-kadet menghadiri Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Ke-29.

Kebiasaannya, perbarisan komandan ini akan diambil oleh Komandan iaitu Naib Canselor atau diwakilkan kepada Timbalan Komandan. Kalau kedua-duanya tiada, perbarisan ini akan diambil alih oleh Ketua Jurulatih (Chief Instructor).

Pada tahun ini, Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja akan berlangsung hanya selama 2 minggu, dari 30 Mei hingga 12 Jun, di USM. Tiada pertandingan sukan antara PALAPES IPTA diadakan memandangkan bajet yang tidak mengizinkan.

Selama 2 minggu, kadet-kadet dari 12 IPTA akan berlatih berkawad dan membuat 'rehearsal' penerimaan watikah dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atau wakilnya.

Aku sangat berharap agar perancangan pembelajaranku akan berlangsung dengan baik tanpa gangguan dari mana-mana program yang dinyatakan... InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment