Wednesday, May 5, 2010

Langkah Awal Mengutip Data...


Aku dan Zamri tiba di Sg. Petani pada hari Isnin. Pada malamnya, kami menumpang tidur di rumah adik Zamri, Muhammad Izani. Rumah sewanya agak murah, RM200 untuk rumah teres 3 bilik.

Hari Selasa, kami bertolak ke Jitra seawal jam 8 pagi untuk mengambil kunci rumah Dr Mazlan dari UUM. Tujuan berjumpa di Jitra ialah supaya masing-masing dapat 'meet half way through'. Tidaklah jauh sangat Dr Mazlan terpaksa 'travel'.

Dr Mazlan terpaksa membawa kunci rumahnya yang kosong di Jitra dari Kangar. Jadi, kami berjumpa di Warung Mee Haniffa, Jitra, sekitar jam 9 pagi.

Sebenarnya, Dr Mazlan telah bermurah hati memberi kami menumpang di rumah teresnya yang kosong. Bukan hanya rumah, tetapi dibawanya sekali 'narita' dan bantal untuk dibuat alas. Semoga Allah membalas segala jasa baik Dr Mazlan!

Selesai mendapatkan kunci, aku terus ke Jabatan Perancangan Bandar & Desa (JPBD) Kedah di Alor Setar. Alhamdulillah, Pengarahnya telah meminta Penolong Pengarah, Cik Normunirah Awaluddin yang begitu berdedikasi melayan segala permintaanku.

Habis di JPBD, aku ke Pejabat Tanah Kota Setar. Walau bagaimanapun aku diminta datang pada hari ini (Rabu), jam 9 pagi kerana pegawainya tiada.

Kemudian aku ke Pejabat Tanah & Galian (PTG) Kedah. Dato' Pengarah PTG masih belum masuk pejabat dari minggu lepas kerana 'outstation'. Dan kata PAnya, hari ini (Rabu) Dato' akan masuk pejabat. Untuk memudahkan urusan, aku mengambil keputusan untuk berjumpa Timbalan Pengarahnya.

Aku ke bilik Timbalan Pengarah II (Tuan Hj Mohamad bin Che Nai). Malangnya Tuan Hj Che Mad sudah di perjalanan untuk bermesyuarat di Sg. Petani. Beliau telah mengarahkan 2 orang pegawainya untuk membantuku. Semasa aku ingin keluar, aku juga diperkenalkan kepada Timbalan Pengarah I, Tuan Dzohir bin Md Zain.

Sebelah petangnya, aku ke Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan dilayan oleh Pengarah Perancang Bandar dan Desanya, Pn Hjh. Noor Mala bt. Md. Noor.

Pada hari ini, aku akan kembali ke Pejabat Tanah Kota Setar dan juga ke Pejabat Muda Agriculture Development Authority (MADA)...

No comments:

Post a Comment