Monday, May 24, 2010

Menghantar Kak Ngah Ke Pusat Asasi UIAM...


Sekitar jam 1900, 21 Mei (Jumaat), kami bertolak dari rumah. Destinasi yang dituju ialah rumah adik isteriku, Asmini Shaari di Subang Jaya. Kami telah berniat untuk solat jamak ta'akhir, iaitu solat Maghrib dan Isya' dalam waktu Isya'.

Di dalam van, penuh ahli keluargaku; Kak Ngah, Abang, Achik, 'Ammar, Rasyid, Sakinah, Syakir, dan Asmaa Solehah. Hanya Kak Long yang dirindui berada di Mesir!

Aku sekarang tidak muda lagi... Hendak bawa van ke KLpun terpaksa bertukar ganti dengan isteri... Baru sekarang dapat menghargai tauke besar yang mempunyai kenderaan berjenama tetapi mempunyai pemandu. Aku selalu berkata kenapalah dia orang mempunyai kereta yang cantik dan berjenama tetapi membiarkan pemandu menikmati pemanduan kereta.

Tetapi mungkin aku silap, kalau aku mempunyai kereta 'power', mungkin tak terasa sangat kepenatannya. Van Spectron berumur 10 tahun, dan mempunyai 1800cc, tak larat dia membawa 10 orang plus barang-barang. Tambah-tambah bila naik bukit, menurun speedometer ke 50km sejam!

Walau apapun, aku bersyukur kerana masih mampu menggerakkan semua ahli keluarga apabila diperlukan.

Kami berhenti di Restoran Jejambat Ayer Keroh untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT disamping mengalas perut di KFC. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Subang Jaya sekitar jam 0030, hari Sabtu.

Pagi Sabtu, anak-anak berseronok mandi kolam di kawasan perumahan emak saudara mereka. Pukul 1100 lebih, kami bertolak ke rumah adik lelaki isteri pula, Asmizul Shaari di Keramat. Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan makan tengahari.

Lepas Zohor, kami mula bergerak ke Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya. Pendaftaran Kak Ngah bermula pukul 1430 hingga 1630. Subhanallah, kenderaan agak padat setibanya kami di sana.

Aku mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di depan kedai perabot, yang terletak lebih kurang 500m dari Pusat Asasi tersebut. Kemudian kami turun berjalan kaki.

Ramai juga yang aku jumpai; Hj Zainal Sidi & keluarga, Hj Mazlan Othman & keluarga, Hj Ghazali Ibrahim & keluarga, Ustaz Suhaimi & keluarga, Dr Rustam Khairi Zahari, dan lain-lain.

Mereka semua menghantar anak-anak mereka kecuali Ustaz Suhaimi yang menghantar adik iparnya.

Dr Rustam Khairi, pensyarah di UIAM, Gombak, dan serumah denganku di Azusa, California dulu...

Sekian lama menunggu, aku bersama 3 orang anak bergerak semula ke van untuk mengambil beg, bantal, baldi, dan segala keperluan Kak Ngah.

Tiba-tiba aku terpandang Dr Hj. Md. Jan Nordin yang meletakkan kenderaan betul-betul di sebelah vanku. Dia sedang menunggu isterinya untuk dibawa pulang. Isteri Md. Jan, Hajjah Mazlinah Omar berkhidmat di Pusat Asasi UIAM. Mereka pernah datang ke rumah kami di Kolej Siswa Desa Skudai (KSDS), pada tahun 1998.

Selesai proses pendaftaran, kami mengucapkan Selamat Tinggal kepada Kak Ngah, dan terus menghantar Asmini dan Asmaizan pulang ke Subang Jaya. Dari situ kami bergerak pulang...

Kami juga sempat singgah di rumah Md. Jan di Bangi. Md. Jan dan Kak Lin baru saja menerima cucu mereka yang pertama. Begitu seronok mereka... Mereka dianugerahkan Allah dengan 4 orang mujahidah, dan sekarang ditambah dengan seorang mujahid (cucu).

Selepas makan malam dan solat, kami bergerak pulang ke Skudai. Kami terpaksa berhenti beberapa kali, kerana mengantuk dan akhirnya sampai di rumah jam 0200.

Alhamdulillah, program pendaftaran Kak Ngah telah menjalinkan ukhuwwah sesama keluarga kami (isteri dan adik beradiknya, anak-anak kami dengan mak saudara dan bapa saudara mereka dan sepupu sepapat mereka), dan rakan-rakan lama. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah mengekalkan persahabatan kami, insyaAllah...

4 comments:

  1. Huhu..rindu ummi, abah and adek2 jugak. Doakan kaklong kat sini ya, kadang2 terasa jugak penat tu..doakan ya agar terus dikuatkan semangat untuk belajar sehabes baek keranaNya untuk agamaNya.
    Luv u all!

    ReplyDelete
  2. Huhu..rindu ummi,abah and adek2 jugak. Doakan klong kat sini ya, kadang2 rasa penat jugak. Doakan terus diberi kekuatan dan semangat untuk belajar sehabes baek keranaNya demi agamaNya. Luv u all!

    ReplyDelete
  3. Doa abah, ummi dan adik-adik sentiasa bersama Kak Long... Moga Allah permudahkan segala urusan, Amin!

    ReplyDelete
  4. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    ReplyDelete