Wednesday, May 12, 2010

Hati Lelaki... Kaki Kikis


Aku terasa lapar... Maka akupun bergerak ke Centre Point (CP) untuk mendapatkan sedikit makanan.

Makanan di CP agak murah! Semangguk bihun soto, satu tupperware tapai ubi kayu, dan segelas teh tarik hanya RM4.50.

Sedang aku menikmati makanan, datang 2 orang bekas pelajarku yang juga mungkin ingin mendapatkan sarapan mereka. Mereka menyapaku tanda hormat, selaku bekas penasihat akademik mereka.

Sambil makan, aku melihat di kaca TV, program TV3 bertajuk Hati Lelaki... Kaki Kikis. Program luahan perasaan ini dihoskan oleh Abby Fana.

Seorang lelaki bernama Hassan Kassim, yang masih muda menceritakan bagaimana isteri orang, yang juga seorang ibu sanggup memberikannya wang bagi melayannya. Hassan menceritakan duit yang diberinya agak banyak dan disimpannya di dalam album.

Hassan menyatakan bahawa pada awalnya dia bersikap panas baran tetapi setelah melihat atau melayan isteri orang, dia lebih bersimpati melihat pelbagai masalah manusia.

Aku pening melihat pengakuan terbuka seorang manusia bernama Hassan Kassim ini. Persoalan-persoalan yang timbul dalam kepala aku ialah;

i) Apa tujuan atau objektif TV3 menyiarkan program seumpama ini? Mungkin untuk menyatakan kepada masyarakat betapa teruknya keadaan sosial kita... Mungkin juga ingin memberi pengajaran kepada masyarakat... Tetapi secara tidak langsung, mungkin juga ia menggalakkan lebih ramai Hassan muncul, yang bersimpati dan empati kepada isteri orang!

ii) Apa tujuan si Hassan ini muncul di kaca TV? Mungkin untuk menunjukkan betapa sucinya dan prihatinnya diri Hassan yang cuba menggembirakan hati isteri orang... Mungkin juga ingin memperlihatkan kepada umum betapa mulianya si Hassan yang cuba untuk memperbaiki sistem kekeluargaan yang pincang... Tetapi secara tidak langsung, ia menonjolkan bahawa Hassan itu sebenarnya sebahagian dari masalah masyarakat.

Islam mempunyai Al-Quran, Hadis, Ijma' dan Qias Ulama. Islam tidak berfungsi dengan pemikiran semata-mata. Sayyidina Omar (RA) pernah berkata, sekiranya Islam itu semata-mata mengikut logik akal, maka menyapu khuf (kasut kulit atau stoking) lebih utama disapu di bawahnya dan bukan di atasnya! Tetapi apa yang dilakukan ialah menyapu air di atasnya.

Perasaan kesian, ingin membantu, dan menolong mesti mengikut cara Islam. Bolehkah kita tidak ingin melakukan hukum Allah seumpama merejam sampai mati kepada penzina yang pernah berkahwin dan merotan 100 kali bagi yang belum kahwin kerana merasa kesian atau menganggap peraturan itu zalim?

Memang tidak boleh! Allah SWT yang menjadikan kita dan Dia lebih arif tentang perangai dan gelagat ciptaanNya...

Hassan juga tidak melihat dirinya sebagai sebahagian dari masalah! Dia beranggapan dirinya baik kerana ingin membantu manusia lain. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara! Astaqfirullahal 'azim...

No comments:

Post a Comment