Thursday, May 20, 2010

Jadilah Warga Berhemah...


Sebagai seorang staf kerajaan, kegawatan ekonomi tidaklah terasa. Cukup bulan, duit pasti ada dalam akaun... Pun begitu, ia bukanlah bermakna kita boleh berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan keperluan mendatang!

Banyak perkara yang kita boleh turut membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi. Pertama, pastikan kita menjelaskan bil tepat pada masanya! Tak kira bil elektrik, air, telekom, cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah, dan sebagainya.

Kedua, kita kurangkan pemakaian atau pemakanan barangan import! Jadikan produk tempatan sebagai pilihan pertama. Set perabot kayu jati tempatan mungkin lebih bermutu berbanding set perabot Itali yang begitu tersohor suatu masa dulu. Buah-buahan tempatan seharusnya menjadi pilihan kita. Sesekali bolehlah makan epal atau anggur kerana nostalgia belajar di Amerika suatu masa dulu.

Ketiga, peralatan elektrik di rumah perlu disemak dari segi penggunaan wattnya. Mentol yang bertenaga tinggi seeloknya digantikan dengan mentol 'save energy'.

Satu lagi tabiat yang baik ialah kita mematikan suis apabila lampu atau kipas tidak digunakan. Jangan biarkan tenaga letrik membazir! Di pejabatpun sama, kita turut mengurangkan bil kerajaan dengan langkah mematikan peralatan elektrik bila tidak digunakan.

Begitu juga apabila kita mandi... Tutup paip dan jangan biarkan air mengalir apabila kita mengenakan sabun. Semasa menggosok gigi di sinki, pastikan paip ditutup dan air tidak mengalir berterusan. Selesai menggosok gigi, barulah paip dibuka semula bagi tujuan berkumur dan pembersihan.

Apabila kita melihat paip pecah di tepi jalan, langkah bijak ialah dengan menelefon syarikat air tersebut supaya mereka dapat mengambil tindakan segera. Begitu juga jika kita melihat lampu jalan menyala di waktu siang. Dengan menelefon pihak yang terbabit, kita sudah membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengurangkan bil mereka!

Apabila kita membeli minyak kenderaan, sebaik-baiknya kita menggunakan kad kredit. Pembelian secara kad kredit diberi 'rebate' oleh syarikat Petronas, Shell dan sebagainya sebanyak 5%. Disamping 'rebate', kita juga dapat 'accummulate point' dengan menggunakan kad Mesra, bonuslink, dan sebagainya.

Apabila 'point' sudah banyak, gunakanlah untuk menebus atau membeli barangan yang amat diperlukan. Kadang-kadang kita agak leka dengan jumlah point sehingga ia 'expired'. Kadang-kadang juga, kita lebih cenderung untuk membeli barangan yang tidak perlu. Ini mungkin kerana kita merasakan kita tidak membayar apa-apa untuk mendapatkan barangan tersebut.

Bantulah diri kita dalam kita membantu kerajaan...

No comments:

Post a Comment