Thursday, May 27, 2010

Pertama Kali Tunggang Kuda Di Malaysia


Dulu semasa viva student Master di Malang, Surabaya, aku pernah menunggang kuda padi untuk melawat Gunung Bromo. Gunung Bromo adalah gunung berapi yang masih aktif. Untuk ke kaki gunung, kita perlu menunggang kuda kerana jalannya tidak kondusif untuk kenderaan awam... Dari kaki gunung, kita perlu memanjat ratusan anak tangga untuk melihat kawah gunung berapi yang menggelegak.

Semalam, aku berkesempatan menunggang kuda biasa yang saiznya agak besar berbanding dengan kuda padi. Aturcara menunggang kuda adalah antara aktiviti di dalam Kursus Pengenalan Kepada Pengurusan Kejohanan Sukan Ekuestrian yang ku hadiri pada 25 hingga 26 Mei, 2010. Kursus selama 2 hari berlangsung di Bilik Seminar FKSG dan program menunggang kuda dijalankan di Pusat Ekuin UTM.

Sudah lama aku berhasrat untuk menunggang kuda di Pusat Ekuin UTM tetapi baru semalam menjadi realiti.

Banyak juga yang aku pelajari pasal kuda sepanjang kursus tersebut. Penceramah-penceramah yang diundang ialah Dato' Malek Jeremiah bin Abdullah dari Majlis Ekuin Malaysia, Chris Watson dari Northern Melbourne Institute of TAFE, Tn. Hj. Azizan Zainol Abidin dari Majlis Ekuin Malaysia, Cik Radiah Datuk Abdul Razak dari ARL Promotions, dan En Ramadzan bin Abdullah, juga dari Majlis Ekuin Malaysia.

Kuda mula dipertandingkan dari segi larian apabila umurnya berusia lebih 2 tahun. Apabila berumur 4 tahun, inilah waktu yang paling baik untuk pertandingan kerana dari segi pengalaman, kekuatan fizikal dan sebagainya.

Menurut Federation Equestre Internationale (FEI), 7 disiplin pertandingan kuda ialah 'jumping', 'dressage', 'endurance', 'eventing', 'driving', vaulting', dan 'reining'. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan adalah seorang penggemar sukan ekuestrian bagi acara 'endurance'. Di Malaysia, dari 7 disiplin tersebut hanya 4 disiplin iaitu 'jumping', 'dressage', 'endurance' dan 'eventing' yang agak popular dipertandingkan.

Dari aspeks sejarah, kuda mula dibawa ke Malaysia sekitar kurun ke 14 dan 15 oleh pedagang Arab dan Cina.

Satu lagi fakta yang agak menarik dari kursus ini ialah masyarakat yang teramai memelihara kuda, baik kuda padi mahupun kuda biasa ialah masyarakat Kelantan!!!

6 comments:

  1. Salam.Apa kabar? Hang sampai jitra sengap terus. Tak cal mai pun kat aku. Jgn dok tambah yg lain sudahlah. Mcmana dgn kajian hang? Aku baru kelebek hang punya blog. Kira rajin jugak hang dok tulis dlm blog ni. Mai ler pekena nasi kandaq dgn telog sotong kat shariff. So oklah aku mengantuk dahni...asri

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Habaq baik Tn Hj Asri. Sekarang masih di Jitra. Nak buat macamana demi pelajaran..terpaksa la dok sini. Sinipun banyak nasi kandaq dengan telor sotong... Malam tadi pi Kuala Perlis, pekena ikan bakaq. Hang bila nak mai sini?

    ReplyDelete
  3. Promotional clothing Abercrombie and Fitch for sale or Abercrombie as a gift, will always be beneficial to Abercrombie Sale any business. This is Cheap Abercrombie a great way to impress consumers Abercrombie outlet and grow brand loyalty abercrombie Jeans and popularity. This is a quite flawless form of marketing. Your imprinted Abercrombie Pantslogo provides instant recognition. Abercrombie Tees These eye-catching articles of clothing are a foolproof way to increase profits and a cost Abercrombie Shorts effective form of marketing. Some use this plan to earn profits and then save them for future expenses. Abercrombie Sweaters You can get a huge range of promotional gifts or other promotional items on It is encumbered with a wide range of designs, styles and colours of assorted promotional items. These items can be used as promotional gifts and resourcefully distributed to the target customers to have a long lasting impression on them and make a huge profit in exchange.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    saya tertarik untuk mengikuti program seperti saudara ikuti jika ia akan diadakan lagi. :)

    bagaimanakah caranya saya ingin mendaftar?

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumssalam Saudari/Puan Az-Zahra,

    Bila ada kursus ini, Pusat Ekuin UTM akan buat iklan. So, tunggu ajelah...

    Tetapi dalam masa terdekat, saya rasa mungkin tidak ada kerana kandang kuda tengah renovate dengan kos melebihi RM1 juta.

    Tahun depan, UTM akan anjur Horse Endurance Show yang mana besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan turut serta.

    ReplyDelete