Apabila kita dilahirkan semua bergembira kecuali kita yang menangis; Apabila kita dikembalikan semua menangis kecuali kita yang gembira... Gembira untuk menemui Allah Rabbul Jalil...
Sunday, May 30, 2010
Pakai Pingat Kebaktian Di Perbarisan Timbalan Komandan...
Pada 29 Mei 2010, Perbarisan Timbalan Komandan diadakan di Padang Kawad PALAPES UTM. Perbarisan seumpama ini biasanya dilakukan apabila sesebuah pasukan ingin keluar berjuang! Pasukan PALAPES UTM akan ke USM bagi menghadiri Upacara Istiadat Pentauliahan Diraja yang akan berlangsung dari 30 Mei hingga 12 Jun 2010. Majlis Pentauliahan kepada pegawai muda akan dilangsungkan pada 12 Jun oleh Raja Perlis.
Di Perbarisan Timbalan Komandan (yang sepatutnya Perbarisan Komandan tetapi Komandan mempunyai tugas lain), aku menerima Pingat Kebaktian (P.K.). Pingat Kebaktian diberikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada mereka yang telah berkhidmat di dalam pasukan sukarela bagi tempoh 12 tahun.
Pingat kepada mereka yang berkhidmat di dalam pasukan tentera dan polis adalah amat berharga. Maksud berharga di sini bukan dari segi nilaian kos atau elaun kerana tiada apapun yang diperolehi dari segi balasan wang ringgit, malah mereka terpaksa berbelanja pula untuk membeli pingat untuk disematkan di baju mereka.
Tetapi perasaan bahawa kita dihargai! Negara menghargai penglibatan kita dalam pasukan ATM atau polis walaupun secara sukarela. Itu yang penting!!!
Cuma kepada mereka yang berkhidmat secara sukarela kadang-kadang mereka merasa terkilan. Terkilan kerana tiada pingat yang dianugerah kepada mereka, baik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong mahupun Raja-Raja. Jika melihat kepada anggota tetap, berpapan-papan pingat di dada mereka...
Pernah aku mewakili Komandan ke mesyuarat Komandan-Komandan di UKM. Seorang Pegawai Waran I memberi tabik hormat kepadaku kerana aku berpangkat Mejar kemudian secara perlahan beliau menanyaku, "Tuan tak ada apa-apa pingat ke? Kenapa tidak pakai Pingat P.P.A.?", setelah melihat tiada satu pingatpun di dadaku. Aku hanya mampu tersenyum kepada Encik Regiment Sargent Major (RSM) sambil berkata, "Tak layak Encik!" "Prebetpun pakai Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A)... takkan Mejar tak pakai apa-apa...", balasnya lagi.
Begitulah nasib seorang pegawai tentera sukarela. Jika Komandan, Timbalan Komandan, dan Ketua Jurulatihnya tidak prihatin dan tidak mengambil kisah tentang pegawai bawahannya alamat tiada pingatlah yang dapat disematkan dibaju pegawai sukarela.
Dulu, banyak juga kemudahan diberikan kepada Pegawai Tentera Sukarela... Dengan menunjukkan Bat.C 20, mereka mendapat tambang konsesi bagi pengangkutan keretapi dan kapal terbang. Tetapi sekarang sudah tiada lagi...
Kerajaan menggalakkan masyarakat menyertai Askar Wataniah (AW), malah menyarankan supaya setiap kawasan parlimen ditubuhkan pasukan AW. Tetapi tidak banyak kemudahan atau penghargaan diberikan kepada kami...
Itulah Askar Wataniah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agaknya pihak Mindef agak kabur dan keliru mengenai kaedah pemakaian pingat.Sepatutnya jika dikumpul masa berkhidmat ditambah dengan jam latihan lanjutan,PPA sudah lepas
ReplyDeleteKonon nak perbesarkan RAW tapi mereka beri apa kepada RAW.Perhatikan Kastam DiRaja - pingat banyak tapi tahu tak nama pingat pingat tersebut.
Inilah tipikalnya Mindef.
Ex PW 1 (Beret Hijau)
Salah tu. Bukan mindef yang tak tau. Dah jelas 12 tahun perkhidmatan dalam sukarela layak utk pakai PK. Tak payah pun jam latihan, latihan lanjutan dsbnya. Kira je dari mula masuk berkhidmat, cukup 12 tahun buat publikasi PK
DeleteASM : Tok Wae, ada satu pekeliling ATM tapi lama dah, dan MINDEF sendiri pun keliru (sebab person in-charge dah pencen) menetapkan mana2 pegawai kerajaan yang telah disahkan jawatan layak memakai PPA. Even kalau kursus di PUSWATAN, komandan akan suruh kita pakai PPA.
ReplyDeleteDarsasa
Wa'alaikumssalam. Terima kasih Encik Ex PW1 (Beret Hijau) dan saudara Darsasa kerana respon. Itulah susah kita di RAW ni. Kebajikan kurang... Dulu BATC 20 boleh guna dapat diskaun tambang keretapi & MAS. Sekarang dah tak ada... Nampak macam RELA, SUKSIS & JPA3 lebih baik.
ReplyDeleteSebagai salah seorang yang pernah pakai PD Green/ olive dark green dan celoreng pada masa dahulu,merasakan pihak Mindef dan BPS patut ambil perhatian dengan penomena pingat ini.Bagi sukarela yang dah 12 tahun berkhidmat tanpa putus dan dengan berlatarbelakangkan Perkhidmatan Awam, PPA ini sudah layak pakai.Mungkin jika telah melepasi 14/15 tahun,Pingat Khidmat Baktipun (PKB) sudah layak.
ReplyDeleteKonon nak perbesarkan RAW tapi anaktiri lagi dilayan baik.Lihat dulu RELA,dia orang pakai PPA,PPS tapi bila kita tanya ini pingat apa dan atas dasar ianya diberi.Habukpun tidak tahu.
Saya betul betul sakit mata dengan keadaan ini.
Salam dan tabik.
GONZALES LASAK
5/40 RAJD
biasa yg pakai tu pegawai tetap RELA, dan pegawai bersekutu...kdg2 artis2 yg dilantik jadi pegawai bersekutu, pingat dia mcm2, bukan PPA/ PPS semua ada....kang Tanya kang langsung x tahu mcm tuan cakapkan tu....
DeleteSaya cuma pakai PPA dan PAR (Pingat Am RELA) sahaja (sbb latar belakang saya penjawat awam tetap)......
Kpd semua rakan2 sepejuangan
ReplyDeleteUntuk makluman saudara/saudari, sy baru2 ni ada menulis 1 surat kpd Menteri Pertahanan berkenaan isu2 yg dibangkitkan di atas. Sy ingin kongsi ringkasan kandungan surat tersebut:-
PER: Luahan Isi Hati Seorang Awam yang Berkhidmat sebagai Anggota Sukarelawan Tentera
1. Saya berkhidmat dalam Rejimen Askar Wataniah 509 Pulau Pinang hampir tempoh 10 tahun dan menempuhi banyak cabaran sehingga pernah digantung kerja dua kali.
Namun demikian, saya tetap meneruskan perjuangan saya sehingga membawa keulungan kepada Negeri Pulau Pinang dengan pencapaian tertinggi sebagai penuntut keseluruhan yang terbaik sebanyak dua kali semasa menghadiri krusus ilmu medan perang di Puswatan ipoh bersaing dengan penuntut-penuntut dari negeri-negeri lain. Kini, usaha saya telah berbuah dan saya telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Waran II. Sebagai Pegawai Waran II, saya memainkan peranan aktif dalam mengadakan latihan, mengajar serta memupuk semangat patriotik di kalangan anak-anak watan negeri Pulau Pinang. Pengetahuan dan pengalaman saya juga pernah menyelamatkan seorang anggota rekrut melalui bantuan penafasan (CPR) semasa latihan medan ketika saya menjadi penugasan jurulatih dengan Cawangan Latih di Rejimen 509AW.
Setelah menempuhi pelbagai liku-liku hidup, sebagai Pegawai Waran II, saya berasa wajib untuk saya meluahkan isi hati saya sepanjang perjuangan saya.
2. Untuk maklum tahu pihak Yg Bhg Datuk, seperti yang diketahui umum, Rejimen 509aw tidak terletak di bawah titah Raja Muda seperti unit-unit lain yang berada di bawah naungan Sultan. Oleh itu, anugerah pingat pengiktirafan kepada anggota sukarela dalam 509 hampir tiada kemungkinannya. Ini telah membawa akibat yang melumpuhkan semangat sukarela yang lain seperti diri saya untuk meneruskan latihan. Kami tidak tergalak untuk meneruskan perjuangan kami untuk terus berkhidmat. Lebih-lebih lagi, seperti sedia maklum, sukarelawan hanya mendapat elaun menerusi kehadiran latihan dan kadang kala kami perlu menunggu peluang ini berbulan-bulan lamanya. Namun, lebih penting lagi, kebanyakan sukarela lebih condong minatnya kepada pengiktirafan pingat dari Kerajaan Negeri berbanding dengan menerima elaun
sambungan......
ReplyDelete3.Dengan isu-isu sedemikian, tidak ramai yang berminat untuk terus sambung perkhidmatan 5 tahun selepas tamat tempoh perkhidmatan. Keadaan ini telah mengakibatkan Kerajaan Pusat terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk terus menyambung kekuatan setiap battalion dengan melancarkan rekrut tahunan untuk mendapat ahli-ahli baru yang akhirnya akan lupus dalam tempoh yang singkat. Perbelanjaan tahunan untuk rekrut baru seperti pakaian seragam, penggajian jurulatih dan kos-kos sampingan latihan seperti menembak, latihan medan, petrol, makanan dan sebagainya akan membazir setiap tahun.
4.Dengan kesukaran dan pembaziran ini, pihak polis (PDRM) juga aktif dalam mendapatkan rekrut baru dengan menawarkan faedah-faedah yang jauh melebihi pihak tentera. Mereka yang berkhidmat dalam Sukarela PDRM layak memakai pingat perkhidmatan am (PPA) manakala pihak sukarelawan tentera tidak memiliki peluang yang sama. Pihak polis mempunyai pingat pengiktirafan yang tersendiri dan ahli sukarela tentera hanya dibenarkan memakai pingat kebaktian selepas 12 tahun perkhidmatan. Selama ini, askar diiktiraf ramai sebagai benteng pertahanan Negara. Namun, mengapakah kita lumpuh di segi pengiktirafan berbanding pihak polis?
5.Oleh yang sedemikian, saya menulis dengan tujuan baik untuk berkongsi perasaan saya terhadap situasi sebenar yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya di kalangan kami dan adalah sukar untuk mendapatkan anggota sukarela yang bersungguhan untuk berkhidmat dengan sepenuh hati kepada Raja dan Negara. Saya berharap Yg Bhg Datuk dapat memberi perhatian dan pertimbangan menyeluruh terhadap isu pengiktirafan ini.
Saya ingin mendahului ucapan terima kasih dengan sepenuh hati.
Berkhidmat Untuk Negara
Hamba Yang Rela Berkorban
PW II Rej509aw
---------------------------------------------
Saudara/saudari,
Marilah kita berhubung. Sy boleh dihubungi di wo2rick@gmail.com
Terima Kasih
berjuang demi islam dan negara..:)
ReplyDeleteAssalam.. dan salam sejahtera..
ReplyDeleteIsu pemakaian pingat bagi Angkatan Sukarela boleh rujuk dgn BPS (Bahagian Pasukan Simpanan)
Angkatan Sukarela hanya 2 pingat sahaja yang diberi kepada Angkatan Sukarela:
1. Pingat Kebaktian
2. Pingat Semat
Berkenaan pingat PPA, PPS bagi Angkatan Sukarela tidak layak menerima walaupun anggota atau pegawai tersebut adalah anggota kerahan.. perkhidmatan anggota atau pegawai diambil kira setelah anggota atau pegawai tersebut diserapkan dalam Angkatan Tetap baru la perkhidmatan dan pingat perkhidmatan boleh diberi..
Sila rujuk dgn BPS utk keterangan lanjut..