Hari ini kelas pukul 8 pagi. Aku bertolak dari rumah sekitar jam 7 pagi. Datang awal sebabnya nak belek-belek soalan 'final exam' dulu, 'so' nanti boleh beri 'hint' kepada pelajar topik apa yang akan masuk 'final exam'. Bila sampai ke pejabat maka bersiap-siaplah apa yang patut. Hari ini sepatutnya ada seorang lagi yang perlu 'present' tugasan yang dibuat.
Aku masuk kelas jam 8 pagi. Dalam kelas baru ada 3 atau 4 orang. Sementara menunggu 'presenter', pelajar-pelajar yang lain datang. Ada berdua, ada bertiga dan ada juga yang datang seorang seorang. Dalam bahasa askar kedatangan mereka ini amat tidak disukai iaitu kedatangan yang dipanggil 'sehelai', 'sehelai'!
Kepada yang datang lewat, aku berseloroh supaya mereka membuat ketuk ketampi atau 'push-up'. Tiada siapa yang buatpun kerana mereka tahu bahawa aku bergurau!
Nampaknya beberapa pesananku di awal semester hanya sudah tinggal pesanan. Tiada siapa lagi yang menurutinya.
Antara pesananku adalah; Saya tidak suka orang datang lewat ke kelas kerana dia akan mengganggu konsentrasi orang lain, baik saya mahupun rakan sekelas. Kedua, saya tidak mahu melihat sesiapa saja yang memakai baju t-shirt tanpa kolar dalam kelas. Semua baju mesti berkolar! Tujuannya hanyalah untuk mengelakkan pelajar cina memakai pakaian menjolok mata. Walaupun ditujukan kepada pelajar cina perempuan tetapi dipukul ratakan semua supaya peraturan tidak nampak seperti rasis!
Banyak lagilah yang aku terangkan apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Semuanya berkaitan dengan peraturan asrama dan AUKU.
Dulu masa muda-muda selalu juga aku tak benarkan mereka yang datang lewat dari memasuki kelas. Begitu juga yang pakai baju tanpa kolar, aku suruh mereka balik tukar baju. Dengan kata lain, peraturan yang dibuat dikuatkuasakan peraturannya. Baru ada impak!
Aku cakapkan kepada pelajar-pelajar yang ada, sekarang pukul 8.17 minit, sekiranya seminit lagi, si Pasta tak sampai, aku akan keluar kelas.
Saat 8.18pun sampai, aku bangun dan keluar dari kelas.
Aku berjumpa dengan Pasta di pertengahan jalan. Beliau menceritakan bahawa beliau tak sedar dari tidur kerana ubat terlampau kuat. Terasa malas hendak layan entah betul entah tidak! Tetapi semalam dimaklumkan kepadaku bahawa beliau tidak akan masuk kelas aku dari 11 hingga 1 petang kerana ingin ke Pusat Kesihatan Universiti.
Kemudian dia datang ke pejabatku sambil menangis...
Akhirnya aku membenarkannya untuk membentangkan tugasannya... Yang penting dia dan rakan-rakan sekelas belajar dan mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku.
Cik wan, kita selalu ingat pesanan cik wan dalam hati kita.. kita belajar dari kesalahan, masih ingat dulu kita lewat ,didenda "push up", lepas tu Pernah sekali pakai baju tidak bercolar Dan diminta utk balik tukar baju yg bercolar..lepas pengajaran tu, kita dah selalu ingatkan diri supaya elakkan buat apa yg orang dah pesan dia tidak suka tu.. so sampai sekarang,kita masih ingatkan pesanan cik wan tu..
ReplyDeleteThanks Li Zhen... you're the only one yang masih ingat & praktikkan.
ReplyDeletehaha, sebab dulu masa sekolah, salah seorang cikgu pernah kata, jika buat kesalahan yang sama untuk satu dua kali, it doesn't matter, kalau ulang lagi kesalahan untuk kali ketiga, itu dikatakan bodoh. So, cik wan jgnlah sebab perkara perkara ini mempengaruhi mood cik wan.
ReplyDeleteMood saya ok. Takkan mempengaruhi masa viva PSM you all nanti. Yang penting 'do the best with confident'! Good luck guys!
ReplyDelete