'Territorial Army' atau TA, itulah gelaran yang dipakai mereka yang berkhidmat dalam Rejimen Askar Wataniah. Aku dalam TA sudah menjangkau 12 tahun!
Aku mengenali Kapt Azran melalui kursus yang kami hadiri bersama sekitar tahun 2001. Kalau tak silap aku, Kursus Ketua Platun...
Setelah Kapt Azran berpindah dari Johor ke KL dan kemudiannya ke Kedah, aku mula 'lost contact' dengannya. Sehinggalah aku dapat menghubunginya semula pada minggu ini hasil nombor telefon yang diberikan Kapt Hatta dari RAW 501.
Kapt Azran telah memilih untuk bertukar dari Rejimen Askar Wataniah kepada Kor Risik atau dikenali sebagai KRD. Pada 3 hari lepas, Kapt Azran telah membelanja aku makan ikan bakar di Tanjung Dawai.
Malam tadi, Kapt Mazlan Ali dari RAW 513 pula membelanja aku makan tom yam di Restoren Malaya, Jitra. Dengar-dengar khabar, katanya Restoren Malaya adalah kepunyaan saudara mara Dr Afifuddin Omar (mantan menteri) suatu masa dulu. Demi persahabatan, Kapt Mazlan sanggup datang dari Kuala Nerang ke Jitra hanya untuk bertemu. Aku dan Kapt Mazlan adalah roommate semasa Kursus Ketua Kompeni di PUSWATAN sekitar tahun 2004.
Tengahari hari tadi, PM Othman Ayub yang dipinjamkan ke Kolej Tentera Udara pula membelanja aku makan. Penuh meja hidangan makanan tengahari, dengan ayam kampung goreng, sup, gulai perut, gulai ayam, kerabu mangga, ulam-ulaman, dan sambal belacan, sungguh menyelerakan!
PM Othman Ayub adalah sahabatku semasa sama-sama menjadi pengetua kolej UTM suatu masa dahulu.
Itulah kehidupan jika kita rajin berkawan... Tanpa kawan kita akan kesunyian... Tetapi seperti kata kebanyakan orang, biarlah kita pandai memilih kawan. Kawan di waktu senang mudah dicari tetapi kawan di waktu kita susah agak sukar diperolehi.
Tn Wae, Azran, Hatta dan saya satu skot.. Kapt Chua ni.
ReplyDeleteNi cerita skot2 Rejimen 501 Askar Wataniah ya... nak ikut perkenbangan Rejimen 501 Askar Wataniah, layari blog http://rejimen501askarwataniah.blogspot.com/
ReplyDelete