Tuesday, December 20, 2011

Jualan Minyak Masak Dicatu Di Kedah...

Minyak masak hanya dibenarkan dibeli sebanyak 2 kilogram bagi setiap pelanggan di negeri Kedah Darul Aman, antara isu yang diketengahkan dalam TV malam ni...


Cerita-cerita sebegini selalu kita dengar! Suatu ketika dulu gula..., pernah juga tepung gandum, dan lain-lain lagi. Natijah dari cerita-cerita sebegini sebenarnya semua kita tahu... iaitu untuk menaikkan harga barangan tersebut. Bila kerajaan mengumumkan harga baru (dengan kenaikan), maka keluarlah barangan tersebut dari persembunyian dalam jumlah yang besar.


Salahkah pembekal atau pemborong apabila mereka bertindak sedemikian? Saya tak fikir mereka bersalah. Pembekal berhak untuk mengurangkan 'supply' jika mereka merasakan harga komoditinya rendah dan ingin menaikkan harga!


Sekiranya kita mempunyai pasaran yang kompetatif, pihak pengeluar minyak masak yang lain sepatutnya mengambil peluang ini untuk meningkatkan produktiviti mereka dan mengisi kekurangan yang ada di Kedah. Jika ini berlaku, syarikat tersebut akan meraih keuntungan yang tinggi kerana hasil jualan dalam kuantiti yang banyak biarpun pada tahap harga lama.


Perkara ini tidak akan berlaku apabila syarikat-syarikat pengeluar minyak masak bersatu padu dalam satu organisasi kesatuan (union) dan mereka betul-betul berpegang teguh dengan perancangan mereka. Perkara ini mudah berlaku apabila satu golongan bangsa saja yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran minyak masak.


Kita selalu melihat pelakuan atau lakonan ini apabila kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji atau imbuhan. Kenaikan gaji yang akan berlaku melalui SBPA pada tahun depan akhirnya akan hilang begitu sahaja dalam kenaikan barangan yang sudah dirasai sejak beberapa bulan yang lepas.


Apa yang dapat kita lakukan dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan ini? Pertama, kita jangan panik. Kita tak akan mati tanpa minyak masak! Kedua, gunakan minyak masak dalam kuantiti yang kecil. Masakan yang memerlukan penggorengan dalam kuantiti minyak yang banyak..., jangan diamalkan buat masa sekarang. Ketiga, sebaliknya pula banyakkan masakan berair atau berkuah. Keempat, kurangkan pembelian dan pemakanan pisang atau ubi goreng. Memakan ubi atau pisang rebus adalah lebih berkhasiat!

No comments:

Post a Comment