Cenderahati adalah suatu pemberian atau penerimaan sesuatu benda atau bahan bagi menghargai sesebuah perhubungan yang terjalin. Itu aku punya definisi... Rasanya betullah tu...
Aku selalu juga mendapat cenderahati dari pelbagai agensi terutama apabila membawa pelajar-pelajar membuat lawatan akademik. Di akhir program, aku memberi cenderahati kepada institusi tersebut dan sebaliknya juga menerima cenderahati dari mereka.
Sudah lama aku menatap cenderahati-cenderahati yang berada di bilik pejabatku. Saban hari aku tengok mereka... Dan menghargai pemberian yang diterima...
Tetapi sekarang aku merasakan bahawa alangkah baiknya jika lebih ramai mereka yang dapat merasai penghargaan ini. Dengan keberadaan mereka (cenderamata) di bilikku, hanya aku dan beberapa orang pelajar yang selalu berurusan dapat melihat dan menghargai cenderamata tersebut.
Jika aku tempatkan mereka di almari fakulti yang lebih luas dan cantik, ramai lagi manusia yang akan menikmati keindahan pelbagai bentuk dan rupa cenderahati. Jadi aku membuat keputusan untuk memindahkan segala cenderahati ke pejabat fakulti.
Adakah ini langkah yang bijak? Padaku ya, kerana kita seharusnya menyeronokkan hati orang lain juga disamping hati kita. Kalau benda yang boleh dikongsi, kenapa tidak dikongsikan?
Memang benar, cenderahati itu hak kita! Tetapi tidakkah kita juga akan merasa bahagia sekiranya orang lain yang melihat paparan cenderahati itu merasa aman dan tenteram.
Dengan kata lain, kalau kita dapat kongsikan barang, perasaan, pengalaman, idea, dan berbagai-bagai perkara lagi, kenapa tidak? Yang penting kita bahagia dan orang lainpun turut berbahagia sama...
No comments:
Post a Comment