Betapa terperincinya Islam dari aspeks menjaga individu, keluarga, masyarakat, dan negara. Dari bab yang sekecil-kecilnya seperti bersuci (taharah), bersugi, mandi junub, sehinggalah kepada urusan negara seperti pembahagian atau pengagihan harta kepada masyarakat.
Kalaulah Islam itu dari Muhammad SAW dan bukan dari Allah SWT, agak-agaknya mampu ke Rasulullah berfikir dan mengeluarkan polisi atau dasar dari sekecil-kecilnya sehinggalah kepada yang sebesar-besarnya.
Allah SWT yang menjadikan makhluk, Dia Maha tahu apa yang kuat, kurang dan lemahnya ciptaanNya.
Allah telah menggariskan hukum hakam yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Kita sebagai makhluk ciptaanNya sewajibnya akur dengan apa saja yang telah Allah sarankan! Jangan pula kita berdolak dalik mempertikaikan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Muhammad SAW, penghulu segala Nabi.
Pengutipan zakat yang saban tahun bertambah sama ada kerana kebijaksaan pihak pusat zakat mahupun kerana pertambahan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat, memperoleh berjuta-juta ringgit setiap tahun sepatutnya tiada lagi masalah kemiskinan tegar di Malaysia.
Pihak yang berwajib seperti Majlis Agama Islam Negeri yang terletak di bawah ketua agama negeri masing-masing iaitu Ke bawah Duli Sultan sepatutnya memainkan peranan yang lebih utama dalam mencari mereka yang benar-benar susah... Biar duit baitul mal kita berkurangan asalkan tiada lagi mereka yang merempat di tepi jalan! Ini kita dengar bahawa duit kutipan zakat berjumlah jutaan ringgit tetapi masih ramai mendiami pondok-pondok usang, masih ramai yang hanya mampu makan sekali sehari, masih ada yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah, dan bermacam-macam lagi.
Zakat dibahagikan kepada dua iaitu, zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Manakala, zakat harta pula mengeluarkan suatu kadar tertentu daripada harta tertentu diagihkan kepada golongan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat wajib zakat pula boleh dibahagikan kepada 5 iaitu;
1) Islam
2) Merdeka (Hamba tidak wajib berzakat)
3) Sempurna Milik
4) Cukup Nisab
5) Sempurna Haul (Berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun tahun hijrah)
Kaedah pengiraan zakat pendapatan adalah seperti berikut;
A. Pendapatan
Gaji Setahun RM36,000
Elaun RM6,200
Bonus RM4,000
Jumlah pendapatan setahun RM46,200.
B. Perbelanjaan
Saraan Diri RM9,000
Isteri RM 3,000
Anak (RM1,000 untuk setiap orang) Katakan 4 orang; RM4,000.
Saraan ibubapa (RM200 X 12 bulan) RM2,400
Perubatan Anak (RM200 X 12 bulan) RM2,400
Jumlah penolakan setahun RM20,800.
Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B) = RM25,400
JUMLAH wajib zakat setahun = RM25,400 X 2.5% = RM635
Marilah kita menyucikan harta kita melalui berzakat dan seterusnya menegakkan Rukun Islam yang kita dokongi.
No comments:
Post a Comment